Friday, December 31, 2010

Izni tak ayu. I repeat, Izni tak ayu!

Aku teringat satu kejadian di mana aku sedang berjalan-jalan dengan sorang mamat ni. Kami baru je sampai kat mall. Memang baru sangat-sangat sampai. Oh ya, yg pink tu aku.

Mamat, mamat jangan marah tau.

Nak marah kenapa?

Izni tak ayu.

Kenapa pulak?

I need to pee.

Okay, mamat teman izni yang tak ayu pergi tandas okay?

Okay. Sorry tau.

Dengan muka selamba aku pergi tandas dan dia tunggu di luar tandas. Dahla aku tak kenal sangat mamat ni, ada ke patut aku suruh dia teman aku pergi tandas. Lepas itu aku teman dia tidur dalam kedai buku.

*Nama sebenar dirahsiakan untuk menjaga privasi. Nama sebenarnya bukan mamat.

Selamat datang, 2011. Aku menantikan kedatanganmu. Okey, mungkin tidak.

Aku harap tahun baru ini akan membawa lebih banyak kegembiraan untuk aku. Aku baru sedar bahawa tahun 2010 merupakan tahun yang paling banyak aku menangis. Hari tu mak aku pesan kat aku jangan nangis banyak-banyak sangat. Nanti jadi gila. So, aku tak mahu menangis banyak sangat lah tahun ni.

Azam tahun baru:

  • Aku nak jadi tough macam T.O.P dalam cerita IRIS. Tapi aku tahu benda tu mustahil sebab T.O.P lelaki dan aku perempuan. Lagipun dalam cerita tu dia jadi pembunuh.
  • Aku nak belajar bersungguh-sungguh.
  • Aku nak jadi lebih tinggi. Kemungkinan berjaya, 50-50.
  • Aku tak mahu dikenali sebagai doraemon lagi.
  • Aku nak kumpul banyak good memories!
  • Aku nak mempunyai lebih banyak kawan baru :)
Setakat ni aku banyak lompat-lompat jadi aku rasa cita-cita aku untuk menjadi tinggi mungkin tercapai. Doakan untuk aku ya?

Monday, December 27, 2010

Untitled

Aku tak sabar nak pergi PLKN. Aku tak sabar nak lupakan semua masalah. Aku tak sabar nak jumpa kawan-kawan baru. Aku tak sabar nak tenangkan diri. Ahhhh bila lah 4 januari nak datang? Aku tak sabar nak tinggalkan semua yang bagi aku sedih kat sini... Aku nak cepat tinggalkan tempat ni... Aku harap aku akan jadi lebih ceria lepas aku pergi PLKN..

Aku harap..

Aku tak tahu apa dah jadi dengan aku.. Agaknya hobi aku ialah menangis..
Kenapa aku suka menangis? Aku pun tak tahu. Hari tu aku nangis malam-malam pastu tidur. Bangun-bangun mata bengkak macam ada orang pam mata aku. Nasib baik lama-lama dia hilang.. Kalau tidak, malu kott nak jalan depan orang pastu dapat jelingan pelik.. Aku harap aku boleh hilangkan fikiran negatif ini. Aku harap aku boleh berhenti fikir yang bukan-bukan. Ahhhh aku gerammmmmmmm!

Geram sangat-sangat!

Friday, December 24, 2010

Take away the sensation inside. Bittersweet migrain in my head.

Sebelum aku pergi berjuang untuk tanah air tercinta, aku ingin mengucapkan terima kasih terhadap peminat-peminat aku yang selama ini memberikan aku inspirasi untuk menulis blog. Terima kasih semua. [Hehehe okay aku tahu aku tak ada peminat]

******************************************************************

Ayesha dah bagi balik buku "Gathering Blue" aku setelah 3 tahun meminjamnya. Aku bagi dia pinjam buku tu masa form 3, aku dapat balik december yakni masa aku dah tamat form 5. Aku sayang sangat buku tu dan bila aku dapat je buku tu, aku ciumnya. Bau wangiiii. Ahhhh hampir dapat orgasm. Okay, itu tak senonoh. Sorry.

******************************************************************

Ada satu perempuan tuh, dia mempunyai 3 rumah. Satu merah, satu hijau dan satu lagi kuning. Rumah mana dia akan masuk? [Soalan ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Jika ada, maksudnya itu adalah satu kebetulan.]




Thursday, December 23, 2010

Last december I gave you my heart, but you ripped it apart and left it to bleed.

I know I fall fast. And I fall very, very deep. I just can't help it.

You made it seem like you feel the same way about me.

The late night chats, phone calls from you; to listen to my problems and cries, telling your secrets; things other people doesn't know.

The truth is, you won't feel the same way about me. This happen every time.

When the heartbreak starts, I'll be crying my heart out.

And when I finally forget about you, I'll fall for someone else and convinced that I won't fall very deep this time.

Fails every time.

And the cycle starts all over again.

I just can't learn from my mistakes. Or maybe, I just don't want to.

["you" refers to every guy I've ever fallen for]

Sunday, December 19, 2010

Benda-benda pelik aku pernah buat

  • Letak kapur kat atas kerusi orang.
  • Picit pipi bayi yang tak dikenali lansung.
  • Cakap "hai" kat mat rempit tepi jalan.
  • Minum air garam [Inilah dikatakan aku dah makan garam]
  • Ketuk kepala orang padahal orang tu tak salah apa-apa pun.
  • Tampar nyamuk sampai mati pastu buat crime scene lengkap dengan line "do not cross".
  • Cakap dengan rama-rama
  • Cakap dengan semut
  • Cakap dengan langit
  • Cakap dengan kucing
  • Cakap dengan diri sendiri [aka bermonolog]
  • Letak serbuk milo atas spagetti dan berpura-pura depan orang lain bahawa aku sedang makan cacing.
  • Nyanyi lagu "Cemerlang Gemilang Terbilang" dengan kuat secara tiba-tiba.
  • Gelak dalam kelas secara tiba-tiba apabila orang lain sedang senyap menulis nota.
  • Memakai make up hitam di mata dan bawah mata semata-mata nak menakutkan orang.

Kalau boleh, aku tak mahu menangis.

Aku pun cantik jugak.
Aku pun pandai jugak.
Aku pun comel jugak.
Aku pun diminati jugak.
Aku pun cun jugak.
Aku pun hot jugak.
Aku pun ayu jugak.
Aku pun sweet jugak.
Aku pun patut terima layanan baik jugak.
Aku pun ada perasaan jugak.
Aku pun nak marah jugak.
Aku pun nak peluang jugak.
Aku pun layak menerima kasih sayang orang.

Kau hanya satu langkah lebih cantik daripada aku.
Lebih pandai daripada aku.
Lebih comel daripada aku.
Diminati oleh ramai lelaki berbanding aku.
Lebih cun daripada aku.
Lebih hot daripada aku.
Lebih ayu daripada aku.
Lebih sweet daripada aku.
Layanan baik daripada lelaki? Petik jari sahaja.

Aku tahu. Aku tahu semua perkara yang membuatkan kau awesome dalam kalangan lelaki. Aku cuma tak suka orang lain memperbesar-besarkan kehebatan kau di hadapan aku. Aku just... Entahlah. Mungkin cemburu. Sedikit cemburu.

Siapa yang makan cili, dia yang rasa pedas.
[Amik kau!]

Sunday, December 12, 2010

PLKN



Yeahh. Aku rasa benda-benda yang aku nak buat lepas SPM nampaknya tak kesampaian. Aku kena masuk tentera dan berjuang untuk negara. Chehhhh bunyi mcm nak pergi berperang pulak.. Hahaha. So, lepas 4/1/2011 aku kena pergi lapor kat PISA. Kalian jangan rindu aku sangat. Rindu sikit-sikit sudah lah.. Hehe

Aku akan rindu semua orang. Serious. Aku sedih terpaksa meninggalkan orang-orang tersayang begitu sahaja. Harap-harap mereka dapat hidup dengan baik. Aku akan cuba sedaya upaya untuk bergembira di sana :)

Imya, A.

Friday, December 10, 2010

Aku. Bingung.

Kebelakangan ni aku tak boleh balance. Bukan dari segi nak jatuh ke tak nak sebab yang tu memang sah tak balance. Maksud aku, aku tak balance dari segi perasaan atau perangai aku. Sekejap aku happy gila babun, sekejap lagi aku down gila-gila down. Memang faktap. Betul-betul faktap. Aku rasa macam nak baling pinggan mangkuk kat orang. Atau amik kerusi, patahkan tulang rusuk dia. Atau hentak kepala orang kat dinding. Apa-apa je lah yang ganas dan kejam, aku nak buat.

Tadi aku main boling ngan kawan-kawan, aku strike. Kalau nak tahu, dalam sejarah hidup aku, memang tak pernah strike. Ini kisah benar. Aku pathetic. Aku ibarat kanak-kanak yang tak reti naik basikal dan terpaksa melihat kawan-kawan lain naik dengan best nya. Yeahhh, macam tu la betapa suck nya aku main boling. Tapi aku strike tadi. Fuyyoh! Kalau ada orang rakam memang best kot. Aku bangga. Sepatutnya kena masuk dalam buku sejarah, "Izni telah main boling dengan cemerlang". Yes, I can feel it!

Spm dah habis. Aku tak tahu nak buat apa. Aku pernah listkan apa yang aku nak buat lepas spm:

1. Tengok cerita korea sampai fasih berbahasa korea (Yeah, aku tahu ini mission impossible tapi, mana tau boleh cakap terus)

2. Buat banyak-banyak photoshoot. Model dah ada. Hihi

3. Cari kerja. (Nak kena sara keluarga)

4. Baca banyak buku. Bukan buku text (Dah bagi balik kat cikgu), tapi buku cerita.

5. Main guitar sampai pro. Tapi salah satu tali dah putus lah :(

Wednesday, December 8, 2010

Hai

SPM dah habis.


So, wanna hangout?

Friday, November 5, 2010

Hampir Gila

Aku. Jumpa. Profile. Dia.

WAHHHHHHHH!!!!!!

Excited sangat sampai tak tahu nak cakap apa.
I found you!

4 tahun tak jumpa :D
I wonder if you ever notice me?

Wednesday, November 3, 2010

Iklan Colgate

Kalian tahu kan iklan ubat gigi cap colgate TOTAL yang tersebar di dada-dada TV tu kan?

Dialog dia lebih kurang macam ni.

*blablabla* *check gigi perempuan tuh*
Colgate man: Dalam mulut cik ada banyak bakteria membiak
Perempuan mangsa: Ye ke? Tapi saya gosok gigi pagi tadi.
Colgate man: Cuba cik guna Colgate TOTAL.
Pastu esoknya dia guna Colgate TOTAL pastu tak banyak bakteria dalam mulut dia.

Senario dalam kepala aku

Colgate man: Dalam mulut cik ada banyak bakteria membiak.
Perempuan mangsa: Ye ke? Tapi saya gosok gigi pagi tadi.
Colgate man: Cuba cik guna Colgate TOTAL.
Perempuan mangsa: Memang saya guna Colgate TOTAL....
Colgate man: Oh ye ke? *awkward* *cut! cut!*


Hahha. Untuk aku lawak.

Tuesday, November 2, 2010

Mat Rempits should go to spelling class

Nak eja sayang jadi "chayunk". Ada persamaan? TIDAK.

Then, why do you still do it? Sepak kang baru tau.

Terharu + Random notes

Sekarang, banyak orang melayan aku dengan baik. Aku sayang semua orang. Terima kasih semua. Aku tahu kebelakangan ni aku emo, asyik dengar lagu Estrella dan Sugar Ray pastu nangis-nangis. Tak, aku tak dengar lagu rock untuk melepaskan tension. Aku lebih suka dengar lagu yang membawa maksud yang mendalam. Bukan macam lirik lagu Bruno mars (Sorry Dylan). Tapi lagu-lagu yang sesuai dengan liriknya, dan membawa maksud yang sangat mendalam sehingga menusuk kalbu. Itu jenis lagu yang aku suka.

Yang pentingnya, aku sudah stabil sekarang. And do me a favor, jangan sesekali tanya aku apa perasaan aku. Aku takut aku akan teringat semula dan akan menangis balik. Cuma, bila nampak aku, sila senyum. Nescaya aku akan gembira dan anda pun akan happy.

.......

Aku rasa aku seorang yang lawak. Percaya tak, aku boleh membuat orang ketawa tanpa berkata apa-apa. Wahh bangga gila.

......

Aku rasa semakin konfiden menggunakan nasihat seseorang yang mengatakan kalau tak nak kena rompak, kita kena berpakaian seperti penjenayah. Aku rasa seperti gangster sejati. Gangster sebenar pun takut dengan aku.

......

Aku bercita-cita tinggi tadi petang. Kononnya nak jogging. Cari seluar jogging; hilang. Cari tudung; tudung tak basuh lagi. Akhirnya aku jatuh tersungkur atas katil mak aku tanpa sedar selama beberapa jam aka tidur. Nampak sangat la aku takkan ada gaya hidup sihat kalau macam ni setiap hari.

.....

Kat sekolah. Masa balik. Turun tangga. Dengar Tau Wern gelak. Takut dan rasa kelakar jugak. Pusing. Nampak Tau Wern dan Cikgu Iliani bergelak ketawa. Dah sah laki ni tak da life.

......

What's the deal with this iPhone app yang kononnya detect the acceleration of your car and buat bunyi-bunyi kereta? Aku tak rasa cool pun. Kenapa lah budak-budak lelaki asyik make a big deal out of it? (jangan jawab)

....

Keadaan dah berubah. Bukan aku sahaja suka memperhatikan orang. Ada orang suka memperhatikan aku. Serius. Aku tak perasan cun.

Sunday, October 31, 2010

Dan sebenarnya

Lirik ni ditulis oleh Nur Izni Bte Suhaimi dan Sharifah Nurfadhlin Afifah dengan bantuan Hafiz Hamzaini sempena dengan Hari Bumi tahun lepas. Sila nyanyi dengan rentak "Dan Sebenarnya-Yuna."

Oh bumi
Mengapa kau menjadi begini?
Pabila aku baru mula menikmati
Dan suasana muram ini seolah-olah memerli aku
Pabila kau mula dicemari

Adakah perasaan hiba ini sebenarnya tanda
Bahawa bumi semakin terseksa
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyumanku ini
Kau bisa sembuh kembali

Ku enggan berpura-pura ku bahagia
Ku enggan melihat kau semakin terseksa
Oh ku akui ku bingung menerangkan masalah ini
Pabila mereka tidak memahami

Pabila bukit-bukit mula ditarah
Ku rebah jatuh ke bumi
Di saat engkau benar-benar diracuni
Seperti ku bernafas dalam air


Enjoy.

I hate you

I hate you for making me feel this way. I hate you because throughout these years you never failed to make my heart skipped a beat whenever I see you. I hate that you don't even bother to glance at me but I still go crazy about you. I hate that even as you love another girl, I still have feelings for you. Because of you, I can't even look at other guys. I hate you. I hate your hair that flow so nicely when you flipped it. I hate that stupid backpack of yours that you carry around everyday to school. I hate that every time I try to ignore you at school, you come and smile at me. And I'm back to the start. I hate your smile. I hate that you will never know how I feel about you. I hate that I have to see you every single day. I hate seeing you with another girl. I hate not remembering to forget you. I hope that school ends quickly so I can move on and forget all about you. Because I hate you so much. I hate you so much, I cried. I hate you so much, smiling to you never been this hard. You're prettier than me. You're smarter than me. You have so much confidence, it brings me down. It has been 2 years and I'm still hoping for that miracle. I hate you. I hate you. I hate you. I hate you. I hate you.


I love you.

Violence

Kebelakangan ni aku ada masalah. Aku kerap membayangkan aku jadi ganas dalam sekelip mata setiap kali aku marah. Bukan macam the hulk. Cuma bila aku marah terhadap seseorang, aku rasa macam nak tumbuk muka dia/ambil meja baling kat dia sampai meja tu pecah/hentak kepala dia kat meja. Yes, aku tahu. Aku bukan orang macam tu. Yang suka belasah orang ikut suka hati. Aku bukan gangster.

