Monday, October 31, 2011

Penyu bogel makan sandwich atas kapal terbang kertas

Haaaaaa tajuk yang menarik kan?

Okay la. Aku minta maaf sebab aku tipu. Aku cuma nak menarik perhatian.

Dum dum dum dum

Aku bawak kereta macam orang gila hari tu. Masa QTI.
Aku lulus tapi balik rumah aku nangis. Macam loser kan?

Aku suka tengok Hell's Kitchen. Melihat chef ramsay marah-marah sambil baling makanan kat orang adalah satu form of entertainment.

Kadang-kadang aku rasa macam Obi semakin membesar. Tapi tak mungkin. Dia hanya turtle plushie. Anak mummy dah besar :')

Aku buat facial hari tu, Mak aiii sakitnya bila dia nak buang blackheads. Memang sampai tahap keluar air mata. Tapi lepas tu dia letak mask yang sangat sejuk atas muka aku. Aku rasa macam diri aku seketul kek.

Dulu aku seorang yang curious. Aku nak sangat tau apa perasaan bila couple. Nak ada boyfriend la. Sekarang aku rasa, aku tak mahu semua tu. Aku tak pernah ada semua tu. Sampai sekarang pun. Tak mahu dah sekarang. Biar aku couple dengan suami aku sudah lah.

Sudoku sebenarnya game yang menenangkan. Aku selalu main sudoku dalam phone sebelum aku tidur.

Aku makan panadol tadi. Tapi aku masih pening kepala. So nak baring dan tidur lah.

That's all for now folks.

Friday, October 28, 2011

Lelaki badge merah yang aku minat gila dulu macam hyper gila

Aku nampak dia lagi. Kali ini depan tandas lelaki. Ahh alangkah indahnya hidup ini jika dinyalakan dengan sinaran dari senyumnya sahaja.

Aku dah banyak kali mengikut dia. Aku rasa macam aku sayang dia sangat walaupun aku belum tahu nama dia.

Pertama kali aku nampak dia, dia lambat pergi sekolah. Dengan beg kuning dia, walaupun dah lama dan lusuh, aku rasa macam beg tu ada keistimewaannya sendiri. Dia lari depan aku, dengan rambut tercacak dia. Aku masa tu 14 tahun. Muda lagi. Dia umur 16.

Aku seorang pengawas, jadi aku setia menunggu dia setiap hari di tangga tempat aku ditugaskan.

Dia seorang MR. Aku tak tahu macam mana nak explain perasaan aku dekat dia pada masa tu. Aku tak pernah suka orang macam tu. Heck, aku tak even suka kawan-kawan dia pun. Macam gangster. Tapi dia, dia lain. Senyap je. Memang setiap kali masa rehat dia akan turun awal dengan "geng" dia. Aku pernah nampak dia ponteng kelas.

Ada satu masa, dia kena gantung sekolah lama sangaaaaatt. Aku rindu (Tapi macam tak logik). By this time aku dah tahu nama dia sapa.

Akhirnya, dia datang sekolah balik. Aku senyum macam orang gila satu hari. Aku tak pernah bagitahu kawan-kawan aku pasal dia. I mean, MR kot. Kawan-kawan aku mesti tak setuju (ceh, macam la dia nak ada relationship dengan aku).

Dia lain dari MR lain. Dari perspektif aku la. Pakaian dia mesti kemas. Pakai tie kemas. Dia senyap. Tak macam kawan-kawan dia yang lain. Bising sangat-sangat.

Ada satu hari yang aku sangat-sangat-sangat-sangat-sangat HAPPY. Hari yang aku tak pergi sekolah sebab sekolah mak aku ada Hari Kantin. Aku sedih sebab mak aku suruh ponteng dan pergi SMKBG. Kalau aku ponteng, maksudnya aku tak boleh tengok dia satu hari..

TIBA-TIBA aku nampak dia kat sekolah mak aku dengan kawan-kawan dia. Aku memang malu gila dan excited dan happy sangat-sangat. Tapi agak sedih la sebab aku nampak dia kat bilik kh kat belakang sekolah tengah merokok. Hmmm. Tapi kali ni aku memang 100% yakin yang dia nampak aku.

Aku suka dia sampailah dia ambil SPM. Lepas SPM aku tak nampak dia lagi. Jadi aku mula suka orang lain.

Itu kisah lama. Kisah cinta tak berbalas. Sekarang cinta berbalas ke? haha tak tahu lah.

Find out for yourself ;)

Masalah? Izni dapat selesaikan!

TinaGUrlZsoNoty n kiutMiUt (ItS cOMplicateD), London
Saya ada masalah dengan pakwe saya. Saya rasa dia curang dengan saya. Sebab hari tu saya nampak dia like status seorang perempuan ni kat fesbuk. Saya rasa macam digunakan! Ahh saya nak break dengan dia!

TinaGUrlZsoNoty n kiutMiut,
Senang je nak selesaikan masalah ni. Apa kata awak balas kat dia dengan menge"like" status lelaki lain. Biar pakwe awak terasa.

...........................................................................................................................................................

Zainal, Pahang.
Izni, Saya ada mencipta satu bijirin sarapan pagi yang sangat enak dan berbentuk lipas. Apakah nama yang sesuai?

Saya rasa nama yang paling sesuai adalah "ko-cockroach" nama seperti koko krunch jadi siapa2 sahaja boleh tersilap dan terbeli bijirin ini justeru menaikkan sales awak.

...........................................................................................................................................................

Khow Khoo Cheng, N9
Macam mana nak kurus?

Diet dan Exercise.

...........................................................................................................................................................

Curious George, Pesisiran pantai melaka.
Do you love justin bibir? I love him so much but he keeps throwing away locks of my hair that I got him for christmas..

I have nothing against him. I don't love him and I don't hate him nor have a thing against his lips.
How about giving him socks for this year?
...........................................................................................................................................................

Siti Pahang, Pahang (tempat tanah tumpahnya darah ku)
Masa aku jalan-jalan haritu, aku rasa aku nampak ko. Ko naik bukit pastu nak terjatuh sebab angin kuat sangat. Tambahan lagi, aku nampak ko cakap sorang-sorang. Dah la jalan sorang-sorang..

Ni segment kongsi masalah lah! Bukan segment komen pasal aku. And hey masa tu kaki aku tergelincir dan aku bukan cakap sorang-sorang! Aku tengah hafal speech aku la. (Damn! Ada orang nampak)
Dan aku bukan keseorangan, roommate aku lambat sebab dia tertinggal barang kat bilik. (Kenapa aku kena explain semua ni kat kau?)
............................................................................................................................................................

Hamba Allah
Sedarlah sebelum terlambat...

Ok.

Tuesday, October 25, 2011

Perspektif

Seorang remaja perempuan hamil dalam usia yang muda.
Masyarakat memandang rendah padanya dan menyeksanya dengan kata-kata kesat secara bertubi-tubi.
Tidak diketahui bahawa perempuan itu dirogol berkali-kali oleh seorang lelaki durjana.
Dia bukan sahaja diseksa diminda malah zahirnya.
Apabila dia dijemput ilahi, pada masa itulah masyarakat mula rasa bersalah.

Anehnya apabila seseorang mati, baru orang mahu mendengar..

Monday, October 17, 2011

Usaha nak meng-slimkan diri


Memang cita-cita aku untuk menjadi kurus sedikit.
Aku akan start bersenam. Yays!

Dan please tolong aku in the hopes of becoming America's Next Top.. Eh silap pulak, in the hopes of becoming slimmer.

*Nota untuk Syariz: Aku tau kau akan baca post ni sebab kau stalker. Tolong aku, tapi jangan la kasar sangat sampai kata muka aku bulat macam bola (insiden di McD). Harap maklum.

Saturday, October 15, 2011

Hakikat

Memang orang kata, cuti best, boleh buat macam-macam la, free la, boleh tidur lama-lama. Tapi itu hanya best pada 2 minggu pertama cuti. Macam mana nak habiskan masa kat rumah? Semua orang pergi sekolah.. Termasuk mak aku (dia seorang guru). Tinggal aku sorang-sorang di rumah.

Tiba-tiba aku dapat satu idea! *explosion*

Apa kata aku buat "art attack"! Yay!

Butterflies in your stomach

Monday, October 10, 2011

Apakah ini?!

Apakah ini?
Sensasi yg hangat!
Membakar mataku!
Membuatkan aku menitiskan air mata!
Otak berdenyut-denyut!
Sehinggakan tidak boleh melihat apa-apa!



Oh. Mata masuk shampoo.

Thursday, October 6, 2011

Merembes.


Oh no. Semua orang dah tahu aku tak boleh dengar perkataan tuh. Bukannya aku racist terhadap perkataan tuh. Cuma geli. Eeeeeeeeeeeee yucker. Sekarang pun aku rasa geli nak tulis.

Semuanya bermula dia alam remaja aku yang indah. Aku terjumpa buku "Ayat-ayat cinta" karya Habiburrahman El-shirazy kat atas rak buku datuk aku. Aku berazam untuk membacanya.

Helai demi helai, aku baca okay lah. Kemudian *jeng jeng jeng* ada satu part yang mengatakan (aku re-phrase tau) "cinta mereka merembes di atas cadar hijau.

Aku trauma sepanjang hayat.