Dah naik sekolah menengah, hampir setiap hari dengar lagu dia dalam kereta dengan ayah. Dan kami akan nyanyi. 2 lagu dia yang paling aku suka:
"My cherie amour" lagu yang mengisahkan tentang perasaan cinta dia terhadap seorang perempuan yang tak pernah tahu tentang kewujudan dia. Dia akan nampak perempuan tu di cafe atau jalan yang sesak, dan akan menghampiri perempuan tu tapi malangnya perempuan tu tidak akan perasan kehadiran dia. Di sebalik senyuman dia, dia mengharap suatu hari wanita itu akan menjadi miliknya.
"Lately" sebuah lagu tentang seorang lelaki yang ragu-ragu tentang kesetiaan kekasihnya. Dia ada perasaan yang sangat sedih bahawa perempuan tu akan tinggalkan dia. Bila dia tanya, perempuan tu hanya jawab yang tak ada apa yang berubah. Tapi malam, bila tidur, perempuan tu akan sebut nama lelaki lain dan dia kerap memakai minyak wangi tapi bila ditanya, perempuan tu hanya cakap dia tak pergi mana-mana. Lelaki ni sedih sorang-sorang dan mengharap fikiran dia tidak benar. Lagu ini dinyanyikan dengan iringan piano dan memang sedih bila dengar.
2 comments:
bravo izni!!!...rase tertarik nk dgr lagu die jugak..nk try ari kat youtube..hehehe..thnx, ex-dormmate..keep up the good work..:)
Thanks iffah! :)
Nanti kami bagi link kat hmpa okay?
Hihi
Post a Comment