Baru je tadi, ada 2 mamat duduk depan aku dalam seminar sejarah dan aku rasa macam nak hentak kepala mereka antara satu sama lain. Hish. Lagi satu, masa mak aku bawa naik kereta nak ambil adik aku dari sekolah, aku nampak satu barisan pokok. Dalam keadaan tak sedar aku bayangkan aku tebang pokok-pokok itu semua dengan chainsaw. Aku cuma takut aku betul-betul buat benda tu semua sebab aku betul-betul tak sedar semasa aku fikir all that stuff.

Banyak lagi perkara ganas aku buat tapi aku tak tulis kat sini. Nanti korang takut pulak dengan aku. Aku tak mahu jadi orang yang tidak ada kawan dan duduk sorang-sorang dalam kantin.

Tuesday, October 26, 2010

Current Obsession

Nichkhun Buck Horvejkul

Pengalaman

KP pernah bercerita kat aku pasal pengalaman dia semasa berada di sekolah perempuan. Dia dan rakan-rakannya sangat perak dan jakun. Dia kata dia pi sana sebab ada pertandingan apa ntah. YEAH RIGHT. KP ni mana bleh percaya. Anyways, begini lah ceritanya.

1ST SITUATION
Kawan KP nak masuk tandas. There is only toilet for girls. Muka mula merah. "Jom masuk tandas?" dengan pervertnya. Nasib baik tak masuk. Kalau masuk, mesti banyak orang jerit dan kekecohan mula berlaku.

2ND SITUATION
KP nampak ada banyak vending machine di sekeliling sekolah. Nampak macam vending machine for tissues. So depa decided untuk beli satu "tissue". They were left with a pad. Hahaha takkan tak get the idea kot.. Duduk sekolah perempuan mestilah banyak vending machine's for that. LOL

3RD SITUATION
Ni takda kaitan dengan KP. Yang ni sepupu aku cerita. Pada beberapa tahun dahulu, SGGS takde cikgu sekolah lelaki. So bila the first cikgu laki mai, depa terpaksa suka kat dia. Memandangkan lelaki ibarat alien dalam sekolah tu, depa terpaksa.

Sunday, October 17, 2010

Tenang.

Aku tak tahu bila lagi aku akan ada perasaan begini. Perasaan tenang dan happy. Hari tu aku ponteng kelas. Aku tak tahu mana aku nak ponteng. So aku decided the library would be a nice place to ponteng. Ada aircon, senyap dan banyak murid-murid. Nasib baik ketinggian aku menolong. Aku hampir nampak macam budak form 1. Aku masuk, pretend to be innocent and ambik satu buku pastu baca dekat belakang rak.

The best feeling ever. Kelak aku takkan dapat perasaan macam ni dah.

Tuesday, October 5, 2010

Pecutan.

Hari tu aku pergi pecutan SPM bahasa melayu yang diadakan di USM, minden (skema gila ayat aku). Saja la nak bagi nampak macam aku ni budak pandai and genius dalam bahasa melayu padahal markah rendah. Ceramah tu agak okay. Cuma aku nk ckp pasal benda yang aku paling benci kat situ. Meja yang boleh lift up and down tu korang tau kan? Yeah, I hate it.

Kisahnya bermula apabila aku terasa ingin ke tandas. So aku pi la. Semua okay. Tapi masa nak masuk balik dewan tu balik, semua org senyap pastu semua org tgk aku. Aku tau lah aku hot dan comel tapi jangan lah stare masa tu jugak. Aku pun nak duduk la tempat aku balik, so aku lift kan meja atas kerusi tu. Sekali jatuh semua buku aku pastu aku terjerit dengan kuat. Aku pun cuba untuk duduk sambil kawan aku ambik barang2 aku yang jatuh. Tetiba ntah macam mana aku boleh ter-sentuh meja budak stranger sebelah aku dan sekaligus menjatuhkan air mukanya disamping barang-barang atas mejanya. Aku meminta maaf bertalu-talu dan memaafkanku. Aku tahu jauh di lubuk hatinya dia berkata "Minah ni pun satu, nak memalukan diri tak pa la. Apasal involve-kan aku sekali?" Satu dewan riuh-rendah dan menjerit "Yahoooo!". Ini kisah benar. Kecuali the last part tuh. I just made that up to make more effect.

Monday, October 4, 2010

Peribahasa Mengarut

Okay ini sekadar lawak. Jangan pi tulih dalam karangan BM plak.

1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah

2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan

3. Tiada rotan, pelempang berguna juga

4. Biar lambat asalkan tak cepat

5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi

6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula

7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar

8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock

9. Secupak takkan jadi 18 cupak

10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkan kulit,

manusia mati meninggal dunia

11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.

12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap

13. Alang-alang mandi biar guna sabun

14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras

15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun

16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang… bisu

17. Hidup segan, mati di tanam

18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa

19. Lembu punya susu cap teko dapat nama

20. Sehari selambar benang lama-lama benang habis

21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail

di laut (beli la pukat tunda lagi baik)

22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa

23. Membujur lalu melintang pukang

24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik

hari tak hujan

25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut

26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili

27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh belah

Tuesday, September 28, 2010

Aku dah form 5

Aku bukan budak kecik lagi. Aku tak boleh main-main. Aku tak boleh lompat sana, lompat sini macam kanak-kanak yang baru dapat lollipop. Aku tak boleh. You wanna know why?

YOU WANna know why? (ooops tertekan capslock)

Sebab, aku ada SPM. SPM penting. Sangat penting. Kalau takda SPM, mcm mana aku nak belajar luar negeri, pergi korea dan cakap selamat sejahtera dengan gaya cute dalam bahasa Thailand dekat Nichkhun yang juga boleh bercakap dalam 4 bahasa yang lain termasuk bahasa inggeris? Okayla. Aku gurau.


I really need to focus. Tak boleh teransang dengan cerita-cerita korea dan lagu kpop. TIDAK. Aku harus baca buku bio.


This is hurricane. Hurricane venus.

Friday, August 13, 2010

Kehilangan

Look at the clouds in the sky
Look at the clouds in the sky
They seem so happy now
Look at the sun, feel its rays
With such a smiling face
Maybe we can't but maybe we can
With the love that we're feeling inside
Share it with all the world and see each heart
Kiss lonely good-bye

Pada 26 julai 2010, aku kehilangan ayah ku yang sangat ku sayangi.

Hari itu aku gembira. Ibu aku pulang ke rumah setelah berbulan menemani ayah ku di hospital. Aku dan adik-adik ku menggunakan peluang itu sepenuhnya untuk memeluk ibu dengan erat. Namun begitu, ibu aku harus ke Kuala Lumpur semula untuk menjaga ayah ku yang sakit. Aku mencium tangan ibu ku dan mengharapkan perjalanannya selamat.

Malam itu, setelah ibu sampai di sana, dia menelefon. "Izni, dengan adik bacalah surah yasin untuk ayah. Ayah dah dalam keadaan kritikal". Hati ku berdegup dengan kencang. Air mata hampir menitis. Aku ajak adik-adikku sembahyang maghrib dan membaca surah yasin. Setelah sembahyang, belum sempat mengambil surah yasin, ibu saudaraku menelefon dan menyatakan bahawa dia akan mengambil aku dan adik-adik untuk ke Kuala Lumpur.

Pelbagai persoalan di dalam hati. "Adakah ayah selamat?" "Kritikal tahap mana?" "Nak ke KL sekarang juga?". Aku tak endah kan soalan-soalan itu. Aku cepat mengemas beg. Ibu saudara ku sampai.

Sepanjang perjalanan aku tidak tenteram. Rasa bimbang, takut, gelisah, sedih. Aku cuba menenangkan diri ku. Teringat saat-saat gembira dengan ayah. Aku rasa sedih mengenangkan kesakitan yang dihadapinya.

Ayah sakit sejak tahun lalu lagi. Perutnya besar. Kata doktor, ada banyak air. Setelah banyak ujian dilakukan, doktor masih tidak tahu apa punca perutnya dipenuhi air. Aku cuma mengharapkan ayah cepat sihat.

Setelah sampai di hospital, aku terus ke ICU. Ya Allah! Betapa terseksanya ayah ku. Pelbagai mesin di tepinya. Dia hanya bernafas menggunakan mesin, Ya Allah. Matanya ditutup. Ibu di sisinya menangis. Sungai air mata tidak dapat menahan untuk mengalirkan kesedihannya. Adik-adik ku semuanya menangis. Ya Allah, kenapa terjadinya begini?

