Thursday, June 16, 2011

Persoalan yang memakan diri.

Arghhhh kenapa kebelakangan ni aku macam ni? Kenapa aku mesti susahkan orang lain? Aku tak berniat pun untuk sakitkan hati orang itu. Aku cuma, bingung. Apa yang patut aku rasa?

Salahkah aku cemburu?

Salahkah jika aku mahukan perhatian?

Salahkah jika aku ingin dilihat?

Aku banyak membuat kesilapan kebelakangan ini. Setiap yang aku buat akan memberi kesan kepada orang lain.

Aku tidak sedar. Apa yang aku tahu, perkara yang lebih teruk daripada ditegur dan dimarahi ialah ditegur dan dimarahi oleh orang yang kita sayang. Kesannya sangat mendalam dan memakan hati aku.

Hati aku sakit bila disuruh untuk mematangkan diri. Hati aku sakit bila disuruh untuk berfikir sebelum buat. Hati aku sakit apabila diingatkan tentang impak yang terhasil atas ketidakmatangan aku. Hati aku sakit bila dikatakan tidak fikir perasaan orang lain. Hati aku. Sakit.

Tapi apa gunanya sakit hati itu? Kerana semuanya benar apa yang dikatakan. Memang aku aku yang bersalah. Memang tindakan aku memberi impak yang besar kepada orang yang aku sayang. Ahhhh! Betapa bodohnya diriku!

Aku minta maaf kepada orang-orang yang aku sakiti. Aku tidak berniat begitu. Aku sayangkan kalian. Sangat-sangat. Kadangkala, aku tidak fikir sebelum aku membuat sesuatu. Aku jahil.

Aku sayang akan kalian. Aku tidak tahu apa yang aku fikirkan semasa aku membuat kesilapan itu. Carilah di dalam hati untuk memaafkan aku.

Bolehkah kita melupakan apa yang telah berlaku?

Ayah.

Sempena dengan Hari Bapa, aku ingin bercerita sedikit tentang arwah ayah.

Beliau tak pernah berkata buruk tentang orang lain. Itu sifat dia yang aku sangat kagumi. Ayah seorang yang sangat baik hati dan susah nak mengatakan "tidak" kepada orang lain.

Aku sangat suka muzik. Kerana ayahku mengajar aku dari kecil apa maksud muzik yang sebenar. Lagu-lagu yang sangat bermakna. Dari segi lirik dan dari segi irama. Aku ingin menjadi sepertinya. Tahap inteleknya sangat tinggi (Ermm, aku.. Tak sangat) dan ilmu-ilmu yang dia ada tentang dunia ini sangat banyak.

Ayah suka menulis. Aku ingin menjadi sepertinya. Aku ingin menulis kisah tentangnya. Tentang apa yang aku telah pelajari daripadanya. Tentang apa yang aku alami.

Dari kecil, hubungan aku dan ayah sangat rapat. Berbanding adik-adikku. Selalu, bila aku bergaduh dengan adik (ala, biasa la budak2 kecik bergaduh) dia akan menyebelahi aku. Bukan maksud aku ayah berat sebelah, tetapi dia akan menangkan aku. Mungkin kerana ibu akan menyebelahi adik.

Setiap kali kami makan berdua ayah akan tanya "Nak kitkat?". Aku tak faham kenapa dia suka belikan aku kitkat setiap kali habis makan. Sehingga besar, dia akan belikan kitkat.

Ada suatu hari, aku nak pergi sekolah lambat dalam pukul 10 macam tu. Aku senyap-senyap beritahu ayah mengenai plan aku. Tiba-tiba ibu tahu. Alamak! Habisla plan. Hari tu aku terpaksa pergi sekolah awal. Aku nak pergi lambat sebab aku tak suka pergi sukantara. Aku tahu perkara ini remeh sahaja, tetapi ia adalah salah satu memori aku mengenai ayah.

