Pagi itu aku bangun dengan gembira. Wahh aku dah bergelar siswi. Tak sangka aku dah besar. Dari Shah Alam aku dan keluarga bertolak dari awal pagi. Bukan saja satu keluarga tapi tiga. Aku tak tahu kenapa, orang lain pun masuk U jugak. Tapi mereka sangat bersemangat untuk menghantar aku.
 |
| Kad pelajar sementara |
Akhirnya sampai di Melaka. Jauhnya Uitm! Ahhh sedih sebab duduk jauh dari kota tapi terfikir juga yang perkara ni baik untuk aku. Lebih baik aku study rajin-rajin di tempat sunyi ni.
Aku pun pergi daftar. Hmm nama kolej aku Tun Fatimah. Bilik 2303. Number ni macam aku kenal. Hey, sama dengan birthday aku! 23 march. That's cool. Selepas daftar kami terus ke kolej. Tak sabar nak tengok bilik yang bakal aku diami. Bilik aku rupanya di tingkat tiga. Sangat tinggi. Lelah nak daki ke atas.
Sebelum naik, aku dan adik ternampak seorang perempuan yang sangat cool menggalas beg perang dan memakai selendang. Adik aku terus berkata "OMG akak kena kawan dengan dia! Dia cool gila!". Adik aku memang suka buat keputusan macam ni.
Naik-naik atas, aku disambut oleh seorang yang sangat peramah. Terlalu peramah. Namanya Anis Faezah. Asal dari Langkawi. Nampak sangat orang utara berdasarkan loghat yang pekat itu. Anis mengesyorkan tilam yang bagus untuk aku supaya aku dapat tidur dengan selesa.
 |
| Anis yang sangat happy |
Di sebalik katil terdapat seorang gadis yang sangat pemalu. Senyap je lipat kain baju masuk dalam almari. Aii malu-malu hamster plak? Orang itu ialah Nurul Amalina aka Amal, roommate slash soon-to-be bestfriend.
 |
| Amalina dan aku |
Yang terakhir masuk ke pintu bilik ialah Echa. Tengok-tengok dialah perempuan yang cool tadi. Adik aku ternampak dia terus berbisik dekat aku "OMG akak tu perempuan tadi yang cool tuh! Make sure akak kawan dengan dia." Adik aku ni memang macam ni.
 |
| Aisyah Razak aka Echa |
Lepas dah punggah barang ke dalam almari, mak aku mengajak aku makan. Kami makan di pekan Alor Gajah. Selepas makan kami ke kedai runcit sebab nak beli barang lagi. To make things more awkward, Amal ada disitu jugak. Kami pun senyum secara janggal terhadap satu sama lain.
Inilah kenangan yang dapat aku simpan. Hanya untuk aku ingati.
No comments:
Post a Comment