Friday, September 26, 2014
Thursday, September 25, 2014
Sorry for the hiatus
Nampaknya sudah lama tidak update blog usang ni. Aku sekarang dah dalam tahun ketiga di USM. Rasanya tahun ni mungkin akan menjadi the best year yet. Current semester (semester 1) setakat ni sangat menyeronokkan. Kelas-kelas yang aku ambil semester ni pun syok-syok belaka. Aku amik Creative Writing, Kelas Bahasa Asing, Children's Literature. Subjek yang sangat seronok menurut aku. Paling penting, aku dapat lecturer yang sangat HOT dari Iran untuk subjek multimedia. Dalam kelas tu pun ada laki yang lebih hot, lagi-lagi hot sebab dia sama umur dengan aku. Too bad dia exchange student. Lepas satu sem, tak dapat tengok muka dia dah. Sweedish guy by the way.
Oleh sebab aku amik kelas Creative Writing, semangat aku untuk menulis berkobar-kobar. Sebab tu aku tulis blogpost ni walaupun tak ada isi sangat pun. Asalkan aku menulis. Salah satu assignment untuk kelas ni ialah untuk menulis 2,000 perkataan punya cerpen. Aku dah ada draft dia. Cuma aku masih fikir macam mana nak tulis supaya dapat menarik perhatian pembaca. Semangat aku untuk membaca pun menaik dengan mendadak. Bukan lah nak berlagak atau apa, tapi aku akan pastikan aku baca at least satu artikel setiap hari. Sebab itu lah aku punya homepage ialah Digg.com. Semua artikel sangat menarik dan yang penting-- ia up-to-date. Aku pun dah start membaca banyak fiction.
Benda-benda yang tak penting tapi aku saja nak bagitahu.
- Aku dah susun mini-library kat rumah aku mengikut warna. Aku colour-coded them. Hakikatnya, buku-buku tu nampak lebih menarik dan bagi orang yang datang rumah aku perasaan untuk membaca buku. Seriously, cubalah susun ikut warna. Korang takkan menyesal. Lagi bagus daripada susun buku ikut ketinggian buku tu. Boring.
- Aku ambil kelas bahasa korea. Sebenarnya, aku hanyalah peminat k-pop yang sederhana. Tak ada yang gila-gila. Tapi aku minat dengan budaya korea sebenarnya.
- Tadi aku sapu roti dengan peanut butter. Kemudian aku taburkan cereal coco snaps atas dia. Tiada penyesalan langsung.
- Nampaknya semua orang dah kahwin/tunang/berteman/ada binatang peliharaan baru/beli phone baru dan aku kat sini sedang menulis blog post tentang menabur roti dengan cereal. Aku ada theori mengatakan bahawa lelaki banyak elak aku sebab aku suka bengkokkan ibu jari aku kebelakang bila aku bosan. (Theori tak masuk akal tapi biar la ni theori aku)
- Aku baru perasan, bila aku nak tulis cerita pendek, aku suka bagi watak-watak aku nama yang hanya satu suku kata. Za, Fee, Syah dan Khai. Korang dah baca tentang Za kan? Nantikan kisah tentang Fee, Syah dan Khai. Heheheh
Wednesday, January 22, 2014
Tok dan gelagat
Selama 2 hari, aku tidur kat rumah tok aku. Nak tolong la apa-apa aku boleh tolong since aku tengah cuti sekarang nih. OMG aku dah dalam second year. Kenapa cepat sangat aku tua nih? Okay berbalik kepada cerita, aku tidur di rumah tok aku selama 2 hari. Hari pertama, tok aku ajak pergi market nak beli ikan. Aku pun bawak la keta pi market dengan lajunya seperti michael schumacher (who is sick by the way. kesian dia). Aku agak gelisah sebab sebenarnya aku tak pandai bawak kereta sangat. Terkejut kan? Orang yang berkarisma macam aku ni tak confident bawak kereta? wow mindblown. Anyway, aku pun park la kat situ dengan assistant valet (ok market mana yang ada valet?). Aku beli dua keping capati sementara tok aku beli ikan. Capati itu sedap.
Hari kedua menjelang, dan tok inginkan excitement. Kami pergi tesco dan aku bawak kereta. Tok aku berani gila naik kereta dengan aku. Fuhh that woman can be a stuntman. Selama 2 hari kami bergelak ketawa bersama, menangis bersama (ada adegan memotong bawang yang agak tragis). Tiba-tiba tok aku cakap "Izni, jangan dok cari laki yang rugged ja, cari yang pandai sembahyang". Minda aku kaget. Perkataan rugged is so 2008. No one says rugged anymore. Dan, kenapa tok aku cakap pasal kahwin?
Ada lagi.