Ayah juga selalu mempunyai masa untuk aku. Aku tak tahu macam mana dia boleh manage untuk hantar aku ke semua tempat yang aku nak pergi padahal aku tahu, dia ada banyak kerja. Dia selalu sibuk, tetapi bila aku kata ada kelas tambahan la, sukan la, nak pergi mall la, dia akan hantar aku. Walaupun dia ada meeting dalam masa setengah jam, dia akan tetap hantar aku. Dia sanggup hantar aku balik rumah dan dalam setengah jam, ambil aku semula untuk hantar ke sekolah. Memang superb.

Ada satu kenangan yang samar-samar dalam memori aku. Sewaktu aku kecil, semasa kami tinggal di England, ayah akan beri aku piggy back ride. Aku memang sukakannya. Belakang ayah sangat warm dan selesa. Dan ayah akan bawa aku ke kedai untuk beli candy bracelet. Candy bracelet ialah gelang yang diperbuat dengan gula-gula. Aku tak tahu macam mana aku boleh ingat semua ini, sebab aku masih kecil pada masa itu.

Setiap pagi nak ke sekolah, kami akan mendengar radio. Kami akan nyanyi bersama-sama lagu yang top dalam radio. Ada suatu hari, kami nyanyi lagu Mariah Carey "touch my body". Okay, memang la weird tapi kalau korang dalam situasi aku, korang akan rasa betapa coolnya ayah aku. Dia juga suka lagu black eyed peas. Peace ;P

Ayah sememangnya penyayang. Terhadap sesiapa pun. Dan dia sejak kami membela seekor kucing, dia mula menyayangi kucing tersebut. Ninja. Mereka mempunya hubungan yang unik.

Akak tahu akak tak patut tulis macam ni. Bukannya akak tak rela ayah pergi, cuma akak nak mengingatkan diri akak tentang ayah. Dengan menulis, akak rasa bebanan di bahu menjadi ringan sedikit. Sedikit lega.

Untuk sesiapa yang masih mempunyai ibu dan ayah, sila lah jaga hati mereka. Pastikan mereka senyum selalu. Jangan sakitkan hati mereka. Mereka lah yang membesarkan anda. Mereka lah sebabnya anda hidup di dunia. Pastikan kasih sayang dicurahkan berganda-ganda.

Sebelum terlambat.

Tak ada siapa faham.

Lebih baik aku senyap sahaja.

Sunday, June 12, 2011

Pecah.

Ye la. Aku sentiasa salah. Aku sentiasa orang yang sakitkan hati orang lain. Aku lah orang jahat. Dalam kisah aku sendiri, aku lah orang jahat. Bila aku akan menjadi watak baik, aku tak tahu.

Akulah lex luthor dalam superman.
Akulah darth vader dalam star wars.
Akulah green goblin dalam spiderman.

I'm the villain, get it?

I am the one destroying other people's happiness.

Someday I will have my happy ending.

When? God knows.

Playboy.

Playboy. Apa itu?

Tak. Aku bukan nak cakap pasal majalah "sensasi" tu. Aku nak cakap pasal lelaki playboy. Atau nama saintifiknya, "Buaya darat".

Girls, jangan terpedaya. Kata-kata manis tu semua tipu belaka. Janji? Janji la sangat. Janji tu, kau tau tak, kat semua perempuan dia cakap janji tu. Kat semua perempuan dia cakap benda yang sama. Playboy ni, tipu hanya perkara biasa. Bohong. Semua yang dicakap hampir semua bohong. Kononnya sayang. Tapi korang tak tau berapa banyak perempuan yang dia "sayang". Akhir sekali, perempuan lah yang menjadi mangsa. Kaum hawa inilah yang akan menangis teresak-esak masa dalam shower atau sebelum tidur. Takut ada orang yang dengar. Takut ada orang dengar betapa bodohnya perempuan itu sebab percayakan buaya darat.

