Sebermula, tersebutlah kisah tentang seorang gadis yang bernama Izni The Turtle (Bukan nama sebenar) yang tidak pernah menyertai acara kawad kaki pada hari sukan. Pada mulanya, si gadis menyertainya hanya untuk berseronok. Little did she know, kawad kaki amat memenatkan dan memerlukan kasut yang boleh diharap. Seekor raksasa bernama Adrian telah memaksanya kawad kaki di bawah panas terik sehingga kulitnya semakin gelap. Namun, sebaik sahaja menyeksanya berkali-kali di bawah sinaran matahari yang membekalkan vitamin D, Adrian tetap akan membelanja semua orang yang terlibat meminum air hikmat "Air sirap campur Oren". Menurut orang, air itu dapat membekalkan keserian wajah dan menambah ke-oren-an muka seseorang. Tapi apabila Izni minum, mukanya bertukar kepada warna merah jambu.
Setelah berhari-hari berlatih, akhirnya harinya sudah tiba. "Temasya Olahraga Tahunan Ke-10 SMKBJ".
Pada pagi itu, Izni telah membawa adiknya kerana beliau ingin merakamkan upacara sukan itu dengan kameranya namun terpaksa melibatkan diri dalam kawad kaki. Izni sangat sedih. Banyak orang suka melihat kepada adiknya yang cun atau lawa. Izni hanyalah sekadar bola berbaju hitam.
Kerana tidak ingin mendengar ceramah panjang daripada pengetua atau VIP, Izni telah menyeludup Mp3 ke dalam bajunya. Semasa dia sedang kawad kaki, dia telah mendengar lagu "Pagi yang Gelap" oleh Hujan. Kebetulan, pagi itu memang gelap. Oleh itu, sesiapa yang ternampak izni sedang senyum seperti lagaknya orang gila tidak faham bahawa dia sedang senyum kerana lagu itu bukannya kerana seluar Azwan terlondeh.
Hari itu memang indah. Izni telah menjadi jakun pada hari itu kerana dia tidak pernah mengalami hari sukan di stadium USM. Izni juga ternampak lelaki itu dan menangkap gambarnya dari jauh. Izni tidak berminat padanya lagi kerana menurut ibu izni, lelaki itu sangat pengotor dan tidak harus dijadikan lelaki untuk diminati. Ibu izni juga rasa "digusted" dgn lelaki itu.
Terdapat suatu kejadian aneh yang berlaku, Izni sedang mencari khemah Rumah Syahbandar kerana ingin memakan bihun tetapi khemah itu selalu hilang. Setelah lama mencari, akhirnya izni dapat berjumpa dengan Mathu dengan bihun-bihunnya. Muka izni penuh dengan harapan. Bingo!
Setelah tamatnya hari sukan, Izni dan sahabatnya telah pergi ke Restoran Subaidah dengan berjalan kaki untuk menambahkan kegemukan. Terdapat lelaki-lelaki gedik menaiki motor ke sana dan meninggalkan kami, kaum perempuan, berjalan kaki ke sana. Setelah makan, terdapat satu adegan menarik apabila salah satu lelaki gedik itu cuba menendang botol tetapi sebaliknya terjatuh kerana lantai licin kerana pada masa itu sedang hujan. Kami pun ketawa terbahak-bahak melihatnya. Mcm ni "HAHAHA".
Hari itu dipenuhi dengan gelak ketawa kami sambil ditemani renyai hujan.
3 comments:
HAHA !
adrian raksasa, seluar azwan terlondeh. =))
eugene & zafril tak dak ?
bru la complete kann. xD
Haha Azwan mmg slalu sluaq dia tlondeh sbb dia kurus sangat..
:P
ahaha,
kesian gilaa
;D
Post a Comment