Sebab 1: Budak-budak bukannya belajar pun masa kelas tambahan. Sebaliknya, mereka menghabiskan masa dengan tidur.
Sebab 2: Cikgu pulak tak ajar pun. Cikgu yang betul-betul ajar pun tak diendahkan oleh anak murid. Jadi, di telinga murid bunyi macam ni: "Blablabla hoi jangan cakap! Blablabla"
Sebab 3: Pelajar-pelajar nanti balik kepenatan dan tak boleh buat aktiviti lain. Contohnya, nak tengok tv pun tak boleh sebab penat.
Sebab 4: Homework yang cikgu bagi tak siap sebab masa yang digunakan untuk buat homework telah digantikan dengan kelas tambahan.
Sebab 5: Membunuh banyak pokok sebab banyak sangat kertas difotostat tetapi akhirnya menjadi kapal terbang kertas mainan yang dibaling kepada pelajar yang tidur.
Sebab 6: Membazir duit PIBG. Duit tu bleh digunakan untuk majlis-majlis ilmu tetapi digunakan untuk mengfotostat kertas.
Sebab 7: Sembahyang tak khusyuk kerana masa yang diberikan untuk sembahyang sangat terhad.
Sebab 8: Banyak orang lapar dan sakit perut sebab lunch kena makan dekat koperasi atau kantin je. Bukan makanan yang sihat dari rumah. [Dah la abang kantin tak hensem].
Sebab 9: Susah nak study sebab kelas tambahan banyak sangat.
Sebab 10: Dah memang pelajar[aku] tak suka! Batalkan je lah!
Warghhhhh!