Ini satu lagi, perempuan sangat degil. Bila orang dah nasihat agar jangan percayakan lelaki itu, kau tak mahu dengar. Kau tetap percaya lelaki tu dah berubah. Lelaki tu hanya sayangkan engkau. Trust sangat lelaki tu. Sekarang kan dah backfire kat kau balik. Kawan karib kau sendiri kata, jangan percaya sangat. Sekarang nangis lah kau sorang-sorang. Nangis lah kau sampai keluar air mata darah pun. Tak guna dah sekarang.

Tetapi satu perkara yang sangat pasti, playboy ini akan kesunyian. Bukan sunyi daripada perempuan sebab perempuan semua keliling pinggang je. Tapi bila tiba masanya, tuhan akan membalas apa yang telah dia lakukan. Hati-hati perempuan yang telah dilukai oleh buaya darat tersebut akan berbalas. Buaya darat itu akan jatuh cinta yang sangat mendalam terhadap seorang perempuan namun perempuan itu yang akan melukakan hatinya. Akhirnya dia akan faham perasaan perempuan-perempuan dahulu yang pernah dilukainya. Baru dia sedar. Tuhan akan tunjukkan, suatu hari nanti.

Kepada playboy-playboy sedunia, proses penyembuhan bergantung kepada keparahan luka yang dialami. Tetapi kalau hati yang luka, ia mengambil masa yang lama untuk sembuh dan seluruh hidup untuk melupakan kepedihannya (Okay skema sikit but I made my point).

Thursday, June 9, 2011

Tak lawak sangat pun.

Ada lawak yang berkeliaran (tatabahasa cara aku) antara siswi-siswi part 1. Kalau nak tahu, part 1 ialah gelaran yang diberikan kepada Freshies macam aku ni. Baru first time masuk U kan..

Selalu seniors selalu datang tegur, "Adik budak part 1 eh?" atau "Part berapa?" then aku akan jawab "Part 1" pastu dia cakap balik, "Patutla". Patutla? Patutla apa?????!!! Kenapa?! Kenapa kena underestimate the power of part 1. Part 1 can change the world you know? We are the future generation! Even mak cik jual karipap pun tanya "Adik part 1 ke?". Kat dahi aku ni ada tulis aku budak part 1 ke??? Arghhhhhhh!

Anyway, lawak bermula apabila seorang lelaki dalam kelas aku buka tingkap dalam bilik yang ada Aircon.

Lecturer: Boy, please shut the window. If you don't, it will go to waste.
Boy: *tutup tingkap*
Boy 2: Apsal kau bukak tingkap? Kau part 1 eh?

*Satu kelas gelak*

Sejak hari tu, semua benda mesti nak dikaitkan dengan Part 1.

"Apsal kau bawak payung? Kau part 1 eh?"

atau

"Aku part 5 lagi tinggi dari kau."

atau

"Kau tak leh join kite orang sebab kau part 1"

Kesian. Part 1 ditindas.

Backfire

*Aku tengah cerita dengan penuh keghairahan*

Tiba-tiba,

"Ada aku tanya?"

"Aku tak cakap dengan kau la. Perasan."

AHAHA! BURN BABY, BURN!!!

Random Ramblings

Oh hai korangs! Kite sronok gile jadi budak melaka ni (pembohongan semata-mata!).

Erm. Okay, awkward.

Sekarang aku belajar di Melaka. Woo hooo. Di sebuah tempat yang bernama Alor Gajah. Aku ditugaskan belajar di UiTM Lendu (Atau nama glamernya, London). Di situ aku dapati tempat yang paling mewah ialah KFC Alor Gajah. Hampehhh. Tak pernah jejak kaki lagi di sana setakat ini. Tak ada niat pun nak pergi. Aku tetap setia kepada McD..

Setelah mengkaji rakyat-rakyat di sini, aku dapati mereka agak cool. Boleh la.

Setahun, Izni. Setahun.

"You can do it! You can really really do it!" -Rob Schneider ;P

Tak kenal Rob Schneider? Haha losers.

Aku seorang siswi.

So yeh. Aku takda idea ahh nak tuleh apa.