Wednesday, March 23, 2011

It's my birthday and I cry if i want to. You would cry too if it happen to you.

23 Mac 2011. Tarikh aku mendapat keputusan SPM. Tarikh lahir aku.

Tepat jam 12.00 pagi yang menandakan 23 mac 2011, kawan baik aku sms aku, ucap Happy Birthday. aku macam whoaaaa sebab tepat sangat-sangat mesej dia tu. Aku pun ucap Happy Birthday kat diri aku sendiri.

Lepas itu banyak la mesej dari kawan-kawan rapat aku. Aku memang tak mengharapkan banyak sms pun sebab aku hide birthday aku kat Facebook. Cuma memang harap "seseorang" itu akan ucap. Tapi hampa. Aku tidur pukul 4 ingatkan dia nak sms or anything.

Aku bangun pukul 6.55. Bangun, sembahyang, dan berdoa agar dapat result yang cemerlang. Aku bersiap, pakai baju kurung dan tanpa sedar aku dah tertidur atas sofa. Kemudian mak aku call kata nak ambil aku pergi tengok results.

Dalam perjalanan ke sekolah, aku dapat satu panggilan. Panggilan daripada mak long aku yang mengatakan bahawa dia dan tok dah sampai sekolah. Omaigod aku siyes nak pengsan kat situ jugakkkkkk. My is my grandma there?? Ahhh tension. Sampai-sampai sekolah, nampak kereta mak long balik. Fuhhhh. Lega. Takut tau. Banyak orang mengharapkan aku mendapat keputusan cemerlang.

Sekolah banyak berubah. Aku nampak budak-budak kecik yang dulunya aku jaga (aku mantan pengawas), dulu punya la comel dan suka lari-lari kat tangga. Sekarang tengok balik, fuyooo dah jadi gengster dengan seluar londeh yang kononnya cool. Biarkanlah.

Jumpa kawan-kawan balik :) Sembang-sembang sikit sebelum ambil results. Tiba-tiba *panahan kilat* aku dipeluk oleh sekumpulan gadis periang sambil lompat-lompat. Wauuu aku terharu. Nabilah and the geng datang. Semua kata nak teman aku ambil results kalau aku takut sangat.

Kemudian aku diserang daripada belakang. Diserang bahagian hadapan. Aku diserang secara gerila! Geng budak form 2 datang lompat-lompat atas aku (ceh tak da la, aku melawak. Tapi rasa macam tu). Semua dok "kak izni!". Finally, in my life, I feel popular. Rasa macam artis pun ada. Nabilah nak tangkap gambar tapi polisi sekolah kata kamera tak boleh bawak pergi sekolah.

Tengok muka cikgu rasa macam "Eh, apasal cikgu tengok aku dengan muka penuh berharapan?" Aku takut gila-gila. Tapi ambil jugak lah file tu. Tak tengok dalam. Ucap selamat tinggal kat semua orang dan masuk kereta. Tengok dalam file.

Alhamdullilah, memuaskan.

Pergi sekolah ibu, ibu kena uruskan pelajar dia pulak kan. Aku awkwardly berdiri kat situ sambil dia cakap dengan student dia. Salah satu aku kenal, dia mai macam nak cari gaduh dengan aku.

"Jangan berdolak dalih lagi, Izni. Bagitau la"

Aku tipu dia kata aku tak tengok dalam file tu. Sebenarnya aku tipu semua orang yang tanya. Buat dosa plak minah ni (aku merujuk kepada diri aku. jangan perasan).

Masuk dalam pejabat ibu dan buat perkara yang aku memang pro - menangis. Aku menangis bukan sebab apa. Aku cuma teringat kat seseorang yang tiada di sini untuk nak kongsi kegembiraan. Teringat muka dia masa ambil keputusan PMR. Dia yang ambil untuk aku dengan muka yang sangat gembira. Aku yang tak gembira. Dia cuba untuk menggembirakan aku. Masa PMR, aku nangis sampai beberapa minggu. Dah la, masa silam.

Petang tu kawan-kawan aku datang rumah. Kami semua makan-makan. Apa lagi kan? Makan je kerja kami. Malam tu pun makan lagi.

Walaupun dengan kehadiran mereka, aku rasa keseorangan. Entah la kenapa.

Malam tu aku tunggu. "Seseorang" tu masih tak ucap. Ahhhh aku ni suka memperbesarkan perkara yang kecil. Memang kecil sangat. Tapi aku tak kisah orang lain tak ucap. Aku tak kisah kawan-kawan aku yang lain tak ucap. Aku cuma nak dia ucap. Aku nak dia kata "Happy Birthday" atau "Selamat hari jadi" atau sms aku atau tulis kat facebook. Tapi dia tak ucap.

Memanglah dia kata dia tak lupa hari jadi aku. Dia kata ada plan la or whatever la. Sebab tu dia tak ucap. Tapi sepanjang hari tu aku tak nampak pun "plan" dia. Dan dia masih tak ucap.

23.3.2011 pun bertukar kepada 24.3.2011.

Aku menyesal sebab terlambat ucap masa hari jadi dia.

1 comment:

Anonymous said...

izni, happy belated birthday. sorry lambat :|