Dia cakap "Tok harap tok boleh la tengok cucu ni kahwin. Kalau tak sempat tengok cicit pun takpa".
Auww man you give me pressure. And I'm only 20.

Saturday, September 21, 2013
Hari ini hari bosan
Hari ni aku bangun awal. Dan aku decide waktu tu terlalu awal untuk bangun lantas aku tidur balik. Hasilnya aku bangun pukul 12. Then aku buat toast lalu aku makan lalu aku dapat ilham untuk kemas rumah. Masa aku kemas rumah aku nampak lipas. Lipas cakap "Hai". Aku cakap "Bye".
Bila mak aku balik rumah aku tak jadi masak. Jadi diorang kepalaran. Ya, aku eja kepalaran. Got a problem with that?
Malam tersebut kami pergi convo USM. Banyak orang. Aku benci. Kami beli payung. Mahal sebab dulu aku beli payung lapan ringgit je (Mungkin ada kaitan dengan ketiadaan pemegang kat payung tu). Anyways sekarang aku ada payung mahal so aku expect payung tu akan lindungi aku dari cahaya matahari, hujan serta pancaran UV. Aku beli buku. Tajuk dia: Burgermpak. Aku beli sebab muka depan dia ada gambar burger.
Adik aku kata Forteen datang malam ni. Aku ingatkan forteen tu nama orang rupanya nama group. Dia kata Izzue islam dalam group tu. Aku mungkin pernah dengar nama mamat ni sebab adik aku selalu bisik kat aku masa aku tidur. Kami tunggu. Forteen tak datang. Kami balik. Forteen datang.
Aku dah sampai area kolej, buka but kereta. Botol air aku yang aku isi 2 liter penuh dah habis. Deduksi aku:
1. Ada lipas dalam kereta minum air aku senyap-senyap sebab dahaga serta sudah muak minum air aircon.
2. Botol air aku bocor.
Aku terhantuk kepala terkena pintu but kereta. Takda sapa nampak (Mission accomplished). Aku minta maaf sejuta kali kat mak aku (dalam konteks ini sejuta bermaksud satu kali). Aku naik bilik. Roommate takda.
Buka beg baju, harddrive jatuh bawah katil. Aku malas ambil. Aku buka laptop. Aku dengar lagu Big Mountain "Baby I love your way". Bermalasan adalah style aku.
Hari ni membosankan.

Friday, July 19, 2013
Fauzi Nawi atau Fauzi Nawawi aku lupa nama dia lah
Dulu ada mini drama series tajuk "Rafflesia" dibintangi oleh Rita Rudaini dan Zizan Nin. Cerita ni awal-awal best la jugak sebab Zizan tu hot gila kot homaigatt. Tapi bangang la si Rita Rudaini ni pi kahwin ngan Jalaluddin Hassan plak. Dah tau cinta kat Zizan pi kahwin ngan orang lain pasepa? Ergh. Zizan pun kahwin dengan orang lain so lepas tu aku meluat, tak nak tengok dah cerita tu.
Anyways, cerita utama untuk post ni berkaitan dengan cerita Rafflesia.
Ada satu watak ni (Fauzi Nawi or Nawawi) dia sedang cari Rita rudaini di office. Tiba-tiba dia dahaga. So dia mintak kat receptionist air sikit supaya dia boleh minum. Sang receptionist pulak suruh lah dia pergi pantry.
Maka mulalah misi beliau untuk mencari pantry demi meneguk air yang nyaman. Cari punya cari tak jumpa-jumpa. Akhirnya dia tanya seorang pemuda:
"Adik, panties kat mana?"
"Hah! Nak buat apa?"
"Nak cari panties. Dahaga ni, nak minum air"
"Ohh.. Maksud abang, pantry eh? Kat sana."
"Pantry eh? Hihi mintak maap"
Sejak kejadian itu, aku memanggil lelaki itu Lelaki Panties.

Monday, April 15, 2013
Tengah malam.
Malam ini aku sedih. Setengah hati perlu siapkan assignment yang due esok, setengah hati nak nangis. Separuh jiwa nak meraung.
Kenapalah malam ini, sayunya aku. Layan lagu Stevie Wonder. Satu album.
Secara automatik akan ingat lelaki yang paling aku sayang dalam dunia ini.
Betapa rindunya aku.
Pada suatu pagi, waktu dalam kereta, hendak ke sekolah. Kereta berhenti di lampu merah. Entah kenapa, aku terfikir, "Saat ini takkan ulang lagi. Cherish it."
Jadi aku nikmati saat itu betul-betul. Sambil dengar lagu Darryl Hall & John Oates tak silap aku. Seolah dalam diri ini memang tahu akan tiba masa aku akan berpisah dengan dia. Memang subuh itu sangat indah.
