Tuesday, September 29, 2009

Suatu kisah

Aku nak bgtau korang suma pasal satu kisah nih. Silalah korg baca kalau korg larat. Cerita ni pasal seorg perempuan obses dgn seorang lelaki.
*Nama telah ditukar bagi tujuan2 tertentu

Michelle* adalah seorang budak perempuan yg masih dlm sekolah menengah. Dia merupakan seorang pelajar form 2. Dia seorang yang agak pemalu. Tetapi, dia mempunyai ramai rakan2. Pada suatu hari, dia datang ke sekolah awal. Sementara menunggu kawan2nya datang, dia duduk di tepi tangga blok seperti yg biasanya kerana mereka selalu duduk di sana sehingga loceng bunyi. Tiba-tiba, dia ternampak seorang lelaki. Lelaki itu, bagi dia nampak smart dan dia pun terjatuh cinta pandang pertama walaupun tidak mengenali lelaki itu. Dia ingin mengenali lelaki tersebut. Dia lihat pada name tag lelaki tsb. Lelaki tersebut bernama Michael* dan memakai name tag berwarna merah yang bermaksud jejaka tersebut merupakan seorang pelajar tingkatan 4.

Kebetulannya, pada masa rehat Michelle perlu bertugas di tangga blok kelas Michael [Michelle seorang pengawas]. Dia rasa happy sangat sebab dapat melihat muka lelaki itu dengan lebih lanjutnya. Selepas beberapa minggu, Michelle selalu curi2 tengok muka Michael.

Tetapi, yang sedihnya. Ada suatu masa tu, Michael tak datang sekolah sampai hampir 2 bulan. Michelle selalu sedih. Dia pelik sikit sebab masa tu dia hanya suka kat Michael walaupun Michael tu tak kenal pun Michelle ni siapa. Michael datang balik sekolah masa hari pengetua sekolahnya nak bertukar sekolah.

Michelle masih suka dekat Michael masa dia form 3. Dia dah jadi mcm stalker dah pada tahap ni. Setiap kali masa KH, Michelle selalu jalan depan perpustakaan sebab Michael selalu guna jalan tu utk ke tandas. Dipendekkan cerita, sampai last pun Michael x tau yg ada perempuan form 3 suka kat dia.

Bila Michelle tingkatan 4, rasa suka kat Michael dah semakin berkurangan. Sejak dia x nmpk Michael masa nak ambil result SPM, dia dah tak suka dah. Kini Michelle dh tak jadi stalker dah.

Pening kepala x baca??

Wednesday, September 23, 2009

Tiba-tiba rasa excited.

Raya ni x banyak kazen yg balik tapi aku rasa excited sampai x boleh tidoq [Ataupun aku x bleh tidoq sebab ade cicak gemuk berumahtangga di dalam bilik aku]. *Melompat**Terjatuh**Melompat balik**Terhantuk pintu**Pengsan*

Maybe sebab sepupu aku semua satu kepala dengan aku.






Cantik tak?? Inilah permandangan kat tepi sawah. Aku kena jalan dari rumah nenek aku untuk sampai kat sini. Bayangkan aku pakai baju kurung dengan kasut wedges dengan kazen aku jalan mai sini semata-mata nak main mercun papan yg diletak dalam air. Best oh bila dia meletup sebab air percik merata-rata.

To-do list masa raya:

  1. Kutip duit raya sampai lebih drpd 3 ratus.
  2. Ziarah kubur tok ayah, nenek dan maksu
  3. Lawan mercun dengan jiran sebelah rumah nenek
  4. Tangkap gamba dengan kazenz
  5. Makan banyak kuih raya
  6. Spend duit raya [in a good way]
  7. Cuba jangan jatuh banyak sangat bila lompat bila dapat duit raya bila beraya rumah orang bila depa buat open house bila raya.

Wednesday, September 16, 2009

Kadang-kadang aku bleh jadi emo

Hari ni aku buat emo. Aku sedih pasal budak2 nih. Walaupun depa x buat papa kat aku.. Impaknya besaq sangat utk aku. Lepas rehat, aku dh mcm x nak layan org je. Aku rasa mcm nak tumbuk semua org je. Sebab aku takut aku akan tumbuk org betul2, aku pun duduk diam buat kerja ataupun cuba utk tidur waktu sejarah.

Tapi lepas sejarah, mood aku lifted sikit. Thanks to Fauzan. Kami dok main game pusing roda impian. Waktu tuh aku mmg x leh sedih dah sbb lawak sangat2 pastuh ditambah dgn kehadiran org2 yg tidak dijemput.

Lepas tu kita kna pi chem, aku x sangka aku actually pay attention [walaupun sikit] kat cikgu. Bleh la jugak faham apa yg dia ajaq. Adegan paling lawak lagi melawakkan, kami dok cari lirik lagu raya. Huhu melalot.

