Friday, July 6, 2012

Malam ini malam luahan rasa.

Sebelum orang kenal aku, aku mungkin nampak macam malu. Dan sopan.
Bila dah kenal, mak aii mulut dia ni tak boleh tutup ka? (Aku bercakap dari pihak ketiga, ditujukan kepada diri sendiri)

Aku sebenarnya: Gelak kuat, cakap kuat. Bab sembang memang aku pro.

Tapi awal-awal, aku malu. Dok control ayu macam berlakon dalam iklan sunsilk. Padahal iklan jual beras Faiza (Apakah aku merepek malam-malam buta ni?)

Kat sekolah diorang panggil aku doraemon. Sebab aku bulat dan pakai baju biru (Aku pengawas nerd). Kebetulan aku selalu galas beg dari depan dan terdapat satu poket yang besar kat beg. Memang cam doraemon.  Kalau main guling-guling memang syok.

Aku juga digelar Turtle. Anugerah ini diberikan oleh Syamim Alia masa form 2. Menurutnya, aku macam turtle sebab aku muka aku cam penyu, aku jalan lambat, dan agak loading sikit dalam pala hotak aku. Aku tak mahu setuju tapi itulah kebenarannya. Aku lambat tangkap apa yang orang cakap. Lagenda mengatakan ini ialah Sumpahan Penyu Doraemon (Aku reka. Jangan tiru.).

Aku sangat cemerkap. Buktinya, aku selalu bagi jatuh barang. Kalau aku pegang barang apa pun, benda tu mesti nak jatuh. Selalu di tempat yang ada banyak orang supaya mereka dapat tengok beramai-ramai dan merapatkan silaturrahim antara satu sama lain. Pokoknya, jangan bagi aku pegang barang. Lagi-lagi yang diperbuat daripada kaca.

Aku tak reti naik basikal sampai lah aku umur 9 tahun. Agak lambat ah. Bila balik kampung selalu nangis sorang-sorang sebab sepupu semua boleh naik basikal. Selalu kena tinggal. Takda siapa nak ajar macam mana nak naik basikal. Satu aku aku dengan penuh bersemangat ingin belajar sendiri. Aku berjaya. Malangnya, tiada siapa ada di situ saat kemenangan itu.

Masa darjah empat, tulisan aku buruk gila nak mampus. Aku tulis nama aku Izni, tapi cikgu baca kat depan buku latihan "Leni". Sejak itu, aku praktis setiap hari nak bagi tulisan aku lawa. Sampai sekarang masih tidak berjaya.

Ada banyak lagi aku nak tulis. Tunggu luahan rasa part 2!

Adios!

No comments: