Hari ni aku bangun awal. Dan aku decide waktu tu terlalu awal untuk bangun lantas aku tidur balik. Hasilnya aku bangun pukul 12. Then aku buat toast lalu aku makan lalu aku dapat ilham untuk kemas rumah. Masa aku kemas rumah aku nampak lipas. Lipas cakap "Hai". Aku cakap "Bye".
Bila mak aku balik rumah aku tak jadi masak. Jadi diorang kepalaran. Ya, aku eja kepalaran. Got a problem with that?
Malam tersebut kami pergi convo USM. Banyak orang. Aku benci. Kami beli payung. Mahal sebab dulu aku beli payung lapan ringgit je (Mungkin ada kaitan dengan ketiadaan pemegang kat payung tu). Anyways sekarang aku ada payung mahal so aku expect payung tu akan lindungi aku dari cahaya matahari, hujan serta pancaran UV. Aku beli buku. Tajuk dia: Burgermpak. Aku beli sebab muka depan dia ada gambar burger.
Adik aku kata Forteen datang malam ni. Aku ingatkan forteen tu nama orang rupanya nama group. Dia kata Izzue islam dalam group tu. Aku mungkin pernah dengar nama mamat ni sebab adik aku selalu bisik kat aku masa aku tidur. Kami tunggu. Forteen tak datang. Kami balik. Forteen datang.
Aku dah sampai area kolej, buka but kereta. Botol air aku yang aku isi 2 liter penuh dah habis. Deduksi aku:
1. Ada lipas dalam kereta minum air aku senyap-senyap sebab dahaga serta sudah muak minum air aircon.
2. Botol air aku bocor.
Aku terhantuk kepala terkena pintu but kereta. Takda sapa nampak (Mission accomplished). Aku minta maaf sejuta kali kat mak aku (dalam konteks ini sejuta bermaksud satu kali). Aku naik bilik. Roommate takda.
Buka beg baju, harddrive jatuh bawah katil. Aku malas ambil. Aku buka laptop. Aku dengar lagu Big Mountain "Baby I love your way". Bermalasan adalah style aku.
Hari ni membosankan.
Saturday, September 21, 2013
Friday, July 19, 2013
Fauzi Nawi atau Fauzi Nawawi aku lupa nama dia lah
Dulu ada mini drama series tajuk "Rafflesia" dibintangi oleh Rita Rudaini dan Zizan Nin. Cerita ni awal-awal best la jugak sebab Zizan tu hot gila kot homaigatt. Tapi bangang la si Rita Rudaini ni pi kahwin ngan Jalaluddin Hassan plak. Dah tau cinta kat Zizan pi kahwin ngan orang lain pasepa? Ergh. Zizan pun kahwin dengan orang lain so lepas tu aku meluat, tak nak tengok dah cerita tu.
Anyways, cerita utama untuk post ni berkaitan dengan cerita Rafflesia.
Ada satu watak ni (Fauzi Nawi or Nawawi) dia sedang cari Rita rudaini di office. Tiba-tiba dia dahaga. So dia mintak kat receptionist air sikit supaya dia boleh minum. Sang receptionist pulak suruh lah dia pergi pantry.
Maka mulalah misi beliau untuk mencari pantry demi meneguk air yang nyaman. Cari punya cari tak jumpa-jumpa. Akhirnya dia tanya seorang pemuda:
"Adik, panties kat mana?"
"Hah! Nak buat apa?"
"Nak cari panties. Dahaga ni, nak minum air"
"Ohh.. Maksud abang, pantry eh? Kat sana."
"Pantry eh? Hihi mintak maap"
Sejak kejadian itu, aku memanggil lelaki itu Lelaki Panties.

Monday, April 15, 2013
Tengah malam.
Malam ini aku sedih. Setengah hati perlu siapkan assignment yang due esok, setengah hati nak nangis. Separuh jiwa nak meraung.
Kenapalah malam ini, sayunya aku. Layan lagu Stevie Wonder. Satu album.
Secara automatik akan ingat lelaki yang paling aku sayang dalam dunia ini.
Betapa rindunya aku.
Pada suatu pagi, waktu dalam kereta, hendak ke sekolah. Kereta berhenti di lampu merah. Entah kenapa, aku terfikir, "Saat ini takkan ulang lagi. Cherish it."
Jadi aku nikmati saat itu betul-betul. Sambil dengar lagu Darryl Hall & John Oates tak silap aku. Seolah dalam diri ini memang tahu akan tiba masa aku akan berpisah dengan dia. Memang subuh itu sangat indah.
Ayah pernah kata "Akak, nanti besar jadi car designer. Reka satu kereta untuk ayah".
Minta maaf, ayah.
Ayah pernah kata "Akak, ayah beli guitar ni untuk akak. Nanti boleh tulis satu lagu untuk ayah".
Akak masih mencuba, ayah.
Ayah pernah kata "Bagusnya result akak. Nanti ayah beli hadiah".
Result akak paling teruk, ayah.
Ayah pernah kata "Jangan peluk ayah, nanti demam"
Akak tak kisah, ayah.
Akak sayang ayah.

Friday, April 12, 2013
Paksaan.
Aku cukup geram dengan sesetengah pihak yang suka memaksa
orang untuk masuk ini masuk itu. Apa kau ingat kami hamba? We have a life you
know? Sekali tak pergi event itu, denda. Selagi boleh bagi hukuman, kau bagi.
Apa lagi kau nak?
Kami ini sekadar manusia. Kami perlukan masa untuk kelas,
untuk aktiviti harian kami. Bukan semuanya berpusar dari kau.
Sekali lagi kau sebut perkataan “Komitmen”, siap kau.
Seolah kau ni gila kuasa.
Kononnya fun. Kononnya pengalaman. Please. Orang lain lagi
fun. Anywhere is more fun than here.
Aku admit lah. Awal-awal aku rasa fun. Belajar pelbagai
benda yang sangat berguna untuk hidup aku kelak. Tapi, bila kau dah mula sebut
masa yang perlu diabadikan untuk kau, aku dah meluat. Lagi-lagi komitmen.
Lagi-lagi denda, tambah lagi masa. Tambah 8 jam. Tambah 16 jam. Nak terpengsan.
Menyesal aku masuk. Bila dah masuk, tak ada jalan keluar.
Dasar pengongkong.
Monday, January 21, 2013
What's new, scooby doo?
Brace yourselves. Because this post will be filled with photos.
Aku akhirnya pergi ke pantai. Walaupun tak dapat mandi, aku dah gembira. Next time, aku nak pergi rumah Erli dan mandi puas-puas dalam laut.
We are called the potatos. Ah cewah. Mulanya, diorang asyik panggil aku potato sebab perangai aku macam kentang. Iaitu, tiada kepentingan. Heh. Akhirnya nama group ini digelar The potatos. Semuanya sebab aku.
Kawan lagi. Aku dah dapat banyak kawan. Kalaulah aku boleh pergi ke masa lampau dan nasihatkan diri aku yang darjah 4 bahawa aku akan dapat banyak kawan bila aku dah umur 19 tahun. Kesian diri aku yang kecil.. Waktu rehat tak makan tapi masih gemuk.
Ni aku masa aku masuk wad sebab aku dapat demam denggi. Tinggal 3 kertas untuk finals. Macam hipster. So hardcore.
Ini Yushy. Atau nama glamour dia, Yusri. Dia hipster wannabe. Masa ni kami ber-study group di rumah aku. Tua setahun tapi nampak macam tak pass UPSR lagi.
The potatos, dengan tetamu undangan. Dia masih keliru dengan seksualiti dia. Jangan risau.
Dari kiri: Haikal "hyke", Ika "pchy", Vivian "bibiong" dan just Ain. Semua dari asasi tesl. 3 dari Shah Alam dan seorang dari Pahang. Ika dari pahang sebab dia loser.
Tangan aku dah macam terminator. Aku patut masuk movie dan dapat banyak duit. I am fearless bebeh.
Cuma nama aku di band tangan.
Makanan. Nota: Bukan aku yang masak. Tapi aku yang makan.
Resolusi 2013: Tulis setiap baik buruk yang berlaku dan baca kembali pada tahun baru 2014. Semoga banyak bahagia dari sengsara.
Okay itu je hidup aku setakat ini.
Ciau bebeh!
Subscribe to:
Posts (Atom)