Tiba-tiba mesin itu bunyi dengan kuat. Ibu kata jantungnya collapse lagi. Semua jururawat menyuruh kami ke tepi. Mereka menutup langsir dan kedengaran suara mengepam dengan kuat. Betapa terseksanya dia. Fikiranku melayang sekali lagi. Teringat memori indah dengan ayah. Setiap pagi dia akan menghantarku ke sekolah. Sambil itu mendengar lagu kegemarannya yang juga kegemaranku. Mencium tangan ayah setiap pagi. Kedengaran suara dia yang mengatakan "Buat exam elok-elok". Air mata mengalir lagi.

Doktor kata bahawa ayahku tidak dapat diselamatkan lagi. Mesin itu terpaksa dicabut. Ibu kata tunggu sekejap kerana datuk aku dalam perjalanan. Doktor bersetuju. Dia membiarkan ayah ku di situ. Disebelahnya, kawan baiknya mengajar ayahku mengucap. "La ila ha ilallah". Kadar jantung ayah ku menurun daripada 3 ke 2. Mungkin dia masih mengharapkan ayahnya datang. Datukku sampai. Sedihnya aku lihat dia memegang tangan anaknya. Tangan ayah yang sejuk.

Aku keluar. Menelefon teman baikku. Mengatakan bahawa ayah ku sudah dijemput tuhan. Mengalir lagi air mataku.

Datuk cakap, keputusan untuk mengebumikan ayah ku terletak di tangan ibu ku dan anak-anaknya. Kami bersetuju untuk mengebumikannya dia Kubang Semang, tempat ayah dan mak kepada ibuku dikebumi. Upacara memandikan mayat sangat menyedihkan. Kelihatan tubuh ayah yang tidak bernyawa. Perutnya yang dahulu dipenuhi air telah menjadi kempis dan putih. Aku mencium ayah ku buat kali terakhir.

Sepanjang perjalanan balik ke Pulau Pinang aku sedih. Teringat kali terakhir aku berjumpa dengan ayah. Berbulan-bulan dahulu. Semasa itu, dia nampak semakin sihat. Aku gembira. Namun bila aku berjumpa dengan dia kembali, dia tidak bernyawa.

Setiap kali mereka merujuk kepada ayahku sebagai "mayat", aku rasa sakit di hatiku. Tak sangka, dia dah tidak ada di dunia ini.

Setakat ini luahan hatiku. Aku tidak dapat menahan air mata yang menitis sambil menulis.

Wednesday, July 7, 2010

Puppy Love

Aku tak pernah bercinta. Aku tau aku noob. But serius aku tak pernah bercinta. Kadang-kadang aku fikir, macam mana perasaan ada teman lelaki. Kawan-kawan lelaki aku banyak cuma aku tak pernah ada "that special someone".

Namun, *jeng jeng jeng*

Aku pernah ada perasaan yang mendalam dekat seorang lelaki. Masa ni aku masih tak faham benda macam ni. Sekarang pun tak. Aku masih kecil lagi masa ni.

Lelaki tu biasa je masa aku first-first jumpa dia. In fact aku tak berapa suka dia. Bukan benci, cuma tak berapa suka. Lama-lama bila aku observe, perangai dia agak comel. Tapi masa ni aku belum lagi suka "suka" dia. Cuma masa ni aku dah rasa dia ni attractive. Setiap hari dia masuk kelas aku. Aku suka control ayu kalau dia masuk kelas aku. Tapi yang surenya, aku tak rasa dia ni seorang yang kacak. Aku tak tau la pendapat orang lain macam mana.

Setahun berlalu, aku tak nampak dia lama dah. Pada masa ini, aku mengalami emotional breakdown yang begitu teruk. Untuk pengetahuan anda, aku memang selalu mengalami breakdown sebegini pada masa-masa tertentu. 3 minggu kot aku nangis non-stop [kecuali semasa keluarga aku nampak aku. Aku nangis senyap-senyap dalam bilik]. Mak aku dah banyak kali pujuk aku untuk berhenti menangis. Tapi untuk aku susah gila nak berhenti. Semasa itu aku memang sedih yang teramat sangat.

Breakdown berakhir. Aku dah jadi diri aku balik. Nasib baik sekolah baru nak bukak. Aku menjadi diri aku semula. Minggu pertama sekolah, agak okay. Tak ada benda yang penting. Tetapi minggu kedua atau ketiga tak silap aku, yang mengubah hidup aku. Aku nampak dia. Okayla. Takde apa-apa pun. Tiba-tiba dia tengok aku, OMG aku rasa hati aku berdegup-degup sampai rasa macam nak pecah. Aku act cool tapi dalam rasa macam nak cair depan-depan tu jugak. Sejak itu, aku cuba mendekatinya. Setiap hari aku semakin dekat dengan dia.

Lelaki tu memang friendly dan baik dan pandai. Aku sedar yang aku suka semua tentang dia. Cara dia cakap, cara dia gelak, cara dia ejek aku, rambut dia, pendapat dia. I even like the back of his head! Dia baik sangat dengan aku sampai aku rasa dia punya feeling sama dengan aku. Masa ni aku memang rasa saat yang paling bahagia dalam kehidupan remaja aku. Aku siap ada lagu untuk saat-saat ini. Sekarang bila aku ingat balik memories yang aku share dengan dia, aku rasa macam nak menangis dengan how it all went.




Bersambung........


Monday, June 7, 2010

Grandma

Korang ingat tak hrtu ak post pasal super grandma? Sepupu aku introduce kan video nih. Dan aku rasa ia sangat comel. Check it out.

Grandma like whoa

Tumblr.

No. Bukan tempat letak air tuh. Sebenarnya ia adalah satu website. Aku dh buat satu tumblr accoun dan aku rasa aku hanya akan tulis blogpost aku dlm english.

So, blogger account nih aku guna utk tulis blogposts dlm BM tapi tumblr aku tulis dlm BI.
Sebab aku rasa kalau aku tulis banyak benda dalam English, aku punya kepakaran akan meningkat.


Get it?

Friday, May 21, 2010

Keturunan

Hari tu tok aku bagitau berita paling meletup kat aku. Dia bagitau aku yang aku ada darah diraja. Yes. Termasuklah adik-adik aku. Kami tengah cerita pasal keturunan-keturunan semua kemudian dia kata bahawa datuk aku keturunan diraja. Hebat gila! Dah la aku dalam dok gila pasal Princess Hours, dia pi cakap aku ada keturunan diraja. Woahh.

Selama ni memang aku tahu bapak aku ada keturunan batak. Tak sangka. Moyang aku dari Indo tukar nama dia kepada Ahmad sebab nak lari daripada dijumpai musuh. Oleh itu, dia melarikan diri ke Tanah Melayu dan duduk kat pedalaman.

Gila la wehh. Aku baru tahu nama sebenar Moyang aku. Memang confirm nama hebat-hebat punya. Tapi nama ditukar menjadi Ahmad sebab takut dijumpai. Sebab tu nama datuk aku Shahnon Ahmad.

Gila la wehh. Rasanya kalau aku pi Indo, adakah aku akan dilayan sebagai puteri? Haha. I don't think so.

:D

Thursday, May 20, 2010

Simple Plan

Last night, I had to study for this test.
I forgot, man i'm dead.
And now my brain is bursting out of my head.
I can't think.
I can't breathe once again.

Aku rasa lirik simple plan ni memang sama dengan apa yang aku alami. Aku tahu bahawa aku ada ujian agama hari ni tapi semalam aku buat perkara yang paling aku rasa tak membanggakan.

Aku tengok cerita korea daripada petang sampai malam. Instead of nak baca buku.
Mak aku? Dia tak marah aku malah join sekali tengok TV.

Aku rasa sungguh berdosa. :(

Monday, May 17, 2010

Dialog Syafiq dan Syamil

Entah kenapa aku teringat dialog ni..

Syamil: Yo, Bro!
Syafiq: Apa bro bro?!! Sepak kang!
Syamil: Ye la Bro, takkan Bra kot?

Tu je. :)

I'm in LOVE.... again


Haihhhh. Ikuta Toma seorang pelakon yang comel. Sangat2 comel. Arghhhh! Cara dia berlakon sangat comel... *sigh sambil pengsan*. Aku tak tau la. Lepas frust dengan 'seseorang' ni, aku asyik indulge in Japanese and Korean actors.. Hmm.. Lepas tengok Hana Kimi, aku rasa aku memang definitely jatuh cinta dengan dia.. Cara dia gelak, cara dia bermonolog dalaman, cara dia berkerut, rambut dia, cara dia menari, cara dia nyanyi, cara dia lari, ahh! Aku suka semua tentang dia. :)

PS: I think i've finally gotten over 'him'. Bye, old memories.


She's no ordinary grandma, she's SUPER GRANDMA!!

Aku baru perasan yang tok aku seorang super grandma.. Walaupun dah tua, believe it or not, dia lagi fit daripada aku. Hari tu aku tidur rumah tok dan aku senyap2 mengikut gerak geri dia..
Aku tak tau dari mana dia dapat strength untuk ke market [market lebih kurang 1.5 km dari rumah dia] dan dia pergi hampir setiap 3 hari. Woaahhhh. Dia juga rajin exercise. Setiap hari siram pokok, masak mesti masa yang ditetapkan, dan kadang-kadang bila dia rajin, dia buat bantal. Yes, Bantal. Dia tanam pokok kekabu [macam kapas tapi untuk buat bantal] dan kadang-kadang dia akan buat bantal atas buaian. Lagi satu "Woaaaaaaah". Kebanyakan nenek-nenek orang lain mungkin selalu tido petang tapi dia tidak. Dia sangat bertenaga. Hari tu dia ajak aku pergi market lagi tapi aku penat so dia pergi sorang-sorang. Alone. All by herself. Aku rasa kan, dia ada belajar silat kot dulu. Sebab dia slalu tak takut kalau nak jalan sorang pergi market. Dah la dalam perjalanan ada anjing, kucing dan sometimes orang gila.

Let me hear you say "Woaaaaaaah!".

Thursday, May 6, 2010

10 sebab kelas tambahan tak patut diadakan

Sebab 1: Budak-budak bukannya belajar pun masa kelas tambahan. Sebaliknya, mereka menghabiskan masa dengan tidur.

Sebab 2: Cikgu pulak tak ajar pun. Cikgu yang betul-betul ajar pun tak diendahkan oleh anak murid. Jadi, di telinga murid bunyi macam ni: "Blablabla hoi jangan cakap! Blablabla"

Sebab 3: Pelajar-pelajar nanti balik kepenatan dan tak boleh buat aktiviti lain. Contohnya, nak tengok tv pun tak boleh sebab penat.

Sebab 4: Homework yang cikgu bagi tak siap sebab masa yang digunakan untuk buat homework telah digantikan dengan kelas tambahan.

Sebab 5: Membunuh banyak pokok sebab banyak sangat kertas difotostat tetapi akhirnya menjadi kapal terbang kertas mainan yang dibaling kepada pelajar yang tidur.

Sebab 6: Membazir duit PIBG. Duit tu bleh digunakan untuk majlis-majlis ilmu tetapi digunakan untuk mengfotostat kertas.

Sebab 7: Sembahyang tak khusyuk kerana masa yang diberikan untuk sembahyang sangat terhad.

Sebab 8: Banyak orang lapar dan sakit perut sebab lunch kena makan dekat koperasi atau kantin je. Bukan makanan yang sihat dari rumah. [Dah la abang kantin tak hensem].

Sebab 9: Susah nak study sebab kelas tambahan banyak sangat.

Sebab 10: Dah memang pelajar[aku] tak suka! Batalkan je lah!

Warghhhhh!

Friday, April 30, 2010

Hai

Sesiapa yang memang rindu gila dgn posts aku, miss no more. Izni is here! (Gedik gila)

Jap2 before that aku kena susun dulu events yang aku nak cerita.
  • Car Wash and Bake sale
  • Lawatan Kelab Fotografi
  • Kamal's Party
  • Oh, thats about it
Okay,

CARWASH AND BAKESALE

Aku dan geng sivik aku decided projek sivik kami akan berkisah tentang charity. So, kami buat carwash and bake sale. Pernah tgk Glee? Kami nak tiru but no, kami x bubuh dadah dalam cupcake. Carwash pulak, hmmm kami cuma basuh keta cikgu dan moto pelajar. Masa basuk keta cikgu, x da masalah. Yang bermasalah ialah budak2 lelaki tingkatan lima yang macam diva. Tak puas hati dengan moto mereka yang kami basuh demi anak-anak yatim. Kesimpulannya, Azrul seorang budak yang baik sebab dia yang tolong kami basuh segala ketidakpuasan lelaki form 5 itu. Haishhh.. Thanks btw.

LAWATAN KELAB FOTOGRAFI

Tak boleh disebut sebagai lawatan sebenarnya. Kami cuma naik bas, pergi tepi Akuarium dan balik. Korang agak2 seronok tak? Ni semua terjadi sebab hujan. Kami sepatutnya pergi Padang Kota. Haishh.. Dahla rugi duit. Tapi at least aku dengan kawan2 aku. Bila lagi kami nak outing mcmni kan?

KAMAL's PARTY

Kamal buat party. Party tanpa tujuan. Tapi party tu memang best. Aku buat cupcake. Banyak orang suka. Yang lawak sekali, part Daniel Fasya mabuk. Lawak gila. Aku dah kata kat dia dah:
"Jangan minum air gas lepas makan durian". Cuba teka apa yang dia buat? [Soalan retorik]

Yes, dia mabuk. Aku tinggalkan dia sekejap saja, bila mai balik, dia hampir jatuh dalam pool sebab dok main-main air. Nasib baik aku jerit kat dia. Kalau tak, sure dia dah jatuh pool.
Best la. Susah nak describe. Banyak orang pergi. Tapi aku tak pasti kenapa Kamal ajak Tau Wern. Mebi dia nak buli..

Thursday, April 22, 2010

Aku sayang bumi. Mungkin cinta tak berbalas.

Hari ni Earth day. Hari bumi. Kami mengadakan pelbagai jenis aktiviti untuk menaikkan kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai alam sekeliling kita.

Chehh. Skema betul ayat ini.

So, hari ni aku kena jadi tukang bagi hadiah untuk pemenang. Bukannya penting sangat role aku cuma aku rasa bila aku nak bagi hadiah, semua orang tengok aku. Aku takut insiden Zara terjadi lagi sekali... Atau, Mereka merasakan aku seorang yg cantik. Wahhhhh!

Apa pun, tahnia kepada 3 elit kerana memenangi pertandingan kreativiti hijau. Idea duyung ngan penyu korang memang best. Daniel nampak comel gila pakai costume Ikan duyung warna pink.

Kelas aku kalah semua pertandingan. Yes, kami memang loser tetapi semangat yang membara dalam diri kami tidak akan lenyap. NEVER.

Monday, April 19, 2010

Aku cuba nak Shuffle mcm orang yg cool tapi terlicin dan jatuh. Nasib baik takde sapa nampak.

Seperti yang anda boleh agak, Tajuk takde kena mengena dengan post nih. Tapi aku memang ada nak cuba shuffle. Pakai tuala. Licin. Jatuh. Malu. Sakit kaki.

Ape pun, baru-baru ini ada kem pengawas. Ya, aku seorang pengawas. Aku pergi la sebab dah bayar banyak kan? Aku pun pun pack la baju dlm beg. Bubuh 2 seluar. Cilanat punya seluar.[Nanti aku ceritakan]. Kami naik bas. Aku duduk tepi Dayana. Tapi dayana macam tak mau cakap dengan aku. Padahal aku pakai deodorant hari tuh. Depa lawan-lawan bahas. Tajuk "Telefon bimbit harus dibawa ke sekolah". Aku sokong kerajaan! Aku baru nak tidur tengok2 dah sampai. Aku pun excited terlebih.

