Aku seketul cawan. Ya, aku tak panggil diri aku sebiji cawan sebab aku tak ada biji. Yang pastinya aku berketul. Bukannya aku bina badan atau ada ketulan lemak, cuma aku.. -eh kenapa aku kena explain pulak? Kembali kepada cerita. Where was I? Oh ya, aku seorang cawan. Dan inilah kisah hidup ku.
Pada tahun 2008 yakni tahun olimpik beijing (takda kena mengena tapi aku nak letakkan peristiwa bersejarah dalam cerita ni) aku dilahirkan seberat 108 gram di dalam kilang cawan Khoo Cheng. Tidak seperti orang lain, aku dilahirkan sedikit cacat. Aku tak diwarnakan secara sempurna. Sebelah badanku berwarna putih, sebelah lagi hitam. Boleh dikatakan aku seekor cawan campuran (multiracial). Banyak cawan-cawan lain tak mahu berkawan dengan aku kerana aku pelik. Tapi aku tetap tabah menjalankan hidup seperti cawan-cawan lain. Setelah lama menunggu, tibalah masa pemilihan cawan untuk dibawa ke kedai-kedai. Aku tak pas ujian tu. Aku marah kot. Kenapa tak pilih aku? Bukannya tak boleh pakai, cuma warna aku je yang pelik. Aku diletakkan di dalam tong berlabel "loser".
Aku hampir dibuang, tetapi seorang gadis datang mengutip aku dari tong itu. Aku ada belajar sikit bahasa manusia dengan kawan aku, gelas champagne. Dia tanya kepada tuan aku, berapa harga aku. Tapi tuan aku kata "Ambil free pun takpa". Heh, ingat aku ni cawan murahan ke? Boleh bagi kat orang ikut suka hati je. Tapi lama baru aku terfikir, aku bukan saja murahan, tapi free. Ah gedik ah semua orang ni. Aku pun cawan jugak. Aku ada hak untuk mempunyai harga diri.
Bila dengar je perkataan "free' tu, gadis itu membawa aku pulang ke rumahnya. Di letak je aku dalam beg. Aku boleh pecah kot. Ish ish. Sempat plak aku berkawan dengan handphone dia. Handphone dia bernama "Michen" sebab gadis itu pelat dan tak reti nak menyebut Michelle. Ish comel la plak pelat-pelat nih. I like! Michen kata perempuan ni jenis sayang barang. Dia jarang buang barang. Michen dah hampir 5 tahun dalam hidup gadis tu. Oh ya, dia kata gadis tu nama dia Za. Memang nama dia Za sahaja. IC dia pun keluar dari dalam dompet mengenalkan diri. Ternyata di IC nama dia Za binti Muhammad Syafiq Mustafa Kamal Abdillah Kamaruddin Bakti (Panggil Don). Panjang benar nama bapak dia.
Bila dah sampai di rumahnya, Za lantas keluarkan aku dari beg dan mencuci aku. Aku rasa dihargai. Ada jugak orang nak kat aku.. Hihi. Lepas cuci dia letak aku atas rak cawan untuk dikeringkan. Tidak ku tahu geng-geng cawan lain pembuli semata-mata. Setiap hari aku dipukul dan dihina. Badan aku sakit-sakit tak termasuk mental aku yang lemah ni (ye la, aku cawan. Mental aku tak kuat). "Woi kau tu tak layak ah jadi cawan! Kau tu patut orang guna untuk cedok najis je." "Muka kau huduh macam monyet" Aku tak tahu apa itu monyet. Barangkali satu hinaan yang popular. Gelas-gelas di dalam kabinet hanya senyap. Aku tahu mereka ingin membantu aku. Mereka tidak terdaya.
Namun begitu, aku tetap tabah. Kerana setiap hari aku akan diambil oleh Za. Dia akan membancuh minuman paginya dan menikmati sarapannya dengan aku. Aku terasa disayangi. Setiap kali aku dibuli aku akan ingatkan diri aku, bahawa aku dapat lihat wajah manis Za dan merasa senyumannya pada pagi kelak. Bibirnya yang suam menyentuh bibirku. Seperti kucupan yang panjang untuk memulai harinya yang pasti indah. Tangannya yang lembut mengusap telinga ku. Alis matanya yang tersentuh di leherku. Indah bunga harumannya. Aku dambakan itu selalu. Aku rindu akan dia selalu. The only thing that kept me going was you, Za.
Setahun selepas episod-episod indah dalam ngeri itu, Za mengubah kedudukan aku kedalam biliknya. Dia tidak lagi membelai aku. Aku digunakan untuk meletakkan pensel-pensel dan alat tulis miliknya. Aku sedih tetapi aku lega kerana tidak lagi dibuli. Yang pastinya aku dapat melihat wajahnya yang anggun setiap hari, setiap masa. Betapa tenangnya wajahnya ketika dia tidur. Aku rela tunggu dia disitu selama-lamanya. Perangai aku berubah kerana dia. Aku menjadi cawan yang semakin tenang dan tidak cemas. Semua ini berpunca dari cinta aku terhadap dia.
Pada suatu pagi yang indah, Za membawa cawan baru ke dalam bilik. Cawan itu sangat kacak. Bergilap sinar silaunya. Berwarna merah yang gelap. Diukir pelbagai seni diatasnya. Za melihat kepada ku dan tertanya-tanya "Bila pulak aku beli cawan ni? Hodohnya!" Hodoh? Hodoh pulak aku ni? The only person yang sanggup terima aku sekarang berfikiran sebaliknya? Aku patah. Lemah. "Yang merah ni lagi sesuai dengan aku. Sebab dia cantik dan warna dia sesuai dengan bilik aku. Sapa nak cawan hitam putih nih? Yuck! Macam tak senonoh!" kata Za dengan suara yang lantang. Za bukan dirinya setahun yang lalu.
Za terus mengangkat aku dan membawa aku keluar. Kelihatan tong sampah berwarna hijau berdekatan. Za, kau nak buang aku? Aku terfikir sendirian. Za terus berjalan dan membaling aku kearah tong sampah. Aku pecah, secara mental dan fizikal. Sumbing dan tidak berguna lagi.
Dan sekarang aku menceritakan kisah aku ini dari dalam tong sampah ini. Menunggu hari mati. Ditemani sampah sarap yang tidak ada lagi nilainya. Terus mendengar cerita-cerita dari seluruh pelusuk negara. Tentang apa yang membuatkan mereka akhiri hayat mereka di dalam tong sampah hina ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
it's beautiful. hahah. aku bayangkan filem pendek disney yang terselit dalam filem cars bila baca cerita ni.
kau boleh jadi pencerita yang baik (walaupun cerita humor). and cerita ni memang best.
cuma ada satu je yang longgar. and mostly, ramai penulis tak perasan benda ni. yakni, bila penulis lupa perwatakan watak yang direka.
early in the story, kau tulis yang Za tu pelat. and klimaks dia akan jadi kelakar yet effective bila Za merungut pasal cawan tu dengan lidah dia yang pelat. tapi dalam cerita ni, masa dia marah tu, dia jadi fluent.
but sokey. benda biasa. aku pun pernah lupa watak yang aku tulis sendiri. hoho.
out of 5 stars, i give you 4. :D
Bravo! Bravo!
2 girls 1 cup LAWL
Post a Comment