Just in case they're wondering
They've got us pinned terribly
They don't believe our love is real
Cause they don't know how real love feels
You should know it's true
Just now, the part about my love for you
And how my heart's about burst
Into a thousand pieces
Oh it must be true
And They'll believe us too soon
Baby, it's fact
Our love is true
The word black is black
And blue is just blue
My love is true
It's a matter of fact
Oh, and you love me too
It's as simple as that
Baby, our love is true
They may say some awful things
But there's no point in listening
Your words are the only words
That I believe in afterwards.
Friday, October 30, 2009
Wednesday, October 28, 2009
Okay. Exam dah habis. Esok, lepas sivik kita nak partayy. Wohooo. Kebanyakan org x dak. Kami akan conquer the class. Syam ajak aku sleepover [Syam merupakan seorg perempuan]. Aku pun kata la okay. Hari Jumaat yg sama aku kena pi KL. Kena tgk tok aku. Tapi sempat la balik utk sleepover.
Okayh. Nanti aku akan tulis all the information. Skrg aku nak layan my sayang.
Thursday, October 22, 2009
What the?!!
Add maths sucked. Hard. Bayangkan, out of 20 questions, buat 4 je soalan betul2. *sigh*
Ni baru je ckp pasal add maths. X ckp lagi pasal bio, chem, physics, dan mcm2 yg teruk lagi. Bio aku hantam mcm org gila [imagine mad scientist yg gelak hysterically]. Aku rasa sebab tu kot cikgu asyik dok tengok aku dgn air muka yg pelik.
Okayla, korang mesti rasa bosan baca suma benda pasal exam. Tukar topik. Lepas exam, aku nak buat mcm2 benda. Aku nak lepak2 kat usm sorang n enjoy the scenery. Aku nak pi Gurney ngan erli. Aku nak jahit something. Aku nak pi tgk "New Moon" dgn Adila and erli and the gang. Aku nak jalan2 selalu. Aku nak buat kerja amal dgn syamim, projek warga. Aku nak guling2 atas rumput yang hijau. Aku nak terbang. Wahhh, banyaknye benda yg aku nak buat.
Ok bubye. Aku nak pi study utk exam.
Saturday, October 17, 2009
Jatuh cinta lagi
Sayang ku.. Aku cinta padamu. Aku akan sentiasa ingat padamu. Segala onak dan duri kita lalui bersama. Walaupun keluarga ku x merestui hubungan kita, hubungan kita masih teguh. Ada banyak org jeles. Ada banyak org marah. Aku x kisah. Hanya dikau sahaja di hatiku..
Oh kasut wedges hitamku. Aku sayang padamu.
Thursday, October 15, 2009
Open house Partibhan
So, smlm aku nk pi rmh Partibhan tapi xde transport sbb mak bapak malas nak hantaq so i decided to ikut Aziz. Sampai2 sana, nmpk Li Ean, Gaik Sim ngan Mathu. Mathu pakai baju orange gila sampai silau teroih mata orang. Hahha. N then aku ngan Aziz masuk la rumah Partibhan. Masuk2 aunty Parthiban suruh kami duduk. Respect gila kat dia sbb cakap loghat penang gilaa. X sangka org india pun ade yg ckp loghat Penang.
Eureka dgn Lisa bdk Belgium tu tgh makan kat meja so Burn [Partibhan] pun suruh la kita mkn kuih2 dulu. Semua kuih mak dia buat. Agak best la. N then tiba2 Gaik Sim ckp "Izni, let's be vain!" and then I said "Vain? What Vain?" n then Mathu ckp "Tu laa, First2 I pun x faham apa yg die ckp." pastu Gaik Sim cakap "Lets take pictures. Vain ones" pastu baru aku faham yg dia nak tgkap gambaq yg gila2 dan gedik2 dgn aku. Pastu aku pun ckp la "Okay."
Masa kami tangkap gambaq, Erli pun mai. Masa tu Li Ean dok tangkap gambaq Gaik Sim yg tgh tangkap gambaq Aziz punya butt [Faham x?]. Nasib baik Erli x nmpk apa yg berlaku. Kami pun gelak. Kami dok setia menanti KP mai. Tapi KP x mai. Sedih betul.
Lepas erli, yang mai ialah Joel, Mr Lee [Cikgu chemistry yg buat paper chem yg sgt susah] and oh, bapak Joel pun mai.
Mak partibhan baik je. Ntah dari mana dia warisi kekotoran fikirannya [Dirty Minded]. Makanan suma sedap2 n aku nak ckp "thanks for inviting me, Burn". Lepas tu kami tangkap gambaq lagi. Of course.
Friday, October 9, 2009
I feel so down
When I went in this clothes store, I just realised ONE thing. One thing that makes me so down I almost cried. I think you know what it is... But finally I decided to go to another store. A store that appreciates me, that is.
Okay lah, another story. Hari tu ada org tanya aku "Hang couple dgn sapa??".
Just to make things clear, aku x couple dgn sapa2. Jangan salah faham kalau aku rpt dgn lelaki sbb sometimes I tend to get close with guys. Biasa la. Kawan. No strings attached.
Note: I don't have a boyfriend. But I have boy friends. A lot of them.
Thursday, October 8, 2009
Monday, October 5, 2009
Aku tau la aku membosankan
Kenapa kau masih berkawan dgn aku? Bukan ke kau yg cakap yg aku ni bosan? Dah la dgn x cukup panggil org pendek. Kau ingat kau tu tinggi sangat ke?? Pi bela la. Bela kucing ke, anjing ke. Bela b*bi hutan pun x pa. Aku memang geram gila dgn kau! Kau asyik dok ckp mcm tu padahal kau pun bukannya bagus sangat pun. Muka pun mcm plastik. At least aku ni x fake okay?
Aku tau la kau ni pandai. X payah nak menunjuk la. Semua org tau. Nampak sangat kau tak ikhlas berkawan dgn aku. Apsal kau x ckp je yg kau benci aku. Aku tau la kadang2 aku ni annoying. Kadang2 aku cakap kuat sangat. Kadang2 aku bossy. Tapi aku dh cuba sedaya upaya utk jadi sebaik yg mungkin. Semua org x sempurna okay?
Berani kau ckp benda buruk2 kat belakang aku? Kalau aku sepak kau sure kau dh melayang. Depan aku, fuyoh pandainyaaaa berlakon. Buat2 baik padahal kat belakang aku kau ckp bukan2. Aku budak baik tau. Gossip yg kau sebarkan tu sure org tak percaya. Aku rasa kau ni x cukup matang la. Anak jiran aku yg baru 1 tahun tu lagi matang drpd kau. Dia lagi appreciate aku. Bukan mcm kau. Kalau boleh, aku nak tumbuk muka kau tapi aku terlalu sopan utk berbuat begitu. Nanti banyak org tgk.
Kalau kau benci aku, kenapa tak cakap je??
Tuesday, September 29, 2009
Suatu kisah
Aku nak bgtau korang suma pasal satu kisah nih. Silalah korg baca kalau korg larat. Cerita ni pasal seorg perempuan obses dgn seorang lelaki.
*Nama telah ditukar bagi tujuan2 tertentu
Michelle* adalah seorang budak perempuan yg masih dlm sekolah menengah. Dia merupakan seorang pelajar form 2. Dia seorang yang agak pemalu. Tetapi, dia mempunyai ramai rakan2. Pada suatu hari, dia datang ke sekolah awal. Sementara menunggu kawan2nya datang, dia duduk di tepi tangga blok seperti yg biasanya kerana mereka selalu duduk di sana sehingga loceng bunyi. Tiba-tiba, dia ternampak seorang lelaki. Lelaki itu, bagi dia nampak smart dan dia pun terjatuh cinta pandang pertama walaupun tidak mengenali lelaki itu. Dia ingin mengenali lelaki tersebut. Dia lihat pada name tag lelaki tsb. Lelaki tersebut bernama Michael* dan memakai name tag berwarna merah yang bermaksud jejaka tersebut merupakan seorang pelajar tingkatan 4.
Kebetulannya, pada masa rehat Michelle perlu bertugas di tangga blok kelas Michael [Michelle seorang pengawas]. Dia rasa happy sangat sebab dapat melihat muka lelaki itu dengan lebih lanjutnya. Selepas beberapa minggu, Michelle selalu curi2 tengok muka Michael.
Tetapi, yang sedihnya. Ada suatu masa tu, Michael tak datang sekolah sampai hampir 2 bulan. Michelle selalu sedih. Dia pelik sikit sebab masa tu dia hanya suka kat Michael walaupun Michael tu tak kenal pun Michelle ni siapa. Michael datang balik sekolah masa hari pengetua sekolahnya nak bertukar sekolah.
Michelle masih suka dekat Michael masa dia form 3. Dia dah jadi mcm stalker dah pada tahap ni. Setiap kali masa KH, Michelle selalu jalan depan perpustakaan sebab Michael selalu guna jalan tu utk ke tandas. Dipendekkan cerita, sampai last pun Michael x tau yg ada perempuan form 3 suka kat dia.
Bila Michelle tingkatan 4, rasa suka kat Michael dah semakin berkurangan. Sejak dia x nmpk Michael masa nak ambil result SPM, dia dah tak suka dah. Kini Michelle dh tak jadi stalker dah.
Pening kepala x baca??
Wednesday, September 23, 2009
Tiba-tiba rasa excited.
Raya ni x banyak kazen yg balik tapi aku rasa excited sampai x boleh tidoq [Ataupun aku x bleh tidoq sebab ade cicak gemuk berumahtangga di dalam bilik aku]. *Melompat**Terjatuh**Melompat balik**Terhantuk pintu**Pengsan*
Maybe sebab sepupu aku semua satu kepala dengan aku.
Cantik tak?? Inilah permandangan kat tepi sawah. Aku kena jalan dari rumah nenek aku untuk sampai kat sini. Bayangkan aku pakai baju kurung dengan kasut wedges dengan kazen aku jalan mai sini semata-mata nak main mercun papan yg diletak dalam air. Best oh bila dia meletup sebab air percik merata-rata.
To-do list masa raya:
- Kutip duit raya sampai lebih drpd 3 ratus.
- Ziarah kubur tok ayah, nenek dan maksu
- Lawan mercun dengan jiran sebelah rumah nenek
- Tangkap gamba dengan kazenz
- Makan banyak kuih raya
- Spend duit raya [in a good way]
- Cuba jangan jatuh banyak sangat bila lompat bila dapat duit raya bila beraya rumah orang bila depa buat open house bila raya.
Wednesday, September 16, 2009
Kadang-kadang aku bleh jadi emo
Hari ni aku buat emo. Aku sedih pasal budak2 nih. Walaupun depa x buat papa kat aku.. Impaknya besaq sangat utk aku. Lepas rehat, aku dh mcm x nak layan org je. Aku rasa mcm nak tumbuk semua org je. Sebab aku takut aku akan tumbuk org betul2, aku pun duduk diam buat kerja ataupun cuba utk tidur waktu sejarah.
Tapi lepas sejarah, mood aku lifted sikit. Thanks to Fauzan. Kami dok main game pusing roda impian. Waktu tuh aku mmg x leh sedih dah sbb lawak sangat2 pastuh ditambah dgn kehadiran org2 yg tidak dijemput.
Lepas tu kita kna pi chem, aku x sangka aku actually pay attention [walaupun sikit] kat cikgu. Bleh la jugak faham apa yg dia ajaq. Adegan paling lawak lagi melawakkan, kami dok cari lirik lagu raya. Huhu melalot.
Masa balik aku kena pi meeting [Chehh, mcm org hebat2 je]. Meeting pengawas la. Aku x sangka meeting akan menjadi se-syok ni.
So, basicly, hari ni best dan x best. So, you get the picture.
Sunday, September 13, 2009
Aku memang random.
Hari ini aku tidak tahu mood aku apa. Asyik bergaduh dgn adik. Bagi adik nangis [Sebab pi ketuk kepala dia dgn bantal ladybug]. Mak aku ajak pi beli baju raya [Again]. Aku tidak ikut. Dekat pet society, aku dpt notification bahawa ada orang bagi aku hadiah. Aku pun punya la seronok, aku pun bukak la PS [Pet society]. Tengok2, die bagi sayur. Mungkin nak perli. Hahah. Aku x kisah hadiah apa. Just aku kisah yang ada orang nak jugak bagi aku hadiah.
Aku happy hari tu sebab Izzad mention aku dlm blog dia. *Melompat sampai terjatuh*
Watak dan Perwatakan Izzad [Dari sudut pandangan aku]:
- Aku x berapa kenal dia sangat sbb baru kenal this year walaupun last year kelas agama sama. [Sama mcm acap. Aku baru kenal acap this year tapi waktu tadika dan form 2 kami kelas yg sama]
- First impression aku tentang izzad: "Ohh, dia ni BF Asma... Awat aku x kenal?"
- Izzad suka main Mafia Wars.
- Izzad suka cupcake aku.
- Izzad x pernah tidur dlm kelas n slalu pay attention kat cikgu.
- Every day is bad hair day. [JK]
- Dia pandai.
Aku juga nak congratulate Abg Munzdir n Kak Ayesha. [Kalau dh sarung cincin maksudnya tunang ke??]. Aku juga ingin mengatakan di sini bahawa pokok yang tumbuh luar bilik aku semakin besar tapi aku dah x takut kat dia. Kepada Syafiq, post kau tentang lipas tu lawak gila tahap terjun bangunan. I feel that same way too tapi aku x sangka kau berani pegang katak[?!]. Aku takut sangat dengan katak tapi katak suka datang kat aku. Itulah akibatnya asyik membenci katak. Eh, tapi aku bukan benci tapi aku geli dgn katak. Ada satu katak tu approach aku semasa aku baru sampai skolah. Mata kami saling berpandangan. Aku takut tapi aku buat cool ja sebab Syamim ada kat depan and dok gelak kat aku. At least, munasabah jugak la ketakutan aku tu. Ada orang tu takut dengan kucing. Nampak je kucing, panjat atas kerusi.
Kehidupan aku kat skolah semakin baik. Aku dh dapat ramai kawan. Kalau nak dibandingkan dgn waktu skolah rendah dulu, aku mmg hidup keseorangan. Kalau x disebabkan oleh Syamim, aku mungkin x dak kawan sampai skrg. Aku mungkin akan jadi gila and jadi perempuan tua yang lonely yg bela banyak kucing. Oleh sebab itu, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Syamim.
Subscribe to:
Posts (Atom)