Kami kena naik bot untuk pi Pulau Aman. Oh ya, kem kami kat Pulau Aman. Aku punya la perak. Sebab aku tak duduk atas tempat duduk atas bot tuh, sebaliknya duduk atas enjin bot tuh [Enjin yg ada penutup atasnya. Kalau tidak, hancus la badan kus]. Sampai2 macam dalam babak dlm cerita seram yang Fasha Sandha berlakon dan ada Ciko[Aku bukan saja nak tengok. Sumpah. TER-tengok]. Bilik kami agak freaky. Tapi depa bagi cadar dan sarung bantal. So, okayla. Aku tengah elok baring atas tilam Li Ean, tiba2 Zara kata seluar aku koyak. Bengong, masa ni jugak kau nak koyak. Nasib baik aku bawak satu lagi seluar. Kalau tidak, semua aktiviti aku buat tanpa memakai seluar dan semua orang dalam pulau tu akan histeria. Kalau semua orang histeria, macam mana aku nak balik rumah? Nasib baik aku fikir kepentingan orang lain.

Lepas tu kami naik bukit. Macam hiking la. Note to self: Lain kali beli kasut yang boleh tahan dan takkan tercabut bila hiking. Tidak seperti yg Nifhail harapkan [Dia tak cakap tapi aku tahu], aku tidak bergolek seperti bola ataupun doraemon. Aku bangga. Aku rasa fit la pulak. Malam tu, kami ada latihan dalam kumpulan (LDK). Kumpulan kami nama R&J yang bermaksud Romeo and Juliet [Nama pak cik fasilitator kem tuh]. Terdiri daripada:

  • Melissa (Ketua)-Selaku tukang arah, tukang hingaq dan tukang panik
  • Weng tatt (Penolong)-Sebagai pengakap yang tunjuk arah guna kompas, dan tolong pasang api untuk upacara memasak dalam hutan
  • Kamal-Tukang buat lawak, tukang penat jalan
  • Her Yuan-Selaku thinker dan girlfriend weng tatt untuk menaikkan semangatnya untuk menyalakan api.
  • Hanisah-Sebagai pembelanja air mirinda untuk semua orang
  • Gan-Selaku ladder untuk ambil benda2 yang susah dicapai
  • Shafiq-Selaku ketua game 'JAS game' JAS untuk Jabatan Alam Sekitar
  • Adib-Selaku thinker utama
  • Zulaiqa-Selaku pemberi idea
  • Priveena-Pembantu Hanisah dan Penyebar gossip
  • Izni-Thinker dan Tukang heboh dan pemberi idea dan banyak membantu tentang jenis pokok dan plan
Malam tuh aku susah tidur. Aku takut sebenarnya. Tapi buat-buat berani.

Esok, Kami buat explorace. Kena cari nama pokok, nama siput, masak makanan sendiri. Masakan yg kami masak not bad. Agak sedap. Perisa Asap. Mmmmm. Best. Kumpulan kami menang overall. Aku pelik. Macam mana boleh menang padahal semua game kami kalah. Ada yg kata pak cik fasilitator pilih group kami sebab kerjasama kami. Ada yang kata Melissa goda pakcik2 tuh. Ada yang kata ada orang ugut pak cik tuh dengan kulit cengkerang yang dah patah dan tajam. Hmmmm. Aku pun tak tau.

Dah habis kem, balik. Naik bas yang sama. Main bahas lagi. Tapi kali ini tajuk "Money is Everything". Aku tak larat nak dengar so aku tidur sekejap. Tiba-tiba dengar ada orang cakap "Air con, air con ,air con!". Aku bangun secara terkejut. Tengok tepi, Azwan rupanya. Bila masa si kurus ni duduk tepi aku pun tak tahu. Dia pun terkejut tengok aku bangun macam tuh. Sampai2 rumah, sepupu aku dari Shah Alam ada! Yes, syok gilaaaa. Kami pi makan nando's.

Malam tuh, aku check beg aku. Sial betul. Aku bawak seluar ketiga.

Saturday, April 10, 2010

Ceritera Sukan

Sebermula, tersebutlah kisah tentang seorang gadis yang bernama Izni The Turtle (Bukan nama sebenar) yang tidak pernah menyertai acara kawad kaki pada hari sukan. Pada mulanya, si gadis menyertainya hanya untuk berseronok. Little did she know, kawad kaki amat memenatkan dan memerlukan kasut yang boleh diharap. Seekor raksasa bernama Adrian telah memaksanya kawad kaki di bawah panas terik sehingga kulitnya semakin gelap. Namun, sebaik sahaja menyeksanya berkali-kali di bawah sinaran matahari yang membekalkan vitamin D, Adrian tetap akan membelanja semua orang yang terlibat meminum air hikmat "Air sirap campur Oren". Menurut orang, air itu dapat membekalkan keserian wajah dan menambah ke-oren-an muka seseorang. Tapi apabila Izni minum, mukanya bertukar kepada warna merah jambu.

Setelah berhari-hari berlatih, akhirnya harinya sudah tiba. "Temasya Olahraga Tahunan Ke-10 SMKBJ".

Pada pagi itu, Izni telah membawa adiknya kerana beliau ingin merakamkan upacara sukan itu dengan kameranya namun terpaksa melibatkan diri dalam kawad kaki. Izni sangat sedih. Banyak orang suka melihat kepada adiknya yang cun atau lawa. Izni hanyalah sekadar bola berbaju hitam.

Kerana tidak ingin mendengar ceramah panjang daripada pengetua atau VIP, Izni telah menyeludup Mp3 ke dalam bajunya. Semasa dia sedang kawad kaki, dia telah mendengar lagu "Pagi yang Gelap" oleh Hujan. Kebetulan, pagi itu memang gelap. Oleh itu, sesiapa yang ternampak izni sedang senyum seperti lagaknya orang gila tidak faham bahawa dia sedang senyum kerana lagu itu bukannya kerana seluar Azwan terlondeh.

Hari itu memang indah. Izni telah menjadi jakun pada hari itu kerana dia tidak pernah mengalami hari sukan di stadium USM. Izni juga ternampak lelaki itu dan menangkap gambarnya dari jauh. Izni tidak berminat padanya lagi kerana menurut ibu izni, lelaki itu sangat pengotor dan tidak harus dijadikan lelaki untuk diminati. Ibu izni juga rasa "digusted" dgn lelaki itu.

Terdapat suatu kejadian aneh yang berlaku, Izni sedang mencari khemah Rumah Syahbandar kerana ingin memakan bihun tetapi khemah itu selalu hilang. Setelah lama mencari, akhirnya izni dapat berjumpa dengan Mathu dengan bihun-bihunnya. Muka izni penuh dengan harapan. Bingo!

Setelah tamatnya hari sukan, Izni dan sahabatnya telah pergi ke Restoran Subaidah dengan berjalan kaki untuk menambahkan kegemukan. Terdapat lelaki-lelaki gedik menaiki motor ke sana dan meninggalkan kami, kaum perempuan, berjalan kaki ke sana. Setelah makan, terdapat satu adegan menarik apabila salah satu lelaki gedik itu cuba menendang botol tetapi sebaliknya terjatuh kerana lantai licin kerana pada masa itu sedang hujan. Kami pun ketawa terbahak-bahak melihatnya. Mcm ni "HAHAHA".

Hari itu dipenuhi dengan gelak ketawa kami sambil ditemani renyai hujan.

Wednesday, March 24, 2010

Tips Ponteng Kelas Izni's Style

1. Jangan ponteng masa subject yg cikgu dia sangat observant. Cthnya, cikgu yg selalu panggil nama utk jawab soalan. Lebih afdal, ponteng kelas yg cikgu dia tak kenal korang. Mcm cikgu bio aku yg tak tau who the hell i am.

2.Ponteng kat tempat yg korang gerenti takde sapa pi. Mcm aku, aku ada spot [Its a secret i'll never tell].

3. Kalau nak ponteng mcm pro, korang seludupkan diri korang dalam kelas org lain masa depa tgh belajar. Tapi kalau baru berkecimpung dalam bidang ponteng, jgn cuba lagi kerana anda masih di tahap 1.

4. Kalau nak curi masuk kelas org lain, lebih bagus kalau korang masuk kelas form 1 kerana subjek ringan [kalau subjek seni atau muzik lebih bagus] dan cikgu selalunya tak pandang rendah kat form 1 sebab mereka skema bin nerd.

5. Kadang2 korang boleh jugak buat2 sibuk [kalau korang seorang pengawas mcm aku lebih bagus] dengan memegang file dan pen pastu jalan dengan confidentnya. Lepas tu, korang round je lah satu sekolah. Kalau kantoi ngan pengetua or sapa2 yg seangkatan dengannya, jangan risau. Cakap je lah korang tgh cari adik korang sebab korang tak cukup duit nak beli nasi lemak. Ataupun, cakap korang tengah cari cikgu (cikgu praktikal lebih bagus) pastu korang tak kenal dia.

