Wednesday, March 24, 2010

Tips Ponteng Kelas Izni's Style

1. Jangan ponteng masa subject yg cikgu dia sangat observant. Cthnya, cikgu yg selalu panggil nama utk jawab soalan. Lebih afdal, ponteng kelas yg cikgu dia tak kenal korang. Mcm cikgu bio aku yg tak tau who the hell i am.

2.Ponteng kat tempat yg korang gerenti takde sapa pi. Mcm aku, aku ada spot [Its a secret i'll never tell].

3. Kalau nak ponteng mcm pro, korang seludupkan diri korang dalam kelas org lain masa depa tgh belajar. Tapi kalau baru berkecimpung dalam bidang ponteng, jgn cuba lagi kerana anda masih di tahap 1.

4. Kalau nak curi masuk kelas org lain, lebih bagus kalau korang masuk kelas form 1 kerana subjek ringan [kalau subjek seni atau muzik lebih bagus] dan cikgu selalunya tak pandang rendah kat form 1 sebab mereka skema bin nerd.

5. Kadang2 korang boleh jugak buat2 sibuk [kalau korang seorang pengawas mcm aku lebih bagus] dengan memegang file dan pen pastu jalan dengan confidentnya. Lepas tu, korang round je lah satu sekolah. Kalau kantoi ngan pengetua or sapa2 yg seangkatan dengannya, jangan risau. Cakap je lah korang tgh cari adik korang sebab korang tak cukup duit nak beli nasi lemak. Ataupun, cakap korang tengah cari cikgu (cikgu praktikal lebih bagus) pastu korang tak kenal dia.

6. Dalam tandas tempat paling best ponteng. Korang kata je kat cikgu "Saya nak pi tandas cikgu" pastu pergi je lah tandas. Dalam konteks ini, korang tak berbohong sebab memang korang pi tandas pun. Cuma tak cakap berapa lama nak duduk dalam tandas. Kalau nak selesa, bawak bantal dari rumah supaya bila korang tidur dalam tandas, korang akan dapat keselesaan maksimum.

7. Kalau boleh, cari cikgu yang memang satu kepala ngan korang. Misalnya, korang pi kat cikgu kaunseling pastu korang ckp korang ada masalah besar. Yang bestnya, dah la dapat ponteng, korang pun boleh makan free sebab cikgu kaunseling selalu belanja makan. And cikgu lain tak pandang pelik.

8. Tempat yg paling bagus utk nak ponteng, ialah Padang Sekolah. Sebab takde sapa nak cari korang kat sana n then terdapat banyak pokok untuk bersembunyi di belakang. Kalau kat skolah aku siap ada JPN(Jabatan Pelajaran Negeri). Menyoroklah kat JPN sebab dlmnya ada TV dan Aircon. Aku penah pi. Best siot. Tak de sapa tegur aku masa aku tertidur atas sofa.

9. Satu lagi, yang ni kalau desperate sangat.

Recipe untuk hidung berdarah

Step one : Sediakan siap2 dari rumah sos tomata atau cili dalam paket kecil [Mudah didapati di Mcdonalds] dan bawa ke sekolah. Kalau korang nak bagi lagi cair boleh je.

Step two: Korang sapu kat hidung sos tuh bila tiba masa cikgu yg korang rasa boring. Mcm aku, aku duduk belakang sekali and hujung sekali so takde sapa nampak. Pastu korang kata kat cikgu hidung korang berdarah dan kena pergi klinik sekolah. *Lagi bagus kalau guna chilli sos sebab kesan pedasnya akan membuatkan mata korang berair dan darah itu akan nampak lebih real sebab dah campur ngan hingus.

Step three: Korang bawa semua barang korang keluar and then pergi la destinasi yang korang idami.

10. Kalau nak ponteng jangan lebih dari 2 orang.

11. Kalau sekolah korang ada bibik2 yg tolong bersihkan sekolah lagi best. Dapat teman untuk bersembang. Dengan itu dapatlah korang berkongsi rahsia kecantikan wanita/lelaki.

Selamat mencuba!


Monday, March 22, 2010

Serr.

Apa maksud perkataan tuh? Aku dengar selalu perkataan tu muncul dari mulut kawan2 aku. "Macam serr" kata Harun[Bukan nama sebenar] masa dia ceritakan pasal betapa geramnya dia kalau kena marah ngan Mak dia. "Tau kan maksud serr tuh apa?" Aku cakap je aku tau padahal aku x tau. Orang kata serr tu maksudnya x puas hati. Atau geram. Entah la. Yang aku tau ialah Sir tapi maksudnya tuan. Serr, aku tak faham. Tapi kebelakangan ni aku suka cakap perkataan tuh.

Serr.

Trip To Indonesia

No. Tak sia-sia aku pi sana. Banyak barang yg aku beli. Cuma ada satu barang aku tak tau kenapa aku beli. Mainan ular pusing2 kat batang. Entah la. Aku rasa cool kot?

Aku kena ponteng kelas hari Jumaat mase exam [Aku baru dapat tau takde sapa pun perasan aku tak mai skolah] sebab ada flight pukul 10 nak pergi jakarta. Aku pun batak se-batak2-nya sebab aku lama tak naik flight. Aku rasa the last time masa aku masih under age [Skrg pun under age]. So, dalam aku dok seronok pasal nak naik flight, adik aku plak nak pi tandas. So,aku bawak la dia pi. Tiba2 ntah apa yang jadi, aku tiba2 bersahabat baik ngan Mak cik dalam tandas. Dia siap bagi aku pegang Phone dia. Wau. NOKIA.

