Malam ini aku sedih. Setengah hati perlu siapkan assignment yang due esok, setengah hati nak nangis. Separuh jiwa nak meraung.
Kenapalah malam ini, sayunya aku. Layan lagu Stevie Wonder. Satu album.
Secara automatik akan ingat lelaki yang paling aku sayang dalam dunia ini.
Betapa rindunya aku.
Pada suatu pagi, waktu dalam kereta, hendak ke sekolah. Kereta berhenti di lampu merah. Entah kenapa, aku terfikir, "Saat ini takkan ulang lagi. Cherish it."
Jadi aku nikmati saat itu betul-betul. Sambil dengar lagu Darryl Hall & John Oates tak silap aku. Seolah dalam diri ini memang tahu akan tiba masa aku akan berpisah dengan dia. Memang subuh itu sangat indah.
Ayah pernah kata "Akak, nanti besar jadi car designer. Reka satu kereta untuk ayah".
Minta maaf, ayah.
Ayah pernah kata "Akak, ayah beli guitar ni untuk akak. Nanti boleh tulis satu lagu untuk ayah".
Akak masih mencuba, ayah.
Ayah pernah kata "Bagusnya result akak. Nanti ayah beli hadiah".
Result akak paling teruk, ayah.
Ayah pernah kata "Jangan peluk ayah, nanti demam"
Akak tak kisah, ayah.
Akak sayang ayah.
Monday, April 15, 2013
Friday, April 12, 2013
Paksaan.
Aku cukup geram dengan sesetengah pihak yang suka memaksa
orang untuk masuk ini masuk itu. Apa kau ingat kami hamba? We have a life you
know? Sekali tak pergi event itu, denda. Selagi boleh bagi hukuman, kau bagi.
Apa lagi kau nak?
Kami ini sekadar manusia. Kami perlukan masa untuk kelas,
untuk aktiviti harian kami. Bukan semuanya berpusar dari kau.
Sekali lagi kau sebut perkataan “Komitmen”, siap kau.
Seolah kau ni gila kuasa.
Kononnya fun. Kononnya pengalaman. Please. Orang lain lagi
fun. Anywhere is more fun than here.
Aku admit lah. Awal-awal aku rasa fun. Belajar pelbagai
benda yang sangat berguna untuk hidup aku kelak. Tapi, bila kau dah mula sebut
masa yang perlu diabadikan untuk kau, aku dah meluat. Lagi-lagi komitmen.
Lagi-lagi denda, tambah lagi masa. Tambah 8 jam. Tambah 16 jam. Nak terpengsan.
Menyesal aku masuk. Bila dah masuk, tak ada jalan keluar.
Dasar pengongkong.
Subscribe to:
Posts (Atom)