Beliau tak pernah berkata buruk tentang orang lain. Itu sifat dia yang aku sangat kagumi. Ayah seorang yang sangat baik hati dan susah nak mengatakan "tidak" kepada orang lain.
Aku sangat suka muzik. Kerana ayahku mengajar aku dari kecil apa maksud muzik yang sebenar. Lagu-lagu yang sangat bermakna. Dari segi lirik dan dari segi irama. Aku ingin menjadi sepertinya. Tahap inteleknya sangat tinggi (Ermm, aku.. Tak sangat) dan ilmu-ilmu yang dia ada tentang dunia ini sangat banyak.
Ayah suka menulis. Aku ingin menjadi sepertinya. Aku ingin menulis kisah tentangnya. Tentang apa yang aku telah pelajari daripadanya. Tentang apa yang aku alami.
Dari kecil, hubungan aku dan ayah sangat rapat. Berbanding adik-adikku. Selalu, bila aku bergaduh dengan adik (ala, biasa la budak2 kecik bergaduh) dia akan menyebelahi aku. Bukan maksud aku ayah berat sebelah, tetapi dia akan menangkan aku. Mungkin kerana ibu akan menyebelahi adik.
Setiap kali kami makan berdua ayah akan tanya "Nak kitkat?". Aku tak faham kenapa dia suka belikan aku kitkat setiap kali habis makan. Sehingga besar, dia akan belikan kitkat.
Ada suatu hari, aku nak pergi sekolah lambat dalam pukul 10 macam tu. Aku senyap-senyap beritahu ayah mengenai plan aku. Tiba-tiba ibu tahu. Alamak! Habisla plan. Hari tu aku terpaksa pergi sekolah awal. Aku nak pergi lambat sebab aku tak suka pergi sukantara. Aku tahu perkara ini remeh sahaja, tetapi ia adalah salah satu memori aku mengenai ayah.
Ayah juga selalu mempunyai masa untuk aku. Aku tak tahu macam mana dia boleh manage untuk hantar aku ke semua tempat yang aku nak pergi padahal aku tahu, dia ada banyak kerja. Dia selalu sibuk, tetapi bila aku kata ada kelas tambahan la, sukan la, nak pergi mall la, dia akan hantar aku. Walaupun dia ada meeting dalam masa setengah jam, dia akan tetap hantar aku. Dia sanggup hantar aku balik rumah dan dalam setengah jam, ambil aku semula untuk hantar ke sekolah. Memang superb.
Ada satu kenangan yang samar-samar dalam memori aku. Sewaktu aku kecil, semasa kami tinggal di England, ayah akan beri aku piggy back ride. Aku memang sukakannya. Belakang ayah sangat warm dan selesa. Dan ayah akan bawa aku ke kedai untuk beli candy bracelet. Candy bracelet ialah gelang yang diperbuat dengan gula-gula. Aku tak tahu macam mana aku boleh ingat semua ini, sebab aku masih kecil pada masa itu.
Setiap pagi nak ke sekolah, kami akan mendengar radio. Kami akan nyanyi bersama-sama lagu yang top dalam radio. Ada suatu hari, kami nyanyi lagu Mariah Carey "touch my body". Okay, memang la weird tapi kalau korang dalam situasi aku, korang akan rasa betapa coolnya ayah aku. Dia juga suka lagu black eyed peas. Peace ;P
Ayah sememangnya penyayang. Terhadap sesiapa pun. Dan dia sejak kami membela seekor kucing, dia mula menyayangi kucing tersebut. Ninja. Mereka mempunya hubungan yang unik.
Akak tahu akak tak patut tulis macam ni. Bukannya akak tak rela ayah pergi, cuma akak nak mengingatkan diri akak tentang ayah. Dengan menulis, akak rasa bebanan di bahu menjadi ringan sedikit. Sedikit lega.
Untuk sesiapa yang masih mempunyai ibu dan ayah, sila lah jaga hati mereka. Pastikan mereka senyum selalu. Jangan sakitkan hati mereka. Mereka lah yang membesarkan anda. Mereka lah sebabnya anda hidup di dunia. Pastikan kasih sayang dicurahkan berganda-ganda.
Sebelum terlambat.
2 comments:
be strong izni
izni. kau antara orang yang aku rasa kuat face keadaan macam ni. aku tahu kau kuat :)
Post a Comment