Friday, September 26, 2014
Thursday, September 25, 2014
Sorry for the hiatus
Nampaknya sudah lama tidak update blog usang ni. Aku sekarang dah dalam tahun ketiga di USM. Rasanya tahun ni mungkin akan menjadi the best year yet. Current semester (semester 1) setakat ni sangat menyeronokkan. Kelas-kelas yang aku ambil semester ni pun syok-syok belaka. Aku amik Creative Writing, Kelas Bahasa Asing, Children's Literature. Subjek yang sangat seronok menurut aku. Paling penting, aku dapat lecturer yang sangat HOT dari Iran untuk subjek multimedia. Dalam kelas tu pun ada laki yang lebih hot, lagi-lagi hot sebab dia sama umur dengan aku. Too bad dia exchange student. Lepas satu sem, tak dapat tengok muka dia dah. Sweedish guy by the way.
Oleh sebab aku amik kelas Creative Writing, semangat aku untuk menulis berkobar-kobar. Sebab tu aku tulis blogpost ni walaupun tak ada isi sangat pun. Asalkan aku menulis. Salah satu assignment untuk kelas ni ialah untuk menulis 2,000 perkataan punya cerpen. Aku dah ada draft dia. Cuma aku masih fikir macam mana nak tulis supaya dapat menarik perhatian pembaca. Semangat aku untuk membaca pun menaik dengan mendadak. Bukan lah nak berlagak atau apa, tapi aku akan pastikan aku baca at least satu artikel setiap hari. Sebab itu lah aku punya homepage ialah Digg.com. Semua artikel sangat menarik dan yang penting-- ia up-to-date. Aku pun dah start membaca banyak fiction.
Benda-benda yang tak penting tapi aku saja nak bagitahu.
- Aku dah susun mini-library kat rumah aku mengikut warna. Aku colour-coded them. Hakikatnya, buku-buku tu nampak lebih menarik dan bagi orang yang datang rumah aku perasaan untuk membaca buku. Seriously, cubalah susun ikut warna. Korang takkan menyesal. Lagi bagus daripada susun buku ikut ketinggian buku tu. Boring.
- Aku ambil kelas bahasa korea. Sebenarnya, aku hanyalah peminat k-pop yang sederhana. Tak ada yang gila-gila. Tapi aku minat dengan budaya korea sebenarnya.
- Tadi aku sapu roti dengan peanut butter. Kemudian aku taburkan cereal coco snaps atas dia. Tiada penyesalan langsung.
- Nampaknya semua orang dah kahwin/tunang/berteman/ada binatang peliharaan baru/beli phone baru dan aku kat sini sedang menulis blog post tentang menabur roti dengan cereal. Aku ada theori mengatakan bahawa lelaki banyak elak aku sebab aku suka bengkokkan ibu jari aku kebelakang bila aku bosan. (Theori tak masuk akal tapi biar la ni theori aku)
- Aku baru perasan, bila aku nak tulis cerita pendek, aku suka bagi watak-watak aku nama yang hanya satu suku kata. Za, Fee, Syah dan Khai. Korang dah baca tentang Za kan? Nantikan kisah tentang Fee, Syah dan Khai. Heheheh
Wednesday, January 22, 2014
Tok dan gelagat
Selama 2 hari, aku tidur kat rumah tok aku. Nak tolong la apa-apa aku boleh tolong since aku tengah cuti sekarang nih. OMG aku dah dalam second year. Kenapa cepat sangat aku tua nih? Okay berbalik kepada cerita, aku tidur di rumah tok aku selama 2 hari. Hari pertama, tok aku ajak pergi market nak beli ikan. Aku pun bawak la keta pi market dengan lajunya seperti michael schumacher (who is sick by the way. kesian dia). Aku agak gelisah sebab sebenarnya aku tak pandai bawak kereta sangat. Terkejut kan? Orang yang berkarisma macam aku ni tak confident bawak kereta? wow mindblown. Anyway, aku pun park la kat situ dengan assistant valet (ok market mana yang ada valet?). Aku beli dua keping capati sementara tok aku beli ikan. Capati itu sedap.
Hari kedua menjelang, dan tok inginkan excitement. Kami pergi tesco dan aku bawak kereta. Tok aku berani gila naik kereta dengan aku. Fuhh that woman can be a stuntman. Selama 2 hari kami bergelak ketawa bersama, menangis bersama (ada adegan memotong bawang yang agak tragis). Tiba-tiba tok aku cakap "Izni, jangan dok cari laki yang rugged ja, cari yang pandai sembahyang". Minda aku kaget. Perkataan rugged is so 2008. No one says rugged anymore. Dan, kenapa tok aku cakap pasal kahwin?
Ada lagi.
Dia cakap "Tok harap tok boleh la tengok cucu ni kahwin. Kalau tak sempat tengok cicit pun takpa".
Auww man you give me pressure. And I'm only 20.
Hari kedua menjelang, dan tok inginkan excitement. Kami pergi tesco dan aku bawak kereta. Tok aku berani gila naik kereta dengan aku. Fuhh that woman can be a stuntman. Selama 2 hari kami bergelak ketawa bersama, menangis bersama (ada adegan memotong bawang yang agak tragis). Tiba-tiba tok aku cakap "Izni, jangan dok cari laki yang rugged ja, cari yang pandai sembahyang". Minda aku kaget. Perkataan rugged is so 2008. No one says rugged anymore. Dan, kenapa tok aku cakap pasal kahwin?
Ada lagi.
Dia cakap "Tok harap tok boleh la tengok cucu ni kahwin. Kalau tak sempat tengok cicit pun takpa".
Auww man you give me pressure. And I'm only 20.
Subscribe to:
Posts (Atom)