Ayah pernah kata "Akak, nanti besar jadi car designer. Reka satu kereta untuk ayah".
Minta maaf, ayah.
Ayah pernah kata "Akak, ayah beli guitar ni untuk akak. Nanti boleh tulis satu lagu untuk ayah".
Akak masih mencuba, ayah.
Ayah pernah kata "Bagusnya result akak. Nanti ayah beli hadiah".
Result akak paling teruk, ayah.
Ayah pernah kata "Jangan peluk ayah, nanti demam"
Akak tak kisah, ayah.
Akak sayang ayah.

Friday, April 12, 2013
Paksaan.
Aku cukup geram dengan sesetengah pihak yang suka memaksa
orang untuk masuk ini masuk itu. Apa kau ingat kami hamba? We have a life you
know? Sekali tak pergi event itu, denda. Selagi boleh bagi hukuman, kau bagi.
Apa lagi kau nak?
Kami ini sekadar manusia. Kami perlukan masa untuk kelas,
untuk aktiviti harian kami. Bukan semuanya berpusar dari kau.
Sekali lagi kau sebut perkataan “Komitmen”, siap kau.
Seolah kau ni gila kuasa.
Kononnya fun. Kononnya pengalaman. Please. Orang lain lagi
fun. Anywhere is more fun than here.
Aku admit lah. Awal-awal aku rasa fun. Belajar pelbagai
benda yang sangat berguna untuk hidup aku kelak. Tapi, bila kau dah mula sebut
masa yang perlu diabadikan untuk kau, aku dah meluat. Lagi-lagi komitmen.
Lagi-lagi denda, tambah lagi masa. Tambah 8 jam. Tambah 16 jam. Nak terpengsan.
Menyesal aku masuk. Bila dah masuk, tak ada jalan keluar.
Dasar pengongkong.
Monday, January 21, 2013
What's new, scooby doo?
Brace yourselves. Because this post will be filled with photos.
Aku akhirnya pergi ke pantai. Walaupun tak dapat mandi, aku dah gembira. Next time, aku nak pergi rumah Erli dan mandi puas-puas dalam laut.
We are called the potatos. Ah cewah. Mulanya, diorang asyik panggil aku potato sebab perangai aku macam kentang. Iaitu, tiada kepentingan. Heh. Akhirnya nama group ini digelar The potatos. Semuanya sebab aku.
Kawan lagi. Aku dah dapat banyak kawan. Kalaulah aku boleh pergi ke masa lampau dan nasihatkan diri aku yang darjah 4 bahawa aku akan dapat banyak kawan bila aku dah umur 19 tahun. Kesian diri aku yang kecil.. Waktu rehat tak makan tapi masih gemuk.
Ni aku masa aku masuk wad sebab aku dapat demam denggi. Tinggal 3 kertas untuk finals. Macam hipster. So hardcore.
Ini Yushy. Atau nama glamour dia, Yusri. Dia hipster wannabe. Masa ni kami ber-study group di rumah aku. Tua setahun tapi nampak macam tak pass UPSR lagi.
The potatos, dengan tetamu undangan. Dia masih keliru dengan seksualiti dia. Jangan risau.
Dari kiri: Haikal "hyke", Ika "pchy", Vivian "bibiong" dan just Ain. Semua dari asasi tesl. 3 dari Shah Alam dan seorang dari Pahang. Ika dari pahang sebab dia loser.
Tangan aku dah macam terminator. Aku patut masuk movie dan dapat banyak duit. I am fearless bebeh.
Cuma nama aku di band tangan.
Makanan. Nota: Bukan aku yang masak. Tapi aku yang makan.
Resolusi 2013: Tulis setiap baik buruk yang berlaku dan baca kembali pada tahun baru 2014. Semoga banyak bahagia dari sengsara.
Okay itu je hidup aku setakat ini.
Ciau bebeh!
Wednesday, November 7, 2012
How I Met Afiqah
Macam mana aku boleh berkawan dengan budak yang paling ayu dalam kampus? Semua orang mesti tertanya-tanya.
Semuanya bermula pada suatu malam, Afiqah pergi bilik ke bilik, meminta berus gigi. Ya, berus gigi. Kenapa? Sebab berus giginya telah dijilat oleh sebatang kucing yang hinggap di biliknya. Tanpa sebarang amaran, kucing itu telah mencabul kehormatan berus gigi tersayang.
Aku rasa sangat kasihan atas pemergian berus gigi itu, tapi apakan daya. Aku cuma ada satu berus gigi. Tetapi selepas detik itu, aku ber-determined untuk menjadi kawan dia (tiba-tiba). Selalunya aku akan masuk bilik dia sebab satu lagi kawan baik aku, Neng.
*iklan jap*
Neng, adalah manusia yang luarbiasa. Pengetahuan amnya sangat luas dan dia suka benda pelik yang aku suka. Dari saat pertama kami bersua muka, kami tahu kami akan bersahabat baik selamanya. Antara aktiviti kami termasuklah: Berjalan seperti itik semasa melintas jalan, mengagungkan Nutella kerana ia adalah penjamin hidup aman sejati abadi, menonton cerita "Rio" berulang kali dan melakonkannya adegan-adegan dalam movie itu dari semasa ke semasa untuk merimaskan orang lain. Oh ya kami juga bercakap dalam bahasa "tumblr" yang hanya boleh difahami oleh orang-orang tertentu sahaja.
*iklan habis*
Sem satu berakhir. Masih tak rapat. Maka mulalah sem dua di alam tesl lendu. Aku diletakkan di dalam kelas yang sama dengan beliau. Dalam masa beberapa hari (atau minggu, aku tak ingat) Afiqah memperoleh kereta CRV yang penuh dengan swag dan attitude. Aku dapat mesej "Izni, nak tak pi kelas naik kereta sekali?". Tiba-tiba rasa indah dalam hati. Seolah-olah dilamar oleh anak raja untuk menjadi isteri keempatnya (lolwut?). Aku terus menjawab "I do" serta merta.
Sepurnama kemudian, kami menjadi rakan handal dan banyak meluangkan masa pergi ke car wash dan kedai makan. Semakin lama semakin sayang (ececece ayat tak tahan). Kami juga mengasaskan kumpulan "Geng Makan" di mana Afiqah akan membawa kereta dan kami (aku dan 3 orang lagi) akan makan di pelbagai tempat yang boleh anda bayangkan. Memang dasatt.
Banyak lagi yang berlaku. Dah rapat lah kan? Tak kan boleh rapat lagi? WRONG.
Kami dapat tahu ayah kami saling berkawan. Dan ayah dia adalah senior kepada mak aku. Ok itu memang perfect.
Kami dapat tahu ayah kami saling berkawan. Dan ayah dia adalah senior kepada mak aku. Ok itu memang perfect.
Thanks Afiqah sebab sanggup kawan dengan insan bengong seperti aku ni. Huhuuuu terharu ada orang nak kawan dengan aku T______T
Love you my bebs :)
Wednesday, October 31, 2012
Insomnia adalah pervert
Aku rasa aku dah tak pandai mulakan post blog. Skill aku dah berkarat (ahcewahhh)
So aku akan mula dengan perkataan,
Hai.
Aku mula diserang dengan penyakit insomnia kebelakangan ini. Aku pun tak tau lah kenapa. Otak aku tak nak geng dengan aku so aku biar dia main2 dalam pukul 3 pagi macam tu.
Otak: Hey awak, jom jogging?
Aku: Woi kau tau tak sekarang pukul 3 pagi? Pi la tidur.
Otak: Boooo waktu camni la best nak main2. By the way, baju yang kau gantung tu nampak macam lembaga menakutkan dan tangan yang-
Aku: Otak, please stop.
Otak: Betul la. Eh, cuba kau bayangkan kalau tiba-tiba banyak katak masuk dalam bilik kau dan lompat-lompat atas kau? Wouldn't that be fun? Think about it. Green slimy frogs licking you. Lawak kan? Oooh ingat tak laki yang kau suka tu, cuba bayangkan dia tolak kau masuk perigi sebab kau hodoh.
Aku: Otak, kau memang lahanat sejati.
Nak dekat subuh baru aku dapat tidur. Kemudian aku ada kelas pagi. Memang hebat.
Otak: Okay dah pukul 10 pagi dan ada kelas. TIME TO SLEEP! :D Yay
Aku: No no no don't sleep!
Mata: Sorry bro, dia suruh aku shut down la beb.
Aku: Mata! Apsal kau ikut cakap otakk??!
Mata: Dia boss aku, nak buat cam mana?
ZzzzzzzzZZzzzzzzzzZZZZ (Tertidur masa presentation kawan)
Lecturer: Please bagitau apa yang kawan dah present tadi
Aku: *merepek pasal learner autonomy atau automotif aku pun taktau I just wanna sleep*
Lecturer: Yeah good! And blablabla kan?
Aku: mmmhm yup

Wednesday, October 17, 2012
Maybe I'm a sadist. Maybe the opposite.
Hari terakhir di lendu.
Bila semua orang sibuk menangis, meraung tak nak tinggalkan uitm. Apa yang aku buat?
Aku tengok cerita kartun dalam bilik neng. Kami hairan kenapa perlu menangis semua? Kita akan berjumpa lagi. Tak semestinya di alam nyata, tapi di alam siber. Secara jujur, aku tak rasa nak nangis pun hari last tuh. Aku sangat kasual.
Sekarang, baru aku faham kenapa kami tak sesedih orang lain.
Orang lain yakin mereka akan berpisah dengan kawan2 dan takkan jumpa lagi. Tapi kami, kami akan luangkan masa macam mana jua supaya dapat bertemu dan berkongsi kisah2 hidup. Kami akan cari jugak masa lapang untuk berjumpa. Kami tahu kami akan berusaha untuk jumpa satu sama lain. Walaupun semua berjauhan tapi kami dekat di hati. We will make ends meet, no matter how hard.
That's what I learned from the Bougains.

Friday, September 7, 2012
Aku maha. Mahasiswi.
Start je 1 haribulan 9 aku dah bergelar mahasiswi USM. Aku tak sangka, saat yang aku tunggu dah finally sampai. Alhamdulillah. Kalau dulu aku tengok USM macam biasa ja, sekarang aku lihat dari perspektif lain. Sebab sekarang aku mahasiswi. Bukan lagi anak staff, bukan lagi pelajar SPM yang nak pergi teknik menjawab soalan, bukan lagi orang biasa yang masuk USM untuk pergi ke bank atau masjid untuk sembahyang raya. Kali ini aku masuk sebagai pelajar.
Kenapa aku pilih USM? (Cewah, soalan yang ditanya oleh interviewer medsi)
Cheer untuk desasiswa Indah Kembara. Aku sanggup cat muka. TAPI siapa yang cat sampai kena tudung akuuuu. Grrrrrr. By the way, aku pakai baju TESL. Hehe.
Dalam degree ni rasanya orang yang batch sama dengan aku paling muda. Yang lain umur 20, 21, 22 dll. Yay finally jadi muda balik.
Kenapa aku pilih USM? (Cewah, soalan yang ditanya oleh interviewer medsi)
- USM adalah universiti APEX. Number one dalam Malaysia.
- Aku nak mengikut jejak langkah ayah dan datuk aku yang banyak menyumbang dalam USM. Datuk aku sampai dianugerahkan status Professor Emeritus oleh pihak USM.
- USM paling dekat dengan rumah.
Hari first orientasi aku daftar dikelilingi oleh banyak senyuman. Damn pendaftaran usm memang cepat gila. Congrats usm, hanya ambil 2 minit sahaja untuk daftar. Secara ringkas, orientasi USM paling aku suka sebab dia banyak bagi masa lapang. Annddddd tak ada yang marah-marah menggila sebab jalan lambat (macam U yg aku masuk before nih). Semua senior respect kami, dan kami respect mereka.
| Sapa ntah cat muka aku. Punya la comot. |
Dalam degree ni rasanya orang yang batch sama dengan aku paling muda. Yang lain umur 20, 21, 22 dll. Yay finally jadi muda balik.
Apa-apa pun aku harap aku akan beri yang terbaik dalam studies. InsyaAllah.
Striving for excellence! :)
Striving for excellence! :)
Wednesday, August 1, 2012
Part time oh.
Jam menunjukkan pukul 1.30 am. Tepat.
Aku tak tahu kenapa aku masih tak tidur. Ding ding ding!
Aku lupa nak bagitau kat korangs (kalau ada yg baca blog ni) aku dah kerja. In fact, dah sebulan aku kerja. Hehehh. Aku kerja di sebuah kedai frozen yogurt bernama Yogo Goyo, Tutti Frutti wannabe. Tapi aku rasa lagi cantik kedai dia.
Dapat jugak aku kerja. Ada orang sanggu terima aku. Oh terharu. Aku rasa aku macam tak kerja je. Macam main2 pun ada.
Aku tak tahu kenapa aku masih tak tidur. Ding ding ding!
Aku lupa nak bagitau kat korangs (kalau ada yg baca blog ni) aku dah kerja. In fact, dah sebulan aku kerja. Hehehh. Aku kerja di sebuah kedai frozen yogurt bernama Yogo Goyo, Tutti Frutti wannabe. Tapi aku rasa lagi cantik kedai dia.
| Yes, ada 2 bijik iMac utk customer. (Aku senyap2 pakai utk tengok drama korea. Internet laju ooo) |
| Oh, stop it you. |
Friday, July 27, 2012
Kisah cawan yang sedih (18sx) [WARNING: Cerita ni memang sangat random dan tak sesuai untuk orang yang serius]
Aku seketul cawan. Ya, aku tak panggil diri aku sebiji cawan sebab aku tak ada biji. Yang pastinya aku berketul. Bukannya aku bina badan atau ada ketulan lemak, cuma aku.. -eh kenapa aku kena explain pulak? Kembali kepada cerita. Where was I? Oh ya, aku seorang cawan. Dan inilah kisah hidup ku.
Pada tahun 2008 yakni tahun olimpik beijing (takda kena mengena tapi aku nak letakkan peristiwa bersejarah dalam cerita ni) aku dilahirkan seberat 108 gram di dalam kilang cawan Khoo Cheng. Tidak seperti orang lain, aku dilahirkan sedikit cacat. Aku tak diwarnakan secara sempurna. Sebelah badanku berwarna putih, sebelah lagi hitam. Boleh dikatakan aku seekor cawan campuran (multiracial). Banyak cawan-cawan lain tak mahu berkawan dengan aku kerana aku pelik. Tapi aku tetap tabah menjalankan hidup seperti cawan-cawan lain. Setelah lama menunggu, tibalah masa pemilihan cawan untuk dibawa ke kedai-kedai. Aku tak pas ujian tu. Aku marah kot. Kenapa tak pilih aku? Bukannya tak boleh pakai, cuma warna aku je yang pelik. Aku diletakkan di dalam tong berlabel "loser".
Aku hampir dibuang, tetapi seorang gadis datang mengutip aku dari tong itu. Aku ada belajar sikit bahasa manusia dengan kawan aku, gelas champagne. Dia tanya kepada tuan aku, berapa harga aku. Tapi tuan aku kata "Ambil free pun takpa". Heh, ingat aku ni cawan murahan ke? Boleh bagi kat orang ikut suka hati je. Tapi lama baru aku terfikir, aku bukan saja murahan, tapi free. Ah gedik ah semua orang ni. Aku pun cawan jugak. Aku ada hak untuk mempunyai harga diri.
Bila dengar je perkataan "free' tu, gadis itu membawa aku pulang ke rumahnya. Di letak je aku dalam beg. Aku boleh pecah kot. Ish ish. Sempat plak aku berkawan dengan handphone dia. Handphone dia bernama "Michen" sebab gadis itu pelat dan tak reti nak menyebut Michelle. Ish comel la plak pelat-pelat nih. I like! Michen kata perempuan ni jenis sayang barang. Dia jarang buang barang. Michen dah hampir 5 tahun dalam hidup gadis tu. Oh ya, dia kata gadis tu nama dia Za. Memang nama dia Za sahaja. IC dia pun keluar dari dalam dompet mengenalkan diri. Ternyata di IC nama dia Za binti Muhammad Syafiq Mustafa Kamal Abdillah Kamaruddin Bakti (Panggil Don). Panjang benar nama bapak dia.
Bila dah sampai di rumahnya, Za lantas keluarkan aku dari beg dan mencuci aku. Aku rasa dihargai. Ada jugak orang nak kat aku.. Hihi. Lepas cuci dia letak aku atas rak cawan untuk dikeringkan. Tidak ku tahu geng-geng cawan lain pembuli semata-mata. Setiap hari aku dipukul dan dihina. Badan aku sakit-sakit tak termasuk mental aku yang lemah ni (ye la, aku cawan. Mental aku tak kuat). "Woi kau tu tak layak ah jadi cawan! Kau tu patut orang guna untuk cedok najis je." "Muka kau huduh macam monyet" Aku tak tahu apa itu monyet. Barangkali satu hinaan yang popular. Gelas-gelas di dalam kabinet hanya senyap. Aku tahu mereka ingin membantu aku. Mereka tidak terdaya.
Namun begitu, aku tetap tabah. Kerana setiap hari aku akan diambil oleh Za. Dia akan membancuh minuman paginya dan menikmati sarapannya dengan aku. Aku terasa disayangi. Setiap kali aku dibuli aku akan ingatkan diri aku, bahawa aku dapat lihat wajah manis Za dan merasa senyumannya pada pagi kelak. Bibirnya yang suam menyentuh bibirku. Seperti kucupan yang panjang untuk memulai harinya yang pasti indah. Tangannya yang lembut mengusap telinga ku. Alis matanya yang tersentuh di leherku. Indah bunga harumannya. Aku dambakan itu selalu. Aku rindu akan dia selalu. The only thing that kept me going was you, Za.
Setahun selepas episod-episod indah dalam ngeri itu, Za mengubah kedudukan aku kedalam biliknya. Dia tidak lagi membelai aku. Aku digunakan untuk meletakkan pensel-pensel dan alat tulis miliknya. Aku sedih tetapi aku lega kerana tidak lagi dibuli. Yang pastinya aku dapat melihat wajahnya yang anggun setiap hari, setiap masa. Betapa tenangnya wajahnya ketika dia tidur. Aku rela tunggu dia disitu selama-lamanya. Perangai aku berubah kerana dia. Aku menjadi cawan yang semakin tenang dan tidak cemas. Semua ini berpunca dari cinta aku terhadap dia.
Pada suatu pagi yang indah, Za membawa cawan baru ke dalam bilik. Cawan itu sangat kacak. Bergilap sinar silaunya. Berwarna merah yang gelap. Diukir pelbagai seni diatasnya. Za melihat kepada ku dan tertanya-tanya "Bila pulak aku beli cawan ni? Hodohnya!" Hodoh? Hodoh pulak aku ni? The only person yang sanggup terima aku sekarang berfikiran sebaliknya? Aku patah. Lemah. "Yang merah ni lagi sesuai dengan aku. Sebab dia cantik dan warna dia sesuai dengan bilik aku. Sapa nak cawan hitam putih nih? Yuck! Macam tak senonoh!" kata Za dengan suara yang lantang. Za bukan dirinya setahun yang lalu.
Za terus mengangkat aku dan membawa aku keluar. Kelihatan tong sampah berwarna hijau berdekatan. Za, kau nak buang aku? Aku terfikir sendirian. Za terus berjalan dan membaling aku kearah tong sampah. Aku pecah, secara mental dan fizikal. Sumbing dan tidak berguna lagi.
Dan sekarang aku menceritakan kisah aku ini dari dalam tong sampah ini. Menunggu hari mati. Ditemani sampah sarap yang tidak ada lagi nilainya. Terus mendengar cerita-cerita dari seluruh pelusuk negara. Tentang apa yang membuatkan mereka akhiri hayat mereka di dalam tong sampah hina ini.

Wednesday, July 18, 2012
About me
- I'm left-handed. But weirdly, I'm only left-handed when I'm writing and holding a spoon when eating. Other things that most of lefties do, I don't do it. I play my guitar the right way, hold my knife, use scissors, all using my right hand. Weird huh?
- I have the tendency to space out. My mom said I inherited it from my father. A lot of people say that I'm very arrogant. Because every time they speak to me, I won't answer them. I was in my space out mood. But the truth is i'm not arrogant! I'm very friendly. Don't be afraid to say HI :)
- I hate frogs. Afraid of them, to be exact. Obviously you would know if you've been reading my blog. Erghh the thought of it gives me the creeps.
- I am a very ticklish person. SERIOUSLY. Even when you stop tickling, I would still feel ticklish.
- I like to reminisce about the past a lot. I don't know why. I just do.
- My siblings said that I'm annoying because I like to point out people's mistakes. They said I'm like Ted Mosby in How I Met Your Mother. I really feel that if I don't point it out, they might make a fool of themselves later on. Seriously guys, you should thank me. I don't mind if people correct me. So, correct me if I'm ever wrong.
- I like music. I really do. Although I don't listen to all types of genres. So far the genres that I like is Pop, pop rock, rock, jazz, reggae, rhythm and blues, K-pop, classical, musicals (like grease. ooh) national anthems (Cause I've been in choir clubs, I know quite a lot of patriotic songs. hehe), traditional music, country, hip hop, and soul. I think that's it. I don't really enjoy all that metal, punk or hard core kind of rock but I have nothing against them. Actually, studies shown that people who listen to hardcore-metal rock are more intelligent than those who doesn't.
- It's hard for me to trust people. But when I do, don't do anything to break my trust.
- When I was a child, I used to eat shoe polish. My mom said that I ate it all and my lips were so black. I can't believe my mom didn't stop me from eating "kiwi kasut"!
- I wear baju kurung a lot. I mean a LOT. I don't know why. I just love it. It makes me forget a little about my insecurities. Whenever I feel sad I would start wearing my baju kurung when going out. I have like 2 closets full of baju kurung! That's how many baju kurung I have. And still counting.
- When I was 12, I had this obsession towards Eminem. I would memorize his songs, collect his pictures and go gaga over him. I guess that phase has gone through now.
- When I was little, I didn't have any friends. My parents was so worried that they even considered getting me fixed. I think my first real friend is Syamim Alia. When we were in standard 6, she approached me and became besties ever since. I have to thank her for that because if not for her, I would become friendless throughout my life.
- I like the taste of cinnamon. Sadly, my mom doesn't.
- Currently, I have this obsession of Nichkhun from 2pm. I even named my camera Nichkhun (Since it's a nikon). He's siamese and can speak about 5 language. Isn't that impressive? Well, I think this obsession will disappear through time. Like my obsession towards Eminem.
- I like to make things. Like arts and crafts. Anything I can do with my hands. Since I was 12 I think, that I began making things for my self. Like notebooks, bracelets. A lot of stuffs.
- My favourite author is Edgar Allan Poe. I liked him since the first time I heard his name in Tim Burton's short movie "Vincent". I think I was 15 at that time.
- My first ever crush is.. Ah malunya nak cakap. Ok the first boy I ever liked is Shaheed Rafiq. Damn. Shaheed, if you're reading this, take note that I don't like you anymore (1 over 1000 chances of him reading this). I moved on so looooong ago. Plus, I was like 11 at that time. I didn't know any better.
