Wednesday, November 7, 2012

How I Met Afiqah

Macam mana aku boleh berkawan dengan budak yang paling ayu dalam kampus? Semua orang mesti tertanya-tanya.

Semuanya bermula pada suatu malam, Afiqah pergi bilik ke bilik, meminta berus gigi. Ya, berus gigi. Kenapa? Sebab berus giginya telah dijilat oleh sebatang kucing yang hinggap di biliknya. Tanpa sebarang amaran, kucing itu telah mencabul kehormatan berus gigi tersayang.

Aku rasa sangat kasihan atas pemergian berus gigi itu, tapi apakan daya. Aku cuma ada satu berus gigi. Tetapi selepas detik itu, aku ber-determined untuk menjadi kawan dia (tiba-tiba). Selalunya aku akan masuk bilik dia sebab satu lagi kawan baik aku, Neng.

*iklan jap*

Neng, adalah manusia yang luarbiasa. Pengetahuan amnya sangat luas dan dia suka benda pelik yang aku suka. Dari saat pertama kami bersua muka, kami tahu kami akan bersahabat baik selamanya. Antara aktiviti kami termasuklah: Berjalan seperti itik semasa melintas jalan, mengagungkan Nutella kerana ia adalah penjamin hidup aman sejati abadi, menonton cerita "Rio" berulang kali dan melakonkannya adegan-adegan dalam movie itu dari semasa ke semasa untuk merimaskan orang lain. Oh ya kami juga bercakap dalam bahasa "tumblr" yang hanya boleh difahami oleh orang-orang tertentu sahaja. 

*iklan habis*

Sem satu berakhir. Masih tak rapat. Maka mulalah sem dua di alam tesl lendu. Aku diletakkan di dalam kelas yang sama dengan beliau. Dalam masa beberapa hari (atau minggu, aku tak ingat) Afiqah memperoleh kereta CRV yang penuh dengan swag dan attitude. Aku dapat mesej "Izni, nak tak pi kelas naik kereta sekali?". Tiba-tiba rasa indah dalam hati. Seolah-olah dilamar oleh anak raja untuk menjadi isteri keempatnya (lolwut?). Aku terus menjawab "I do" serta merta. 

Sepurnama kemudian, kami menjadi rakan handal dan banyak meluangkan masa pergi ke car wash dan kedai makan. Semakin lama semakin sayang (ececece ayat tak tahan). Kami juga mengasaskan kumpulan "Geng Makan" di mana Afiqah akan membawa kereta dan kami (aku dan 3 orang lagi) akan makan di pelbagai tempat yang boleh anda bayangkan. Memang dasatt.

Banyak lagi yang berlaku. Dah rapat lah kan? Tak kan boleh rapat lagi? WRONG.

Kami dapat tahu ayah kami saling berkawan. Dan ayah dia adalah senior kepada mak aku. Ok itu memang perfect.

Thanks Afiqah sebab sanggup kawan dengan insan bengong seperti aku ni. Huhuuuu terharu ada orang nak kawan dengan aku T______T

Love you my bebs :) 

2 comments:

Asphodel Walnut said...

HAHA OH MY GOD ALL OF THEM ARE TRUE AND I CAN'T BELIEVE YOU MENTION MY NAME ON YOUR BLAWG HIKS HIKS OH MY GOD GIRLFRIEND, I MISS YOU SO MUCH XOXO

Izzy said...

OPKOS BEBEH I MISS YOU TOOO!
XOXOOOOOO