6. Dalam tandas tempat paling best ponteng. Korang kata je kat cikgu "Saya nak pi tandas cikgu" pastu pergi je lah tandas. Dalam konteks ini, korang tak berbohong sebab memang korang pi tandas pun. Cuma tak cakap berapa lama nak duduk dalam tandas. Kalau nak selesa, bawak bantal dari rumah supaya bila korang tidur dalam tandas, korang akan dapat keselesaan maksimum.

7. Kalau boleh, cari cikgu yang memang satu kepala ngan korang. Misalnya, korang pi kat cikgu kaunseling pastu korang ckp korang ada masalah besar. Yang bestnya, dah la dapat ponteng, korang pun boleh makan free sebab cikgu kaunseling selalu belanja makan. And cikgu lain tak pandang pelik.

8. Tempat yg paling bagus utk nak ponteng, ialah Padang Sekolah. Sebab takde sapa nak cari korang kat sana n then terdapat banyak pokok untuk bersembunyi di belakang. Kalau kat skolah aku siap ada JPN(Jabatan Pelajaran Negeri). Menyoroklah kat JPN sebab dlmnya ada TV dan Aircon. Aku penah pi. Best siot. Tak de sapa tegur aku masa aku tertidur atas sofa.

9. Satu lagi, yang ni kalau desperate sangat.

Recipe untuk hidung berdarah

Step one : Sediakan siap2 dari rumah sos tomata atau cili dalam paket kecil [Mudah didapati di Mcdonalds] dan bawa ke sekolah. Kalau korang nak bagi lagi cair boleh je.

Step two: Korang sapu kat hidung sos tuh bila tiba masa cikgu yg korang rasa boring. Mcm aku, aku duduk belakang sekali and hujung sekali so takde sapa nampak. Pastu korang kata kat cikgu hidung korang berdarah dan kena pergi klinik sekolah. *Lagi bagus kalau guna chilli sos sebab kesan pedasnya akan membuatkan mata korang berair dan darah itu akan nampak lebih real sebab dah campur ngan hingus.

Step three: Korang bawa semua barang korang keluar and then pergi la destinasi yang korang idami.

10. Kalau nak ponteng jangan lebih dari 2 orang.

11. Kalau sekolah korang ada bibik2 yg tolong bersihkan sekolah lagi best. Dapat teman untuk bersembang. Dengan itu dapatlah korang berkongsi rahsia kecantikan wanita/lelaki.

Selamat mencuba!


Monday, March 22, 2010

Serr.

Apa maksud perkataan tuh? Aku dengar selalu perkataan tu muncul dari mulut kawan2 aku. "Macam serr" kata Harun[Bukan nama sebenar] masa dia ceritakan pasal betapa geramnya dia kalau kena marah ngan Mak dia. "Tau kan maksud serr tuh apa?" Aku cakap je aku tau padahal aku x tau. Orang kata serr tu maksudnya x puas hati. Atau geram. Entah la. Yang aku tau ialah Sir tapi maksudnya tuan. Serr, aku tak faham. Tapi kebelakangan ni aku suka cakap perkataan tuh.

Serr.

Trip To Indonesia

No. Tak sia-sia aku pi sana. Banyak barang yg aku beli. Cuma ada satu barang aku tak tau kenapa aku beli. Mainan ular pusing2 kat batang. Entah la. Aku rasa cool kot?

Aku kena ponteng kelas hari Jumaat mase exam [Aku baru dapat tau takde sapa pun perasan aku tak mai skolah] sebab ada flight pukul 10 nak pergi jakarta. Aku pun batak se-batak2-nya sebab aku lama tak naik flight. Aku rasa the last time masa aku masih under age [Skrg pun under age]. So, dalam aku dok seronok pasal nak naik flight, adik aku plak nak pi tandas. So,aku bawak la dia pi. Tiba2 ntah apa yang jadi, aku tiba2 bersahabat baik ngan Mak cik dalam tandas. Dia siap bagi aku pegang Phone dia. Wau. NOKIA.

Bila keluar tandas, mak aku pulak dah dapat 2 teman baru [Bapak aku tak termasuk sbb bapak aku dah pi Bandung terlebih dahulu]. Mungkin org indon ni mesra kot.

Anyway, bila dah sampai Jakarta, Kami disambut oleh 2 org lelaki. Sorang sepupu aku dan sorang driver bakal isteri dia [Kat sana panggil Supir kot?]. Aku ingatkan driver tuhh syok sendiri je dok lambai2 kat kami. Aku baru nak kata kat mak aku "Ibu bagi je la duit sikit kat dia. Dia dah penat lambai." Nasib baik ayat tuh tak keluar. "Haha". Aku gelak seorang diri.

Sampai2 kat rumah kakak kepada Dona [Tunang sepupu aku] aku tergejut bak Gorilla tgk muka dia sendiri kat cermin. Mengapa? Sebab rumah dia besar bagai rumah Jennifer Lopez. Tak, aku tak penah masuk rumah J.Lo. Saja je nak bagi impak.

Esoknya, Tunang aku. Eh, sepupu aku pun tunang ngan Dona tuhh. Depa buat majlis pertunangan macam buat Majlis Perpisahan Cikgu Zainab pengetua sekolah aku. Budak2 beratur panjang takde la cuma ada kareoke. Salah sorang yang nyanyi ialah mak aku. Dia nyanyi lagu "cindai". Aku ada gak nyanyi backup "Oh,sayang". Memalukan.

Pi bandung mengambil masa 2 jam dari Jakarta. Tak lah terseksa sangat duduk dalam kereta. Kat sana kami pi macam2 tempat dan yg paling penting, SHOPPING. Aku tak shopping sangat pun. Cuma mak aku bertukar menjadi Shrek setelah melihat beg2 yg dijual dalam Factory Outlet. Hasilnya: dia beli 5 beg dan tak mau beli beg kat aku sebab beg yg aku pilih x cantik.

Kami balik beberapa beg kemudian. Eh, beberapa hari kemudian.
Kemudian pi KL. Sambut birthday 7 orang:

1. Nur Izni Suhaimi - 23 march
2. Nur Ikhlas Suhaimi - 31 March
3. Nur Ilham Suhaimi - 22 March
4. Salman Husni Abdollah - Aku tak ingat, tapi march jugak
5. Aminuddin Abdollah - March apa ntah
6. Iffat Abdul Latif - 23 march [yes, sama ngan aku]
7. Mundzir Abdul Latif - 19 March

Ya, birthday aku dekat2 ngan adik aku. Sepupu2 aku tuh cuma kebetulan mak dia nak beranak dia bulan March jugak.

Selepas tuh, Shah Alam. Tengok Alice in Wonderland. Tak best. In fact. Macam bengong. Johnny Depp pakai mekap banyak pastu menari nari macam orang high ubat batuk. Alice pulak macam takde keje pi masuk lubang arnab tuh. Mungkin dia rasa cambest untuk terjun dalam lubang dalam nak tengok dia mati ke tak lepas tuh. Apa pun, aku rasa kecewa pi tengok cerita tuh. Lebih baik aku sembang ngan kakak yang jaga Spek mata 3D kat luar panggung tuh.

Teeheee :]

Saturday, March 6, 2010

Aku pun nk ckp pasal majlis interaksi

So, majlis interaksi x brapa best sangat. Aku pi ngan mak aku. And kami pi tengok ramalan utk spm. Aku agak tergejut. Ingatkan aku akan dpt lagi teruk drpd tuh. Ada jugak A. :)

Pastu lepas mak aku ckp ngan cikgu Iliani, dia balik. Tinggai aku sorg2 baca ikrar apa ntah. Pastu mcm ada sesi utk ceramah. Aku x pi dengaq, instead, aku pi turun bawah dgn Qis and Aqilah pi dengaq lagu Glee dari phone Aqilah. Qis pulak dok send message kat Gan melalui phone aku supaya Gan ingat aku yg hantaq tapi itu bukan the truth. Haha.

Yes! Aku dh tgk 1 season of Glee! Thank you Aqiqi! :P

Thursday, March 4, 2010

Hari ni aku tak jatuh.

