Salahkah aku cemburu?
Salahkah jika aku mahukan perhatian?
Salahkah jika aku ingin dilihat?
Aku banyak membuat kesilapan kebelakangan ini. Setiap yang aku buat akan memberi kesan kepada orang lain.
Aku tidak sedar. Apa yang aku tahu, perkara yang lebih teruk daripada ditegur dan dimarahi ialah ditegur dan dimarahi oleh orang yang kita sayang. Kesannya sangat mendalam dan memakan hati aku.
Hati aku sakit bila disuruh untuk mematangkan diri. Hati aku sakit bila disuruh untuk berfikir sebelum buat. Hati aku sakit apabila diingatkan tentang impak yang terhasil atas ketidakmatangan aku. Hati aku sakit bila dikatakan tidak fikir perasaan orang lain. Hati aku. Sakit.
Tapi apa gunanya sakit hati itu? Kerana semuanya benar apa yang dikatakan. Memang aku aku yang bersalah. Memang tindakan aku memberi impak yang besar kepada orang yang aku sayang. Ahhhh! Betapa bodohnya diriku!
Aku minta maaf kepada orang-orang yang aku sakiti. Aku tidak berniat begitu. Aku sayangkan kalian. Sangat-sangat. Kadangkala, aku tidak fikir sebelum aku membuat sesuatu. Aku jahil.
Aku sayang akan kalian. Aku tidak tahu apa yang aku fikirkan semasa aku membuat kesilapan itu. Carilah di dalam hati untuk memaafkan aku.
Bolehkah kita melupakan apa yang telah berlaku?
No comments:
Post a Comment