Tuesday, March 29, 2011

Stevie wonder. How wonderful.

Stevie wonder merupakan seorang penyanyi yang buta. Walaupun buta, muzik yang dihasilkannya sangat indah dan mendalam. Aku rasa paling penting, Stevie Wonder shaped 70% of my personaliti. Dia memainkan peranan penting dalam zaman kanak-kanak aku. Kalau kanak-kanak lain dengar lagu macam disney atau barbie, aku dengar lagu-lagu dari Stevie Wonder, Chicago, Al-jarreau dan bryan adams (ada banyak lagi tapi aku malas nak letak).

Dah naik sekolah menengah, hampir setiap hari dengar lagu dia dalam kereta dengan ayah. Dan kami akan nyanyi. 2 lagu dia yang paling aku suka:

"My cherie amour" lagu yang mengisahkan tentang perasaan cinta dia terhadap seorang perempuan yang tak pernah tahu tentang kewujudan dia. Dia akan nampak perempuan tu di cafe atau jalan yang sesak, dan akan menghampiri perempuan tu tapi malangnya perempuan tu tidak akan perasan kehadiran dia. Di sebalik senyuman dia, dia mengharap suatu hari wanita itu akan menjadi miliknya.

"Lately" sebuah lagu tentang seorang lelaki yang ragu-ragu tentang kesetiaan kekasihnya. Dia ada perasaan yang sangat sedih bahawa perempuan tu akan tinggalkan dia. Bila dia tanya, perempuan tu hanya jawab yang tak ada apa yang berubah. Tapi malam, bila tidur, perempuan tu akan sebut nama lelaki lain dan dia kerap memakai minyak wangi tapi bila ditanya, perempuan tu hanya cakap dia tak pergi mana-mana. Lelaki ni sedih sorang-sorang dan mengharap fikiran dia tidak benar. Lagu ini dinyanyikan dengan iringan piano dan memang sedih bila dengar.

2 comments:

Aqilah Amran said...

bravo izni!!!...rase tertarik nk dgr lagu die jugak..nk try ari kat youtube..hehehe..thnx, ex-dormmate..keep up the good work..:)

Izzy said...

Thanks iffah! :)
Nanti kami bagi link kat hmpa okay?
Hihi