In fact, aku lama dah tak jatuh *gasp*. Bukannya maksud aku suka jatuh cuma, kebelakangan ni aku x berapa jatuh dah. Weeeeee. Tadi ada rehearsal utk Majlis Interaksi. Majlis interaksi tu hanyalah majlis yang membazir wang, masa, dan tenaga sebab akujanji yg bdak2 tu ckp bukannya betul pun. Depa buat sbb dipaksa oleh cikgu. Hahha. Just kidding [But seriously]. Bukannya aku marah or anything, cuma aku plan nak pi tae kwon do hari sabtu nih. *sigh*.

Oh ya, tadi aku lupa nak bawak semua buku bio. Okay, that was random. Lalala. Nanti, 25 march to be exact, aku akan bedah tikus! Sekarang aku x payah dah jeles2 kat Syafiq sbb dia dapat bedah tikus. Aku baru find out yg satu tikus berharga RM18. Tu dia aih. Mahaii. Bukan eventually kita nak bunuh dia ka?

Cuti ni aku nk pi Indon. Sepupu aku nak tunang ngan org dari Jakarta. Yeyey. Bleh aku shopping2 sikit.

*fun fact of the day: Pn. Au kata "Groin" is the private part. Nuriman kata "Memang la. Sebab tu depan dia ada GRO." Hahha. Faham x? Tak faham pun buat la macam anda faham.

Thursday, February 25, 2010

Smile

Hari tuh, aku tgh cari lyric lagu smile by Lily Allen, pastu aku terserempak ngan lagu Smile by Mcfly. So, aku terus download lagu tuh sbb lyric dia best. Bila dengar lagu tuh betul2, mmg best gila kot! hoho

Aku paling suka masa dia ckp:

You don't have to have money,
To make it in this world,
You don't have to be skinny baby,
If you wanna be my girl.

Haha. Okeyh, tadi ada fire drill. X best sangat pun. Pendapat bahawa ahli-ahli bomba adalah org yg hot hanyalah mitos. Semua yg mai mcm pak cik2. Haha. Panas gileee tadi. Masa pak cik tu dok bg ceramah pasal kebakaran, aku buat homework addmaths. Yeahh. I'm proud of myself. :')

Sunday, February 7, 2010

The best week of my life! [So Far]

Okay, the title says it all. Memang minggu ni minggu paling best dlm hidup aku stakat nih. Post nih mungkin boring sket tapi aku till nak bgtau kenapa minggu ni paling best.

Isnin: Izzad and acap jerit nama aku masa depa naik tangga. Setiap tingkat depa sampai bleh dengaq "Izni! Izni!". Aku rasa happy.

Selasa: Last period aku rasa happy sbb Cikgu Iliani. Dia x buat apa2 pun. Cuma cara dia ajaq kami mebuatkan aku rasa happy. Hari ni tusyen dibatalkan. Homework x banyak. Langit biru.. Ahhh.. Best gilaaa. Aku sebenarnya skip Tae Kwon Do sbb nak pi tusyen. Tapi tgk2 tusyen x dak. Rasa lapang gila.

Rabu: Tusyen physics best gilaaaa. Thanks to Li Ean, Sharyn, Jay Sern, Aziz, Angelyn, Joel, Adrian, Mr Loh etc. Thank you for making jokes and make me laugh so hard. =]

Khamis: Pn Au annouce yg dia x mau buat dah kelas tambahan. So bila aku balik, aku punya mood baik gilaa. Pastu, Masa english, Pn Kow suruh buat kerja sendiri sbb dia nak buat oral. I <3>

Jumaat: Ada PJ 2 masa. Best gilaaa. Lepas tu ada sejarah, Pn Atikah cerita pasal laki makan katak masa dia di-kidnap oleh makhluk halus. Lol. Agama ustaz cerita pasal perkahwinan and tunang2 semua. BM pulak, Cikgu bg kerja sikit ja! Pastu petang aku and family pi QB makan sushi. Meriah. =]

Sabtu: Merentas desa! Best gila. Aku, Kamal, Aqilah and Azfar dapat last dlm merentas desa. Selama ni, aku x penah rasa jadi last dlm merentas desa. Best gilaa sbb kita dpt banyak attention drpd cikgu. Hehehe. Pak rela asyik dok follow kami. N then, Aku dpt gmbq M. :P

Ahad: Birthday Nifhail and erli. Aku agak kecewa erli x mai. Masa aku sampai2 QB, nampak acap. Pastu aku pi Mc donalds jumpa Kamal, Aziz and Daniel Zamri. Best gila. Cuma rasa pelik sikit sbb Erli x mai but instead abang dia mai. Aku pass Mars bar kat dia. Harap2 dia x makan :P Credits to Kamal, Azfar, Nifhail, Angelyn, Jay Sern, Jo Wern, Joel, Daniel Boey, Daniel zamri, Erzat [lol] , Boo-Yeong AND Syariz. Lol kami sambut bday niff kat Baskin Robbin. Aku dapat tengok gak Syariz keja cmna! =]

Tetapi yang paling penting, aku nak berterima kasih kat Sharifah NurFadhlin Afifah Syed Azhar! Dia yg membuatkan aku happy setiap hari! Thank you sharifah!

Saturday, February 6, 2010

Merentas Desaaaaaaaaaa.

Hari ni merentas desa. Padahal desa pun x dak. Cuma ada rumah2 org kaya. Jeles oo tgk rumah2 org kaya sambil dok penat2 lari. Hahha. Apa2 pun, aku rasa this year punya merentas paling best! Hahaha. Walaupun xdak "Gergaji". X faham? Fikir2 kan lah. :P
This year, first time aku dapat last utk merentas desa. Tak percaya? Kalau korg x percaya, korg bleh tanya pak cik RELA tuhh. Dia saksi. Best gilaaa dapat last. Dapat banyak attention. Hahha.


Azfar dgn biji apa ntah.
Ada banyak gambaq lagi tapi nnt lah aku upload kat Facebook. Aku buat post nih semata-mata utk Nabilah. Hahhaa. Nah, gambaq2 yg akak tgkp. Curi org pnye M pulak. Tapi sebab kau dah nak berangkat dah, akak maafkan :P
Hahahaha. Akak harap kau dapat decide elok2 skolah mana kau nak pi. Belajaq elok2 tau!


Wednesday, February 3, 2010

Photography club.


So this year aku masuk kelab fotografi. Setelah 3 tahun berturut-turut aku duduk dalam kelab muzik. Just wanna try my luck in photography and jugak utk hang out ngan kawan2 since this is our last year.
Fatin
Fauzan Najihah
Kawaii! :P
Haha. Saja ja tgkp gambaq sekolah.
The last flower.


Hahha. Aku bukan la pro tapi aku saja je tgkp gmbq2. Harap2 fauzan nmpk post nih. Since dia asyik dok suruh aku upload gambaq dia. lol. Puas hati fauzan??? I'm gonna upload more pics after this. So wait for it. LOL. Bubye for now.

Sunday, January 24, 2010

The "List"

1. I hate it when u scream at my face.
2. It frustrates me to see that you will never know my talents and all my achievements.
3. It also frustrates me when you only see my flaws.
4. I hate it when you compare me with my friends.
5. I hate it when you say bad things about me to my face.
6. I hate it when you embarass me in front of others.
7. I hate the way you scold.
8. I don't why but everytime I'm mad at you, I'll always end up in tears.
9. I hate it when you dissaprove many things I do.

I don't hate you. In fact, I love you.
I just hate some things that you do.

Thursday, January 21, 2010

Sejarah

Aku ada 3 berita.

Pertama,aku dah de-activate Facebook aku. Aku bebas!
"Refresh!" Bak kata Azrul.
Sekarang aku ada masa utk nak buat homework, pi tusyen, pi taekwondo and study. Yay! Puas hati aku.

Kedua, aku dah drop EST. Double yay!
sebab utama aku drop EST ialah sbb ******. Haha.

Ketiga, M tegur aku tadi. Aku memang x jangka lansung dia nak buat cmtuh [LE n Sfa saja tau]
Lepas dia tegur aku, aku happy sepanjang hari. Hahha. :P

Okay, aku harap bila aku dah de-activate FB account,
boleh lah aku tumpukan perhatian kat buku.
=]