Friday, December 31, 2010

Izni tak ayu. I repeat, Izni tak ayu!

Aku teringat satu kejadian di mana aku sedang berjalan-jalan dengan sorang mamat ni. Kami baru je sampai kat mall. Memang baru sangat-sangat sampai. Oh ya, yg pink tu aku.

Mamat, mamat jangan marah tau.

Nak marah kenapa?

Izni tak ayu.

Kenapa pulak?

I need to pee.

Okay, mamat teman izni yang tak ayu pergi tandas okay?

Okay. Sorry tau.

Dengan muka selamba aku pergi tandas dan dia tunggu di luar tandas. Dahla aku tak kenal sangat mamat ni, ada ke patut aku suruh dia teman aku pergi tandas. Lepas itu aku teman dia tidur dalam kedai buku.

*Nama sebenar dirahsiakan untuk menjaga privasi. Nama sebenarnya bukan mamat.

Selamat datang, 2011. Aku menantikan kedatanganmu. Okey, mungkin tidak.

Aku harap tahun baru ini akan membawa lebih banyak kegembiraan untuk aku. Aku baru sedar bahawa tahun 2010 merupakan tahun yang paling banyak aku menangis. Hari tu mak aku pesan kat aku jangan nangis banyak-banyak sangat. Nanti jadi gila. So, aku tak mahu menangis banyak sangat lah tahun ni.

Azam tahun baru:

  • Aku nak jadi tough macam T.O.P dalam cerita IRIS. Tapi aku tahu benda tu mustahil sebab T.O.P lelaki dan aku perempuan. Lagipun dalam cerita tu dia jadi pembunuh.
  • Aku nak belajar bersungguh-sungguh.
  • Aku nak jadi lebih tinggi. Kemungkinan berjaya, 50-50.
  • Aku tak mahu dikenali sebagai doraemon lagi.
  • Aku nak kumpul banyak good memories!
  • Aku nak mempunyai lebih banyak kawan baru :)
Setakat ni aku banyak lompat-lompat jadi aku rasa cita-cita aku untuk menjadi tinggi mungkin tercapai. Doakan untuk aku ya?

Monday, December 27, 2010

Untitled

Aku tak sabar nak pergi PLKN. Aku tak sabar nak lupakan semua masalah. Aku tak sabar nak jumpa kawan-kawan baru. Aku tak sabar nak tenangkan diri. Ahhhh bila lah 4 januari nak datang? Aku tak sabar nak tinggalkan semua yang bagi aku sedih kat sini... Aku nak cepat tinggalkan tempat ni... Aku harap aku akan jadi lebih ceria lepas aku pergi PLKN..

Aku harap..

Aku tak tahu apa dah jadi dengan aku.. Agaknya hobi aku ialah menangis..
Kenapa aku suka menangis? Aku pun tak tahu. Hari tu aku nangis malam-malam pastu tidur. Bangun-bangun mata bengkak macam ada orang pam mata aku. Nasib baik lama-lama dia hilang.. Kalau tidak, malu kott nak jalan depan orang pastu dapat jelingan pelik.. Aku harap aku boleh hilangkan fikiran negatif ini. Aku harap aku boleh berhenti fikir yang bukan-bukan. Ahhhh aku gerammmmmmmm!

Geram sangat-sangat!

Friday, December 24, 2010

Take away the sensation inside. Bittersweet migrain in my head.

Sebelum aku pergi berjuang untuk tanah air tercinta, aku ingin mengucapkan terima kasih terhadap peminat-peminat aku yang selama ini memberikan aku inspirasi untuk menulis blog. Terima kasih semua. [Hehehe okay aku tahu aku tak ada peminat]

******************************************************************

Ayesha dah bagi balik buku "Gathering Blue" aku setelah 3 tahun meminjamnya. Aku bagi dia pinjam buku tu masa form 3, aku dapat balik december yakni masa aku dah tamat form 5. Aku sayang sangat buku tu dan bila aku dapat je buku tu, aku ciumnya. Bau wangiiii. Ahhhh hampir dapat orgasm. Okay, itu tak senonoh. Sorry.

******************************************************************

Ada satu perempuan tuh, dia mempunyai 3 rumah. Satu merah, satu hijau dan satu lagi kuning. Rumah mana dia akan masuk? [Soalan ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Jika ada, maksudnya itu adalah satu kebetulan.]




Thursday, December 23, 2010

Last december I gave you my heart, but you ripped it apart and left it to bleed.

I know I fall fast. And I fall very, very deep. I just can't help it.

You made it seem like you feel the same way about me.

The late night chats, phone calls from you; to listen to my problems and cries, telling your secrets; things other people doesn't know.

The truth is, you won't feel the same way about me. This happen every time.

When the heartbreak starts, I'll be crying my heart out.

And when I finally forget about you, I'll fall for someone else and convinced that I won't fall very deep this time.

Fails every time.

And the cycle starts all over again.

I just can't learn from my mistakes. Or maybe, I just don't want to.

["you" refers to every guy I've ever fallen for]

Sunday, December 19, 2010

Benda-benda pelik aku pernah buat

  • Letak kapur kat atas kerusi orang.
  • Picit pipi bayi yang tak dikenali lansung.
  • Cakap "hai" kat mat rempit tepi jalan.
  • Minum air garam [Inilah dikatakan aku dah makan garam]
  • Ketuk kepala orang padahal orang tu tak salah apa-apa pun.
  • Tampar nyamuk sampai mati pastu buat crime scene lengkap dengan line "do not cross".
  • Cakap dengan rama-rama
  • Cakap dengan semut
  • Cakap dengan langit
  • Cakap dengan kucing
  • Cakap dengan diri sendiri [aka bermonolog]
  • Letak serbuk milo atas spagetti dan berpura-pura depan orang lain bahawa aku sedang makan cacing.
  • Nyanyi lagu "Cemerlang Gemilang Terbilang" dengan kuat secara tiba-tiba.
  • Gelak dalam kelas secara tiba-tiba apabila orang lain sedang senyap menulis nota.
  • Memakai make up hitam di mata dan bawah mata semata-mata nak menakutkan orang.

Kalau boleh, aku tak mahu menangis.

Aku pun cantik jugak.
Aku pun pandai jugak.
Aku pun comel jugak.
Aku pun diminati jugak.
Aku pun cun jugak.
Aku pun hot jugak.
Aku pun ayu jugak.
Aku pun sweet jugak.
Aku pun patut terima layanan baik jugak.
Aku pun ada perasaan jugak.
Aku pun nak marah jugak.
Aku pun nak peluang jugak.
Aku pun layak menerima kasih sayang orang.

Kau hanya satu langkah lebih cantik daripada aku.
Lebih pandai daripada aku.
Lebih comel daripada aku.
Diminati oleh ramai lelaki berbanding aku.
Lebih cun daripada aku.
Lebih hot daripada aku.
Lebih ayu daripada aku.
Lebih sweet daripada aku.
Layanan baik daripada lelaki? Petik jari sahaja.

Aku tahu. Aku tahu semua perkara yang membuatkan kau awesome dalam kalangan lelaki. Aku cuma tak suka orang lain memperbesar-besarkan kehebatan kau di hadapan aku. Aku just... Entahlah. Mungkin cemburu. Sedikit cemburu.

Siapa yang makan cili, dia yang rasa pedas.
[Amik kau!]

Sunday, December 12, 2010

PLKN



Yeahh. Aku rasa benda-benda yang aku nak buat lepas SPM nampaknya tak kesampaian. Aku kena masuk tentera dan berjuang untuk negara. Chehhhh bunyi mcm nak pergi berperang pulak.. Hahaha. So, lepas 4/1/2011 aku kena pergi lapor kat PISA. Kalian jangan rindu aku sangat. Rindu sikit-sikit sudah lah.. Hehe

Aku akan rindu semua orang. Serious. Aku sedih terpaksa meninggalkan orang-orang tersayang begitu sahaja. Harap-harap mereka dapat hidup dengan baik. Aku akan cuba sedaya upaya untuk bergembira di sana :)

Imya, A.

Friday, December 10, 2010

Aku. Bingung.

Kebelakangan ni aku tak boleh balance. Bukan dari segi nak jatuh ke tak nak sebab yang tu memang sah tak balance. Maksud aku, aku tak balance dari segi perasaan atau perangai aku. Sekejap aku happy gila babun, sekejap lagi aku down gila-gila down. Memang faktap. Betul-betul faktap. Aku rasa macam nak baling pinggan mangkuk kat orang. Atau amik kerusi, patahkan tulang rusuk dia. Atau hentak kepala orang kat dinding. Apa-apa je lah yang ganas dan kejam, aku nak buat.

Tadi aku main boling ngan kawan-kawan, aku strike. Kalau nak tahu, dalam sejarah hidup aku, memang tak pernah strike. Ini kisah benar. Aku pathetic. Aku ibarat kanak-kanak yang tak reti naik basikal dan terpaksa melihat kawan-kawan lain naik dengan best nya. Yeahhh, macam tu la betapa suck nya aku main boling. Tapi aku strike tadi. Fuyyoh! Kalau ada orang rakam memang best kot. Aku bangga. Sepatutnya kena masuk dalam buku sejarah, "Izni telah main boling dengan cemerlang". Yes, I can feel it!

Spm dah habis. Aku tak tahu nak buat apa. Aku pernah listkan apa yang aku nak buat lepas spm:

1. Tengok cerita korea sampai fasih berbahasa korea (Yeah, aku tahu ini mission impossible tapi, mana tau boleh cakap terus)

2. Buat banyak-banyak photoshoot. Model dah ada. Hihi

3. Cari kerja. (Nak kena sara keluarga)

4. Baca banyak buku. Bukan buku text (Dah bagi balik kat cikgu), tapi buku cerita.

5. Main guitar sampai pro. Tapi salah satu tali dah putus lah :(

Wednesday, December 8, 2010

Hai

SPM dah habis.


So, wanna hangout?