Friday, September 26, 2014

Perasaan.

Aku rasa seolah aku tak cukup. Untuk sesiapa.

Thursday, September 25, 2014

Sorry for the hiatus

Nampaknya sudah lama tidak update blog usang ni. Aku sekarang dah dalam tahun ketiga di USM. Rasanya tahun ni mungkin akan menjadi the best year yet. Current semester (semester 1) setakat ni sangat menyeronokkan. Kelas-kelas yang aku ambil semester ni pun syok-syok belaka. Aku amik Creative Writing, Kelas Bahasa Asing, Children's Literature. Subjek yang sangat seronok menurut aku. Paling penting, aku dapat lecturer yang sangat HOT dari Iran untuk subjek multimedia. Dalam kelas tu pun ada laki yang lebih hot, lagi-lagi hot sebab dia sama umur dengan aku. Too bad dia exchange student. Lepas satu sem, tak dapat tengok muka dia dah. Sweedish guy by the way. 

Oleh sebab aku amik kelas Creative Writing, semangat aku untuk menulis berkobar-kobar. Sebab tu aku tulis blogpost ni walaupun tak ada isi sangat pun. Asalkan aku menulis. Salah satu assignment untuk kelas ni ialah untuk menulis 2,000 perkataan punya cerpen. Aku dah ada draft dia. Cuma aku masih fikir macam mana nak tulis supaya dapat menarik perhatian pembaca. Semangat aku untuk membaca pun menaik dengan mendadak. Bukan lah nak berlagak atau apa, tapi aku akan pastikan aku baca at least satu artikel setiap hari. Sebab itu lah aku punya homepage ialah Digg.com. Semua artikel sangat menarik dan yang penting-- ia up-to-date. Aku pun dah start membaca banyak fiction. 

Benda-benda yang tak penting tapi aku saja nak bagitahu. 
  1. Aku dah susun mini-library kat rumah aku mengikut warna. Aku colour-coded them. Hakikatnya, buku-buku tu nampak lebih menarik dan bagi orang yang datang rumah aku perasaan untuk membaca buku. Seriously, cubalah susun ikut warna. Korang takkan menyesal. Lagi bagus daripada susun buku ikut ketinggian buku tu. Boring.
  2. Aku ambil kelas bahasa korea. Sebenarnya, aku hanyalah peminat k-pop yang sederhana. Tak ada yang gila-gila. Tapi aku minat dengan budaya korea sebenarnya.
  3. Tadi aku sapu roti dengan peanut butter. Kemudian aku taburkan cereal coco snaps atas dia. Tiada penyesalan langsung.
  4. Nampaknya semua orang dah kahwin/tunang/berteman/ada binatang peliharaan baru/beli phone baru dan aku kat sini sedang menulis blog post tentang menabur roti dengan cereal. Aku ada theori mengatakan bahawa lelaki banyak elak aku sebab aku suka bengkokkan ibu jari aku kebelakang bila aku bosan. (Theori tak masuk akal tapi biar la ni theori aku)
  5. Aku baru perasan, bila aku nak tulis cerita pendek, aku suka bagi watak-watak aku nama yang hanya satu suku kata. Za, Fee, Syah dan Khai. Korang dah baca tentang Za kan? Nantikan kisah tentang Fee, Syah dan Khai. Heheheh