Friday, September 7, 2012

Aku maha. Mahasiswi.

Start je 1 haribulan 9 aku dah bergelar mahasiswi USM. Aku tak sangka, saat yang aku tunggu dah finally sampai. Alhamdulillah. Kalau dulu aku tengok USM macam biasa ja, sekarang aku lihat dari perspektif lain. Sebab sekarang aku mahasiswi. Bukan lagi anak staff, bukan lagi pelajar SPM yang nak pergi teknik menjawab soalan, bukan lagi orang biasa yang masuk USM untuk pergi ke bank atau masjid untuk sembahyang raya. Kali ini aku masuk sebagai pelajar.

Kenapa aku pilih USM? (Cewah, soalan yang ditanya oleh interviewer medsi)


  1. USM adalah universiti APEX. Number one dalam Malaysia.
  2. Aku nak mengikut jejak langkah ayah dan datuk aku yang banyak menyumbang dalam USM. Datuk aku sampai dianugerahkan status Professor Emeritus oleh pihak USM.
  3. USM paling dekat dengan rumah.
Hari first orientasi aku daftar dikelilingi oleh banyak senyuman. Damn pendaftaran usm memang cepat gila. Congrats usm, hanya ambil 2 minit sahaja untuk daftar. Secara ringkas, orientasi USM paling aku suka sebab dia banyak bagi masa lapang. Annddddd tak ada yang marah-marah menggila sebab jalan lambat (macam U yg aku masuk before nih). Semua senior respect kami, dan kami respect mereka.

Sapa ntah cat muka aku. Punya la comot. 
Cheer untuk desasiswa Indah Kembara. Aku sanggup cat muka. TAPI siapa yang cat sampai kena tudung akuuuu. Grrrrrr. By the way, aku pakai baju TESL. Hehe.

Dalam degree ni rasanya orang yang batch sama dengan aku paling muda. Yang lain umur 20, 21, 22 dll. Yay finally jadi muda balik.

Apa-apa pun aku harap aku akan beri yang terbaik dalam studies. InsyaAllah.

Striving for excellence! :) 

1 comment:

Aliya K said...

Like izni pakai baju TESL asasi! hehe.
Good luck Izni! :D