Alhamdulillah ke hadrat Ilahi.
Keputusan UPU telah pun termaklum. Maka lanjutlah aku ke USM dengan hati yang penuh semangat. Mulakan dengan azam baru. InsyaAllah tercapai.
In case tak nampak, aku dapat offer USM, dalam course Tesol (Read: Teaching English to Speakers of Other Language). Memang apa yang aku inginkan selama ini. Semua getaran sewaktu Medsi bertulis, Medsi interview kini tidak terasa. Dengan usaha yang gigih dan doa dari ibu dan keluarga, dapatlah aku apa yang aku hajati :)
Dari kecil, hidupku di USM. Tadika di sana, petang selepas sekolah rendah di dalam pejabat ayah. Setiap teknik menjawab bagai, dari darjah 6 asyik di situ. Jogging dengan Erli. Hari Bumi dengan Syam. Kelab renang minden. Transit Venus. Hari sukan sekolah. Semua dalam USM. Setiap memori aku simpan untuk aku kenang di hari nanti.
Tapi sekarang lain, aku dapat membuat memori baru. Memori sebagai pelajar. Bersama teman-teman baru. Alangkah indahnya.
Sunday, July 15, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment