Wednesday, August 1, 2012

Part time oh.

Jam menunjukkan pukul 1.30 am. Tepat.

Aku tak tahu kenapa aku masih tak tidur. Ding ding ding!

Aku lupa nak bagitau kat korangs (kalau ada yg baca blog ni) aku dah kerja. In fact, dah sebulan aku kerja. Hehehh. Aku kerja di sebuah kedai frozen yogurt bernama Yogo Goyo, Tutti Frutti wannabe. Tapi aku rasa lagi cantik kedai dia.










Yes, ada 2 bijik iMac utk customer. (Aku senyap2 pakai utk tengok drama korea. Internet laju ooo)




Oh, stop it you.
Dapat jugak aku kerja. Ada orang sanggu terima aku. Oh terharu. Aku rasa aku macam tak kerja je. Macam main2 pun ada.



Friday, July 27, 2012

Kisah cawan yang sedih (18sx) [WARNING: Cerita ni memang sangat random dan tak sesuai untuk orang yang serius]

Aku seketul cawan. Ya, aku tak panggil diri aku sebiji cawan sebab aku tak ada biji. Yang pastinya aku berketul. Bukannya aku bina badan atau ada ketulan lemak, cuma aku.. -eh kenapa aku kena explain pulak? Kembali kepada cerita. Where was I? Oh ya, aku seorang cawan. Dan inilah kisah hidup ku.

Pada tahun 2008 yakni tahun olimpik beijing (takda kena mengena tapi aku nak letakkan peristiwa bersejarah dalam cerita ni) aku dilahirkan seberat 108 gram di dalam kilang cawan Khoo Cheng. Tidak seperti orang lain, aku dilahirkan sedikit cacat. Aku tak diwarnakan secara sempurna. Sebelah badanku berwarna putih, sebelah lagi hitam. Boleh dikatakan aku seekor cawan campuran (multiracial). Banyak cawan-cawan lain tak mahu berkawan dengan aku kerana aku pelik. Tapi aku tetap tabah menjalankan hidup seperti cawan-cawan lain. Setelah lama menunggu, tibalah masa pemilihan cawan untuk dibawa ke kedai-kedai. Aku tak pas ujian tu. Aku marah kot. Kenapa tak pilih aku? Bukannya tak boleh pakai, cuma warna aku je yang pelik. Aku diletakkan di dalam tong berlabel "loser".

Aku hampir dibuang, tetapi seorang gadis datang mengutip aku dari tong itu. Aku ada belajar sikit bahasa manusia dengan kawan aku, gelas champagne. Dia tanya kepada tuan aku, berapa harga aku. Tapi tuan aku kata "Ambil free pun takpa". Heh, ingat aku ni cawan murahan ke? Boleh bagi kat orang ikut suka hati je. Tapi lama baru aku terfikir, aku bukan saja murahan, tapi free. Ah gedik ah semua orang ni. Aku pun cawan jugak. Aku ada hak untuk mempunyai harga diri.

Bila dengar je perkataan "free' tu, gadis itu membawa aku pulang ke rumahnya. Di letak je aku dalam beg. Aku boleh pecah kot. Ish ish. Sempat plak aku berkawan dengan handphone dia. Handphone dia bernama "Michen" sebab gadis itu pelat dan tak reti nak menyebut Michelle. Ish comel la plak pelat-pelat nih. I like! Michen kata perempuan ni jenis sayang barang. Dia jarang buang barang. Michen dah hampir 5 tahun dalam hidup gadis tu. Oh ya, dia kata gadis tu nama dia Za. Memang nama dia Za sahaja. IC dia pun keluar dari dalam dompet mengenalkan diri. Ternyata di IC nama dia Za binti Muhammad Syafiq Mustafa Kamal Abdillah Kamaruddin Bakti (Panggil Don). Panjang benar nama bapak dia.

Bila dah sampai di rumahnya, Za lantas keluarkan aku dari beg dan mencuci aku. Aku rasa dihargai. Ada jugak orang nak kat aku.. Hihi. Lepas cuci dia letak aku atas rak cawan untuk dikeringkan. Tidak ku tahu geng-geng cawan lain pembuli semata-mata. Setiap hari aku dipukul dan dihina. Badan aku sakit-sakit tak termasuk mental aku yang lemah ni (ye la, aku cawan. Mental aku tak kuat). "Woi kau tu tak layak ah jadi cawan! Kau tu patut orang guna untuk cedok najis je." "Muka kau huduh macam monyet" Aku tak tahu apa itu monyet. Barangkali satu hinaan yang popular. Gelas-gelas di dalam kabinet hanya senyap. Aku tahu mereka ingin membantu aku. Mereka tidak terdaya.

Namun begitu, aku tetap tabah. Kerana setiap hari aku akan diambil oleh Za. Dia akan membancuh minuman paginya dan menikmati sarapannya dengan aku. Aku terasa disayangi. Setiap kali aku dibuli aku akan ingatkan diri aku, bahawa aku dapat lihat wajah manis Za dan merasa senyumannya pada pagi kelak. Bibirnya yang suam menyentuh bibirku. Seperti kucupan yang panjang untuk memulai harinya yang pasti indah. Tangannya yang lembut mengusap telinga ku. Alis matanya yang tersentuh di leherku. Indah bunga harumannya. Aku dambakan itu selalu. Aku rindu akan dia selalu. The only thing that kept me going was you, Za.

Setahun selepas episod-episod indah dalam ngeri itu, Za mengubah kedudukan aku kedalam biliknya. Dia tidak lagi membelai aku. Aku digunakan untuk meletakkan pensel-pensel dan alat tulis miliknya. Aku sedih tetapi aku lega kerana tidak lagi dibuli. Yang pastinya aku dapat melihat wajahnya yang anggun setiap hari, setiap masa. Betapa tenangnya wajahnya ketika dia tidur. Aku rela tunggu dia disitu selama-lamanya. Perangai aku berubah kerana dia. Aku menjadi cawan yang semakin tenang dan tidak cemas. Semua ini berpunca dari cinta aku terhadap dia.

Pada suatu pagi yang indah, Za membawa cawan baru ke dalam bilik. Cawan itu sangat kacak. Bergilap sinar silaunya. Berwarna merah yang gelap. Diukir pelbagai seni diatasnya. Za melihat kepada ku dan tertanya-tanya "Bila pulak aku beli cawan ni? Hodohnya!" Hodoh? Hodoh pulak aku ni? The only person yang sanggup terima aku sekarang berfikiran sebaliknya? Aku patah. Lemah. "Yang merah ni lagi sesuai dengan aku. Sebab dia cantik dan warna dia sesuai dengan bilik aku. Sapa nak cawan hitam putih nih? Yuck! Macam tak senonoh!" kata Za dengan suara yang lantang. Za bukan dirinya setahun yang lalu.

Za terus mengangkat aku dan membawa aku keluar. Kelihatan tong sampah berwarna hijau berdekatan. Za, kau nak buang aku? Aku terfikir sendirian. Za terus berjalan dan membaling aku kearah tong sampah. Aku pecah, secara mental dan fizikal. Sumbing dan tidak berguna lagi.

Dan sekarang aku menceritakan kisah aku ini dari dalam tong sampah ini. Menunggu hari mati. Ditemani sampah sarap yang tidak ada lagi nilainya. Terus mendengar cerita-cerita dari seluruh pelusuk negara. Tentang apa yang membuatkan mereka akhiri hayat mereka di dalam tong sampah hina ini.



Wednesday, July 18, 2012

About me


  1. I'm left-handed. But weirdly, I'm only left-handed when I'm writing and holding a spoon when eating. Other things that most of lefties do, I don't do it. I play my guitar the right way, hold my knife, use scissors, all using my right hand. Weird huh?
  2. I have the tendency to space out. My mom said I inherited it from my father. A lot of people say that I'm very arrogant. Because every time they speak to me, I won't answer them. I was in my space out mood. But the truth is i'm not arrogant! I'm very friendly. Don't be afraid to say HI :) 
  3. I hate frogs. Afraid of them, to be exact. Obviously you would know if you've been reading my blog. Erghh the thought of it gives me the creeps. 
  4. I am a very ticklish person. SERIOUSLY. Even when you stop tickling, I would still feel ticklish.
  5. I like to reminisce about the past a lot. I don't know why. I just do. 
  6. My siblings said that I'm annoying because I like to point out people's mistakes. They said I'm like Ted Mosby in How I Met Your Mother. I really feel that if I don't point it out, they might make a fool of themselves later on. Seriously guys, you should thank me. I don't mind if people correct me. So, correct me if I'm ever wrong.
  7. I like music. I really do. Although I don't listen to all types of genres. So far the genres that I like is Pop, pop rock, rock, jazz, reggae, rhythm and blues, K-pop, classical, musicals (like grease. ooh) national anthems (Cause I've been in choir clubs, I know quite a lot of patriotic songs. hehe), traditional music, country,  hip hop, and soul. I think that's it. I don't really enjoy all that metal, punk or hard core kind of rock but I have nothing against them. Actually, studies shown that people who listen to hardcore-metal rock are more intelligent than those who doesn't.
  8. It's hard for me to trust people. But when I do, don't do anything to break my trust. 
  9. When I was a child, I used to eat shoe polish. My mom said that I ate it all and my lips were so black. I can't believe my mom didn't stop me from eating "kiwi kasut"!
  10. I wear baju kurung a lot. I mean a LOT. I don't know why. I just love it. It makes me forget a little about my insecurities. Whenever I feel sad I would start wearing my baju kurung when going out. I have like 2 closets full of baju kurung! That's how many baju kurung I have. And still counting.
  11. When I was 12, I had this obsession towards Eminem. I would memorize his songs, collect his pictures and go gaga over him. I guess that phase has gone through now. 
  12. When I was little, I didn't have any friends. My parents was so worried that they even considered getting me fixed. I think my first real friend is Syamim Alia. When we were in standard 6, she approached me and became besties ever since. I have to thank her for that because if not for her, I would become friendless throughout my life.
  13. I like the taste of cinnamon. Sadly, my mom doesn't.
  14. Currently, I have this obsession of Nichkhun from 2pm. I even named my camera Nichkhun (Since it's a nikon). He's siamese and can speak about 5 language. Isn't that impressive? Well, I think this obsession will disappear through time. Like my obsession towards Eminem.
  15. I like to make things. Like arts and crafts. Anything I can do with my hands. Since I was 12 I think, that I began making things for my self. Like notebooks, bracelets. A lot of stuffs. 
  16. My favourite author is Edgar Allan Poe. I liked him since the first time I heard his name in Tim Burton's short movie "Vincent". I think I was 15 at that time.
  17. My first ever crush is.. Ah malunya nak cakap. Ok the first boy I ever liked is Shaheed Rafiq. Damn. Shaheed, if you're reading this, take note that I don't like you anymore (1 over 1000 chances of him reading this). I moved on so looooong ago. Plus, I was like 11 at that time. I didn't know any better. 
  18. I once read this book, The Orchids and Gumbo Poker Club by Alice Alfonsi, and it mentioned the most romantic way of proposing that I have read so far. This guy brought the girl in a canoe on a river close to her home and plucked the orchids nearby and swirled the flower on her ring finger and said"Will you be mine forever?". *Izni faints*
  19. I have a song playlist for everything. Okay, not everything. Most of things. I have a playlist to listen before I got to sleep, when I'm showering (Yes, I bring my phone in when I having a bath), when I work out (which is not frequently), when I'm feeling down, when I'm feeling happy, when I'm reminiscing the 90's, when I'm studying. I have a lot of playlist huh?
  20. It's not easy for me to remember certain things, but when I do,  it's hard for me to forget.

Sunday, July 15, 2012

Satu langkah hadapan.

Alhamdulillah ke hadrat Ilahi.

Keputusan UPU telah pun termaklum. Maka lanjutlah aku ke USM dengan hati yang penuh semangat. Mulakan dengan azam baru. InsyaAllah tercapai.

In case tak nampak, aku dapat offer USM, dalam course Tesol (Read: Teaching English to Speakers of Other Language). Memang apa yang aku inginkan selama ini. Semua getaran sewaktu Medsi bertulis, Medsi interview kini tidak terasa. Dengan usaha yang gigih dan doa dari ibu dan keluarga, dapatlah aku apa yang aku hajati :)

Dari kecil, hidupku di USM. Tadika di sana, petang selepas sekolah rendah di dalam pejabat ayah. Setiap teknik menjawab bagai, dari darjah 6 asyik di situ. Jogging dengan Erli. Hari Bumi dengan Syam. Kelab renang minden. Transit Venus. Hari sukan sekolah. Semua dalam USM. Setiap memori aku simpan untuk aku kenang di hari nanti.

Tapi sekarang lain, aku dapat membuat memori baru. Memori sebagai pelajar. Bersama teman-teman baru. Alangkah indahnya.

Friday, July 6, 2012

Malam ini malam luahan rasa.

Sebelum orang kenal aku, aku mungkin nampak macam malu. Dan sopan.
Bila dah kenal, mak aii mulut dia ni tak boleh tutup ka? (Aku bercakap dari pihak ketiga, ditujukan kepada diri sendiri)

Aku sebenarnya: Gelak kuat, cakap kuat. Bab sembang memang aku pro.

Tapi awal-awal, aku malu. Dok control ayu macam berlakon dalam iklan sunsilk. Padahal iklan jual beras Faiza (Apakah aku merepek malam-malam buta ni?)

Kat sekolah diorang panggil aku doraemon. Sebab aku bulat dan pakai baju biru (Aku pengawas nerd). Kebetulan aku selalu galas beg dari depan dan terdapat satu poket yang besar kat beg. Memang cam doraemon.  Kalau main guling-guling memang syok.

Aku juga digelar Turtle. Anugerah ini diberikan oleh Syamim Alia masa form 2. Menurutnya, aku macam turtle sebab aku muka aku cam penyu, aku jalan lambat, dan agak loading sikit dalam pala hotak aku. Aku tak mahu setuju tapi itulah kebenarannya. Aku lambat tangkap apa yang orang cakap. Lagenda mengatakan ini ialah Sumpahan Penyu Doraemon (Aku reka. Jangan tiru.).

Aku sangat cemerkap. Buktinya, aku selalu bagi jatuh barang. Kalau aku pegang barang apa pun, benda tu mesti nak jatuh. Selalu di tempat yang ada banyak orang supaya mereka dapat tengok beramai-ramai dan merapatkan silaturrahim antara satu sama lain. Pokoknya, jangan bagi aku pegang barang. Lagi-lagi yang diperbuat daripada kaca.

Aku tak reti naik basikal sampai lah aku umur 9 tahun. Agak lambat ah. Bila balik kampung selalu nangis sorang-sorang sebab sepupu semua boleh naik basikal. Selalu kena tinggal. Takda siapa nak ajar macam mana nak naik basikal. Satu aku aku dengan penuh bersemangat ingin belajar sendiri. Aku berjaya. Malangnya, tiada siapa ada di situ saat kemenangan itu.

Masa darjah empat, tulisan aku buruk gila nak mampus. Aku tulis nama aku Izni, tapi cikgu baca kat depan buku latihan "Leni". Sejak itu, aku praktis setiap hari nak bagi tulisan aku lawa. Sampai sekarang masih tidak berjaya.

Ada banyak lagi aku nak tulis. Tunggu luahan rasa part 2!

Adios!

Thursday, June 28, 2012

Lagu dan kenangan sebenarnya berkait.

Korang tahu kan, ada sesetengah lagu mengimbaskan kembali masa lalu. Misalnya lagu "Memori Tercipta" oleh Shila Amzah mengingatkan masa aku di PLKN. Lagu "Shy Boy" oleh Secret sentiasa annoy aku sebab lagu tu lagu Alarm aku. Jadi bila aku dengar di MTV aku akan jadi gila sikit.




Aneh,


Bila dengar lagu "Drop it like it's hot", aku teringat betapa gediknya aku sewaktu darjah 6 bajet rapper berkulit hitam. Ya, memang aku begitu.

Sunday, June 24, 2012

Asal usul blog

Sebenarnya masa aku baru habis PMR, sahabat karib aku ajak aku buat blog. Aku tanya kenapa? Dia kata, saja.

Balik rumah, aku pun sign up. Masa tu kecik lagi, tak tahu nak buat url apa.

Ah tulis je nama sendiri.

Aku tak sangka, sampa sekarang aku masih mengisi blog ini.

Masih setia.

Yang kawan karib aku tu dah delete pun blog dia.

Thursday, June 21, 2012

Eavesdropping.



Pada suatu hari yang indah, sewaktu aku masih di lendu, aku terdengar perbualan antara 2 jejaka.

"Weh, macam mana aku nak bagitau lecturer kita kalau aku nak ponteng kelas dia?"

"Alah, cakap la ada hal penting. Cakap kau sakit ke. Senang je."

"Weh, kalau kata nenek meninggal boleh tak?"

"Nenek kau dah meninggal lama dah kan?"

"Ye la."

"Tak baik la macam tu."

"Habis tu nak cakap apa?"

Yang satu lagi tergelak. Seolah teringat perkara yang lucu. 

"Cakap je ada orang meninggal. Jangan specify siapa yang meninggal. Weh haha kalau kau duduk dekat dengan hospital memang selalu la orang meninggal. Guna alasan tu setiap kali. Hahah."

"Ish ape la kau nih."

Aku tersenyum sendirian mendengar perbualan orang-orang ini. Nak ponteng kelas pun kena plan ke?

Monday, June 18, 2012

Arts and crafts

Cewah. Aku bukanlah orang yang paling pandai dalam seni. Tapi aku suka menghasilkan seni. Tak se seni mana pun.

Setakat lukis-lukis, buat crafts. Ah asalkan hati aku selesa. Aku suka.


Aku tak tahu kenapa aku lukis perempuan ni. Aku cuma nak warnakan badan dia menggunakan warna yang tak sesuai.  Lepas aku lukis, aku letak tepi TV. Aku rasa macam boleh tenung dia lama-lama. Macam ada mesej yang dia nak sampaikan.


 Yang ni aku lukis sebab bosan. Tengok pun bosan. Dan aku suka lukis bintang. So yeah.


Lukisan di atas ni, ialah aku. Aku yang terbakar dek pelbagai masalah. Dan api-api yang datang kat aku ialah masalah akan datang. Tapi dalam ni aku tunjukkan yang aku dah lali dengan semua masalah itu.

Macam deep plak aku ni kan?


Ni buku nota yang aku buat dari 2 disket yang terpakai. Comel kan? Kalau tak cukup tempat nak tulis nota, tu ha dalam disket tu ada dalam 1.4mb memori. Hahaha. Nak buat buku nota kecik ni tak payah rosakkan disket tu pun. Disket tu masih boleh pakai.


Walaaa! Yang ni pencil case yang buat menggunakan wrapper chipster. Kalau tengok betul2, ada zip. Kat dalam ada kain lapik aku letak so memang macam pencil case betul la. Gambar yang kat atas ni dah lama. Aku dah bagi pencil case ni sebagai hadiah. Tak tahu la dia simpan ke tak lagi. Apa-apa pun, yang ni first pencil case yang aku pernah buat. (Aku lupa bukak tanda harga)

Aku ada buat tempat untuk charge phone guna botol sabun baby johnsons tapi aku tak tangkap gambar. Currently ia sedang digunakan untuk mengecas fon. Lagi pun aku plan nak cat dulu.

That's all for now folks!
Salam.

Saturday, June 16, 2012

Sorry.

Sorry mind, for filling you with thoughts of him.

Sorry heart, for hurting you over and over again.

Sorry pillow, for all the tears.

Sorry eyes, for crying too much.

Sorry for not sleeping.

Sorry for everything.

Wednesday, June 13, 2012

Masa lalu.


Aku seorang yang suka mengenang masa lalu. Ya, aku tahu. Tak baik fikir apa yang dah lepas. Tapi kadang-kadang bagus jugak kan?

Aku boleh ingat semua kenangan masa aku kecik. Even yang aku umur bawah 5 tahun. Pelik kan? Tapi yang bawah 5 tahun aku boleh ingat sikit-sikit.

Aku boleh ingat setiap orang yang aku duduk sebelah dalam kelas dari darjah satu sampai tingkatan 5.

Darjah 1: Carolyn Lee Shu Ling
Darjah 2: Zaidal Maklum
Darjah 3: Dylan Teoh Ken Ji
Darjah 4: Nurul Husna
Darjah 5: Amin Rahmad
Darjah 6: Khoo Boo Yeong

Tingkatan 1: Divia Darshini, Tania Loke
Tingkatan 2: Aisya Nur Addia, Farah Atilia
Tingkatan 3: Ayesha Ismail <3
Tingkatan 4: Najla Syahirah, Afrina Shaheera, Hamizah Anuar
Tingkatan 5: Sharifah Nurfadhlin Afifah <3

Loser tak aku?

Masalah aku ialah aku suka lupa di waktu sekarang. Present. Aku terlalu fikirkan masa lalu.

Mungkin bakal membawa masalah.

Monday, June 11, 2012

Hari pertama di Uitm Lendu

Pagi itu aku bangun dengan gembira. Wahh aku dah bergelar siswi. Tak sangka aku dah besar. Dari Shah Alam aku dan keluarga bertolak dari awal pagi. Bukan saja satu keluarga tapi tiga. Aku tak tahu kenapa, orang lain pun masuk U jugak. Tapi mereka sangat bersemangat untuk menghantar aku.

Kad pelajar sementara
Akhirnya sampai di Melaka. Jauhnya Uitm! Ahhh sedih sebab duduk jauh dari kota tapi terfikir juga yang perkara ni baik untuk aku. Lebih baik aku study rajin-rajin di tempat sunyi ni.

Aku pun pergi daftar. Hmm nama kolej aku Tun Fatimah. Bilik 2303. Number ni macam aku kenal. Hey, sama dengan birthday aku! 23 march. That's cool. Selepas daftar kami terus ke kolej. Tak sabar nak tengok bilik yang bakal aku diami. Bilik aku rupanya di tingkat tiga. Sangat tinggi. Lelah nak daki ke atas.

Sebelum naik, aku dan adik ternampak seorang perempuan yang sangat cool menggalas beg perang dan memakai selendang. Adik aku terus berkata "OMG akak kena kawan dengan dia! Dia cool gila!". Adik aku memang suka buat keputusan macam ni.

Naik-naik atas, aku disambut oleh seorang yang sangat peramah. Terlalu peramah. Namanya Anis Faezah. Asal dari Langkawi. Nampak sangat orang utara berdasarkan loghat yang pekat itu. Anis mengesyorkan tilam yang bagus untuk aku supaya aku dapat tidur dengan selesa.

Anis yang sangat happy
Di sebalik katil terdapat seorang gadis yang sangat pemalu. Senyap je lipat kain baju masuk dalam almari. Aii malu-malu hamster plak? Orang itu ialah Nurul Amalina aka Amal, roommate slash soon-to-be bestfriend.

Amalina dan aku
Yang terakhir masuk ke pintu bilik ialah Echa. Tengok-tengok dialah perempuan yang cool tadi. Adik aku ternampak dia terus berbisik dekat aku "OMG akak tu perempuan tadi yang cool tuh! Make sure akak kawan dengan dia." Adik aku ni memang macam ni.

Aisyah Razak aka Echa
Lepas dah punggah barang ke dalam almari, mak aku mengajak aku makan. Kami makan di pekan Alor Gajah. Selepas makan kami ke kedai runcit sebab nak beli barang lagi. To make things more awkward, Amal ada disitu jugak. Kami pun senyum secara janggal terhadap satu sama lain.





Inilah kenangan yang dapat aku simpan. Hanya untuk aku ingati.