Tuesday, January 31, 2012

Patah.

Semalam kawan aku kematian seorang yang dia sangat sayang, adik dia. Waktu tu kami dalam kelas. Aku duduk sebelah dia.

"Eh, adik aku call la"

The last thing I remembered, dia terus nangis dan minta balik. Bila dia cakap kat lecturer "Miss Ju, can I go back? My sister just passed away."

Aku terus tergamam. Sebelum ni kami tengah sibuk uruskan assignment yang kena hantar. Tiba-tiba dapat berita macam ni. Yang paling sedihnya, hari sebelum tu, hari jadi dia. Ironiknya, semalam baru sambut hari lahir, esok, dapat tahu adik dah tiada.

Saat aku dapat tahu, yang bermain di fikiran aku ialah, "Bayangkan jika aku hilang adik aku". Aku sedih dan ternangis dalam kelas bila fikir kalau perkara yang sama jadi kat aku. Aku tak boleh bayang. Aku sangat sayang adik-adik aku. Memang, kadang-kadang aku marah. Tapi tak bermaksud aku tak sayang.

Sisters, if you're reading this, please know that I love you. Very, very much.

Thursday, January 26, 2012

Bila ada orang cakap nak number, tanya dia nak number berapa.

"Wise man talk because they have something to say. Fools talk because they have to say something" - Plato

Aku ingin jadi orang yang wise. Bercakap hanya jika ada yang perlu diperkatakan. Masalahnya, aku seorang yang cakap banyak. Mak aiiii banyaaaaaaaknya aku cakap dalam sehari. Dan semua itu bukan perkara penting pun. Agak betul kata orang, perempuan memang suka gossip. Haish. Perlu sedaya upaya tinggalkan semua gossip.

Cakap bila ada idea yang bernas (drop it like it's hot ala-ala snoop dog). Jangan main cakap je. Izni dengar takkk!

dup dap dup dap dup dap

Aku rasa macam ayu bila aku jalan pakai baju kurung pastu ada angin sepoi-sepoi bahasa. Kadang-kadang aku akan buat macam aku berlakon videoklip Amy Mastura (masa aku kecik, aku minat Amy Mastura gila-gila sampai kumpul gambar-gambar dia dan lekat dalam buku nota kemudian tulis "PRIVATE" kat depan buku tu. Kononnya nak bajet la ada secret dalam tu. Aku jugak selalu paksa mak aku potong rambut aku macam Amy Mastura dalam cerita "Cinta 3 Musim" yang dia berlakon dengan Aqasha). Ada jugak satu masa aku ingat aku nyanyi dalam hati tapi aku ternyanyi kuat-kuat. Memang malu tahap gaban!

Dap dup dap dup dap dup

Aku sangat suka lecturer aku untuk grammar, Miss Siti. Setiap kali aku dalam kelas, aku akan teringat ayah aku. Sebab pemikiran miss siti macam ayah aku. Banyak benda yang dia buat mengingatkan aku tentang ayah aku. Tapi ada perbezaan paling ketara (selain jantina), Miss Siti sangat sukakan kucing. Conversely, ayah tak.

Dup dap dup dap dup dap

Aku suka band Hujan yang dulu. Sekarang dah tak macam dulu. Lagu dah berubah. Orang berubah. Termasuk orang yang menyebabkan aku minat band ni. Kau memang berubah. Tapi ni tak bermakna aku dah hilang minat terus.

Dap dup dap dup dap dup

Masa aku darjah 3, cita-cita aku adalah untuk menjadi car designer. Gara-gara ayah suruh. Aku sangat mengagumi ayah aku waktu tu. Setiap apa yang dia buat, mesti aku nak ikut. Bila dia kata "Izni, besaq nanti design keta utk ayah", aku pun tiba-tiba minat dengan kereta-kereta ni semua. Aku even hafal number plat keta semua orang, termasuk guru besar, kawan-kawan, saudara-mara dan lain lain.

Friday, January 13, 2012

Agak geram.

Mungkin hanya dia je aku rasa macam ni.


Patah Hati.

Mungkin dia sibuk.

Monday, January 9, 2012

Impian

Hari ini aku sangat sangat sangat sangat sangat sangat GEMBIRA!

Madam Naga, lecturer untuk subject literature aku telah memberi kami semua satu task.

"Write a short story with a theme, maybe we'll having it published"

Maksud hang, hang tuleh cerita pastu nanti dia compile semua orang punya cerita dan publish kannya?

Ye izni! Ye! And and dia akan beri setiap orang copy of the book!

Bagus la tu. Hang nak buat cerita pasai pa?

Aku tak fikiaq lagi. Thanks for rubbing it in, Izni!

Hey I was just asking.

Ah! Tak kisah lah! Asalkan aku dapat buat satu cerita :)

Yay! Penulis!

Friday, January 6, 2012

Benda-benda kecil yang aku akan ingat sampai bila-bila.

Selama aku tinggal di universiti, terdapat banyak perkara yang membuatkan aku gembira. Walaupun kecil.

Di dalam U, aku tinggal di dalam kolej yang berdekatan dengan tempat makan. Aku tinggal di tingkat ataaaaas sekali. Kalau nak dibayangkan, seolah-olah mendaki bukit yang tinggi tapi setiap hari. Tingkap aku juga menunjukkan view ke arah tempat makan. Salah seorang kawan baik aku di sini, Fatahul, selalu menjerit nama aku setiap kali dia lalu di situ. Aku pun selalu menyahut jeritan dia. Haha. Aku rasa macam rapunzel. Sebab ada lelaki dibawah dan ada perempuan di atas "tower". Kadang-kadang aku akan pakai telekung dan takutkan lelaki kat bawah.

Setiap hari jumaat, kami (aku dan kawan-kawan aku) selalu makan di sebuah cafe yang bernama "E-Point" sebab kelas kami habis awal. Kat situ lah kami selalu cerita latar belakang masing-masing dan mengenali each other dengan lebih mendalam.

Library. Juga merupakan tempat kami melepak. Ada satu section dalam libary tu, Self Access Centre, yang tak pernah dikunjungi orang. Kami budak-budak tesl menjadi kan tempat tu tempat lepak kami. Cakaplah kami "nerd" ke, skema ke, tapi kami tetap bahagia.


Wednesday, January 4, 2012

Kalau aku stress aku akan lepaskan kat blog ni

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!

Banyak gila assignment nak kena buat!
Drama, speech, writing, grammar. Semua itu menghantui aku.
Baru aku faham bahawa kehidupan U ni susah.
Makan pun dalam tergesa-gesa sebab nak kena siapkan kerja.
Kenapa sem 1 aku senang lenang je?

Gah Gah GAAAAAAAAAAH (aku tak pasti kenapa aku buat bunyi macam tu)

Tidur tu macam susah gila nak dapat. Katil aku selalu memanggil-manggil nama aku.

Conversation antara aku dan katil aku:

"Izni! Datang lah pada kuuuuu! Tidur lahhhh"

"Tak boleh, wahai katil. Aku ada banyak assignment nak kena siapkan."

"Alah, setakat assignment 2, 3 tak payah buat la."

"Pala hotak hang tak payah! Aku kena dapat markah tinggi untuk sem ni."

"Ye la, tak payah la marah. Aku cuma rindu kat kau."

"Nanti ye katil? Bila aku dah siap, aku janji aku akan luangkan masa dengan kau. Buat masa ni, kau jadi tempat aku letak kertas-kertas assignment je, okay?"

"Okay, izni. Janji tau.."

"Ye, aku janji."

................................................................................................................................................................

Aku rasa muka aku dah macam burung hantu. Burung hantu pun ingat aku species dia.
Dalam kelas, kadang-kadang aku tertidur (bukan sengaja). Kawan aku nanti aku bagi gula-gula.
Bad mistake. Lagi aku rasa mengantuk.

Minggu depan memang definitely aku akan sibuk. Sibuk gila sampai gila pun tak sibuk macam aku. Dah la ada Annual General Meeting, pastu aku bertugas untuk cuci bilik air, ada Drama yang aku kena persembahkan, Demonstrative speech la. Pebende semua tu. Duniaaaaaaaaaaa!

Ah sah aku dah tak betul.

asfghjklasdfghjklgdvvhsvfhsb cguichsoifnghsihfosihfiosmjcosijhsoirvudghrh

Adik-adik, bersyukur lah dengan dunia persekolahan yang anda miliki.

Monday, January 2, 2012

New Year

Banyak benda jadi masa new year's eve. So, to sum it all up:

  • Aku pergi kenduri, pastu kawan aku Bella 'Ek ternampak aku dok layan blues kat tepi jalan tapi dia tak tegur.
  • I kissed a boy on the lips. Relax, relax, dia baru berumur 3 tahun. (And aku bukan pedophile)
  • Aku naik moto
  • Aku pergi Pesta Pulau Pinang for the first time in my life. (Heh, expectations aku terlalu tinggi)
  • Someone grabbed my butt
  • Aku balik pukul 3 pagi
  • I kissed a boy again
  • Aku tidur pukul dalam pukul 5? (Rasanya lah)
  • Aku mimpi rumah aku ada banyak roti
Wahhh "wild" betul aku.

RAWR.