Masa balik aku kena pi meeting [Chehh, mcm org hebat2 je]. Meeting pengawas la. Aku x sangka meeting akan menjadi se-syok ni.

So, basicly, hari ni best dan x best. So, you get the picture.

Sunday, September 13, 2009

Aku memang random.

Hari ini aku tidak tahu mood aku apa. Asyik bergaduh dgn adik. Bagi adik nangis [Sebab pi ketuk kepala dia dgn bantal ladybug]. Mak aku ajak pi beli baju raya [Again]. Aku tidak ikut. Dekat pet society, aku dpt notification bahawa ada orang bagi aku hadiah. Aku pun punya la seronok, aku pun bukak la PS [Pet society]. Tengok2, die bagi sayur. Mungkin nak perli. Hahah. Aku x kisah hadiah apa. Just aku kisah yang ada orang nak jugak bagi aku hadiah.

Aku happy hari tu sebab Izzad mention aku dlm blog dia. *Melompat sampai terjatuh*

Watak dan Perwatakan Izzad [Dari sudut pandangan aku]:
  • Aku x berapa kenal dia sangat sbb baru kenal this year walaupun last year kelas agama sama. [Sama mcm acap. Aku baru kenal acap this year tapi waktu tadika dan form 2 kami kelas yg sama]
  • First impression aku tentang izzad: "Ohh, dia ni BF Asma... Awat aku x kenal?"
  • Izzad suka main Mafia Wars.
  • Izzad suka cupcake aku.
  • Izzad x pernah tidur dlm kelas n slalu pay attention kat cikgu.
  • Every day is bad hair day. [JK]
  • Dia pandai.
Aku juga nak congratulate Abg Munzdir n Kak Ayesha. [Kalau dh sarung cincin maksudnya tunang ke??]. Aku juga ingin mengatakan di sini bahawa pokok yang tumbuh luar bilik aku semakin besar tapi aku dah x takut kat dia. Kepada Syafiq, post kau tentang lipas tu lawak gila tahap terjun bangunan. I feel that same way too tapi aku x sangka kau berani pegang katak[?!]. Aku takut sangat dengan katak tapi katak suka datang kat aku. Itulah akibatnya asyik membenci katak. Eh, tapi aku bukan benci tapi aku geli dgn katak. Ada satu katak tu approach aku semasa aku baru sampai skolah. Mata kami saling berpandangan. Aku takut tapi aku buat cool ja sebab Syamim ada kat depan and dok gelak kat aku. At least, munasabah jugak la ketakutan aku tu. Ada orang tu takut dengan kucing. Nampak je kucing, panjat atas kerusi.

Kehidupan aku kat skolah semakin baik. Aku dh dapat ramai kawan. Kalau nak dibandingkan dgn waktu skolah rendah dulu, aku mmg hidup keseorangan. Kalau x disebabkan oleh Syamim, aku mungkin x dak kawan sampai skrg. Aku mungkin akan jadi gila and jadi perempuan tua yang lonely yg bela banyak kucing. Oleh sebab itu, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Syamim.

Thursday, September 10, 2009

Kenapa skolah kita ada garaj?

Kisah #1
Hari ni aku takut gilaaa. Aku, sebagai ketua biro pagar dan garaj kena la bukak kunci garaj setiap hari sebelum balik. Smlm, aku lupa nak bukak. Bayangkan, kita nak balik rumah, pastu nak naik moto tapi tgk2 moto kena kunci dlm garaj. Nasib baik ada Mathu yang came to the rescue. Dia tercungap-cungap carik aku kat class EST nak cari kunci.

Aku ingatkan hari ni aku bakal kena pecat.

Cikgu: Kenapa kunci garaj x buka smlm??
Aku: Saya terleka cikgu.. [Alasan x boleh diguna pakai]
Cikgu: Lain kali jangan terlupa. [Dlm nada melawak]
Aku:*Dlm hati* Fuhh. Nasib baik.

Aku betul2 ingat aku kena pecat dah tadi.

Kisah #2
Hari ni, aku geram dgn seseorg ni. Tapi aku membuat keputusan utk melupakannya sbb skrg bulan puasa. Kena banyak sabar.

Tuesday, September 1, 2009

Thank You!

Hari ni x best sangat sebab dapat results exam. Setelah lama berpisah dgn rakan2, dapat la jumpa depa balik except for fauzan sbb dia x mai skolah. Apa2 pun, aku nak announce kat suma orang yg aku x fail Sejarah!!!! Wahhhh. Aku sangatlah gembira sebab dapat B. Yay!

Aku nak berterima kasih kepada Li Ean dan Nhivashini sebab study last minute dengan aku. Sebab korang la aku bleh pass sejarah. Yay!

PS: Tapi yang x best nya aku fail bende alah lain.... ="[