Bila keluar tandas, mak aku pulak dah dapat 2 teman baru [Bapak aku tak termasuk sbb bapak aku dah pi Bandung terlebih dahulu]. Mungkin org indon ni mesra kot.

Anyway, bila dah sampai Jakarta, Kami disambut oleh 2 org lelaki. Sorang sepupu aku dan sorang driver bakal isteri dia [Kat sana panggil Supir kot?]. Aku ingatkan driver tuhh syok sendiri je dok lambai2 kat kami. Aku baru nak kata kat mak aku "Ibu bagi je la duit sikit kat dia. Dia dah penat lambai." Nasib baik ayat tuh tak keluar. "Haha". Aku gelak seorang diri.

Sampai2 kat rumah kakak kepada Dona [Tunang sepupu aku] aku tergejut bak Gorilla tgk muka dia sendiri kat cermin. Mengapa? Sebab rumah dia besar bagai rumah Jennifer Lopez. Tak, aku tak penah masuk rumah J.Lo. Saja je nak bagi impak.

Esoknya, Tunang aku. Eh, sepupu aku pun tunang ngan Dona tuhh. Depa buat majlis pertunangan macam buat Majlis Perpisahan Cikgu Zainab pengetua sekolah aku. Budak2 beratur panjang takde la cuma ada kareoke. Salah sorang yang nyanyi ialah mak aku. Dia nyanyi lagu "cindai". Aku ada gak nyanyi backup "Oh,sayang". Memalukan.

Pi bandung mengambil masa 2 jam dari Jakarta. Tak lah terseksa sangat duduk dalam kereta. Kat sana kami pi macam2 tempat dan yg paling penting, SHOPPING. Aku tak shopping sangat pun. Cuma mak aku bertukar menjadi Shrek setelah melihat beg2 yg dijual dalam Factory Outlet. Hasilnya: dia beli 5 beg dan tak mau beli beg kat aku sebab beg yg aku pilih x cantik.

Kami balik beberapa beg kemudian. Eh, beberapa hari kemudian.
Kemudian pi KL. Sambut birthday 7 orang:

1. Nur Izni Suhaimi - 23 march
2. Nur Ikhlas Suhaimi - 31 March
3. Nur Ilham Suhaimi - 22 March
4. Salman Husni Abdollah - Aku tak ingat, tapi march jugak
5. Aminuddin Abdollah - March apa ntah
6. Iffat Abdul Latif - 23 march [yes, sama ngan aku]
7. Mundzir Abdul Latif - 19 March

Ya, birthday aku dekat2 ngan adik aku. Sepupu2 aku tuh cuma kebetulan mak dia nak beranak dia bulan March jugak.

Selepas tuh, Shah Alam. Tengok Alice in Wonderland. Tak best. In fact. Macam bengong. Johnny Depp pakai mekap banyak pastu menari nari macam orang high ubat batuk. Alice pulak macam takde keje pi masuk lubang arnab tuh. Mungkin dia rasa cambest untuk terjun dalam lubang dalam nak tengok dia mati ke tak lepas tuh. Apa pun, aku rasa kecewa pi tengok cerita tuh. Lebih baik aku sembang ngan kakak yang jaga Spek mata 3D kat luar panggung tuh.

Teeheee :]

Saturday, March 6, 2010

Aku pun nk ckp pasal majlis interaksi

So, majlis interaksi x brapa best sangat. Aku pi ngan mak aku. And kami pi tengok ramalan utk spm. Aku agak tergejut. Ingatkan aku akan dpt lagi teruk drpd tuh. Ada jugak A. :)

Pastu lepas mak aku ckp ngan cikgu Iliani, dia balik. Tinggai aku sorg2 baca ikrar apa ntah. Pastu mcm ada sesi utk ceramah. Aku x pi dengaq, instead, aku pi turun bawah dgn Qis and Aqilah pi dengaq lagu Glee dari phone Aqilah. Qis pulak dok send message kat Gan melalui phone aku supaya Gan ingat aku yg hantaq tapi itu bukan the truth. Haha.

Yes! Aku dh tgk 1 season of Glee! Thank you Aqiqi! :P

Thursday, March 4, 2010

Hari ni aku tak jatuh.

In fact, aku lama dah tak jatuh *gasp*. Bukannya maksud aku suka jatuh cuma, kebelakangan ni aku x berapa jatuh dah. Weeeeee. Tadi ada rehearsal utk Majlis Interaksi. Majlis interaksi tu hanyalah majlis yang membazir wang, masa, dan tenaga sebab akujanji yg bdak2 tu ckp bukannya betul pun. Depa buat sbb dipaksa oleh cikgu. Hahha. Just kidding [But seriously]. Bukannya aku marah or anything, cuma aku plan nak pi tae kwon do hari sabtu nih. *sigh*.

Oh ya, tadi aku lupa nak bawak semua buku bio. Okay, that was random. Lalala. Nanti, 25 march to be exact, aku akan bedah tikus! Sekarang aku x payah dah jeles2 kat Syafiq sbb dia dapat bedah tikus. Aku baru find out yg satu tikus berharga RM18. Tu dia aih. Mahaii. Bukan eventually kita nak bunuh dia ka?

Cuti ni aku nk pi Indon. Sepupu aku nak tunang ngan org dari Jakarta. Yeyey. Bleh aku shopping2 sikit.

*fun fact of the day: Pn. Au kata "Groin" is the private part. Nuriman kata "Memang la. Sebab tu depan dia ada GRO." Hahha. Faham x? Tak faham pun buat la macam anda faham.