Sekarang, banyak orang melayan aku dengan baik. Aku sayang semua orang. Terima kasih semua. Aku tahu kebelakangan ni aku emo, asyik dengar lagu Estrella dan Sugar Ray pastu nangis-nangis. Tak, aku tak dengar lagu rock untuk melepaskan tension. Aku lebih suka dengar lagu yang membawa maksud yang mendalam. Bukan macam lirik lagu Bruno mars (Sorry Dylan). Tapi lagu-lagu yang sesuai dengan liriknya, dan membawa maksud yang sangat mendalam sehingga menusuk kalbu. Itu jenis lagu yang aku suka.
Yang pentingnya, aku sudah stabil sekarang. And do me a favor, jangan sesekali tanya aku apa perasaan aku. Aku takut aku akan teringat semula dan akan menangis balik. Cuma, bila nampak aku, sila senyum. Nescaya aku akan gembira dan anda pun akan happy.
.......
Aku rasa aku seorang yang lawak. Percaya tak, aku boleh membuat orang ketawa tanpa berkata apa-apa. Wahh bangga gila.
......
Aku rasa semakin konfiden menggunakan nasihat seseorang yang mengatakan kalau tak nak kena rompak, kita kena berpakaian seperti penjenayah. Aku rasa seperti gangster sejati. Gangster sebenar pun takut dengan aku.
......
Aku bercita-cita tinggi tadi petang. Kononnya nak jogging. Cari seluar jogging; hilang. Cari tudung; tudung tak basuh lagi. Akhirnya aku jatuh tersungkur atas katil mak aku tanpa sedar selama beberapa jam aka tidur. Nampak sangat la aku takkan ada gaya hidup sihat kalau macam ni setiap hari.
.....
Kat sekolah. Masa balik. Turun tangga. Dengar Tau Wern gelak. Takut dan rasa kelakar jugak. Pusing. Nampak Tau Wern dan Cikgu Iliani bergelak ketawa. Dah sah laki ni tak da life.
......
What's the deal with this iPhone app yang kononnya detect the acceleration of your car and buat bunyi-bunyi kereta? Aku tak rasa cool pun. Kenapa lah budak-budak lelaki asyik make a big deal out of it? (jangan jawab)
....
Keadaan dah berubah. Bukan aku sahaja suka memperhatikan orang. Ada orang suka memperhatikan aku. Serius. Aku tak perasan cun.