- I once read this book, The Orchids and Gumbo Poker Club by Alice Alfonsi, and it mentioned the most romantic way of proposing that I have read so far. This guy brought the girl in a canoe on a river close to her home and plucked the orchids nearby and swirled the flower on her ring finger and said"Will you be mine forever?". *Izni faints*
- I have a song playlist for everything. Okay, not everything. Most of things. I have a playlist to listen before I got to sleep, when I'm showering (Yes, I bring my phone in when I having a bath), when I work out (which is not frequently), when I'm feeling down, when I'm feeling happy, when I'm reminiscing the 90's, when I'm studying. I have a lot of playlist huh?
- It's not easy for me to remember certain things, but when I do, it's hard for me to forget.
Sunday, July 15, 2012
Satu langkah hadapan.
Alhamdulillah ke hadrat Ilahi.
Keputusan UPU telah pun termaklum. Maka lanjutlah aku ke USM dengan hati yang penuh semangat. Mulakan dengan azam baru. InsyaAllah tercapai.
In case tak nampak, aku dapat offer USM, dalam course Tesol (Read: Teaching English to Speakers of Other Language). Memang apa yang aku inginkan selama ini. Semua getaran sewaktu Medsi bertulis, Medsi interview kini tidak terasa. Dengan usaha yang gigih dan doa dari ibu dan keluarga, dapatlah aku apa yang aku hajati :)
Dari kecil, hidupku di USM. Tadika di sana, petang selepas sekolah rendah di dalam pejabat ayah. Setiap teknik menjawab bagai, dari darjah 6 asyik di situ. Jogging dengan Erli. Hari Bumi dengan Syam. Kelab renang minden. Transit Venus. Hari sukan sekolah. Semua dalam USM. Setiap memori aku simpan untuk aku kenang di hari nanti.
Tapi sekarang lain, aku dapat membuat memori baru. Memori sebagai pelajar. Bersama teman-teman baru. Alangkah indahnya.

Friday, July 6, 2012
Malam ini malam luahan rasa.
Sebelum orang kenal aku, aku mungkin nampak macam malu. Dan sopan.
Bila dah kenal, mak aii mulut dia ni tak boleh tutup ka? (Aku bercakap dari pihak ketiga, ditujukan kepada diri sendiri)
Aku sebenarnya: Gelak kuat, cakap kuat. Bab sembang memang aku pro.
Tapi awal-awal, aku malu. Dok control ayu macam berlakon dalam iklan sunsilk. Padahal iklan jual beras Faiza (Apakah aku merepek malam-malam buta ni?)
Kat sekolah diorang panggil aku doraemon. Sebab aku bulat dan pakai baju biru (Aku pengawas nerd). Kebetulan aku selalu galas beg dari depan dan terdapat satu poket yang besar kat beg. Memang cam doraemon. Kalau main guling-guling memang syok.
Aku juga digelar Turtle. Anugerah ini diberikan oleh Syamim Alia masa form 2. Menurutnya, aku macam turtle sebab aku muka aku cam penyu, aku jalan lambat, dan agak loading sikit dalam pala hotak aku. Aku tak mahu setuju tapi itulah kebenarannya. Aku lambat tangkap apa yang orang cakap. Lagenda mengatakan ini ialah Sumpahan Penyu Doraemon (Aku reka. Jangan tiru.).
Aku sangat cemerkap. Buktinya, aku selalu bagi jatuh barang. Kalau aku pegang barang apa pun, benda tu mesti nak jatuh. Selalu di tempat yang ada banyak orang supaya mereka dapat tengok beramai-ramai dan merapatkan silaturrahim antara satu sama lain. Pokoknya, jangan bagi aku pegang barang. Lagi-lagi yang diperbuat daripada kaca.
Aku tak reti naik basikal sampai lah aku umur 9 tahun. Agak lambat ah. Bila balik kampung selalu nangis sorang-sorang sebab sepupu semua boleh naik basikal. Selalu kena tinggal. Takda siapa nak ajar macam mana nak naik basikal. Satu aku aku dengan penuh bersemangat ingin belajar sendiri. Aku berjaya. Malangnya, tiada siapa ada di situ saat kemenangan itu.
Masa darjah empat, tulisan aku buruk gila nak mampus. Aku tulis nama aku Izni, tapi cikgu baca kat depan buku latihan "Leni". Sejak itu, aku praktis setiap hari nak bagi tulisan aku lawa. Sampai sekarang masih tidak berjaya.
Ada banyak lagi aku nak tulis. Tunggu luahan rasa part 2!
Adios!

Thursday, June 28, 2012
Lagu dan kenangan sebenarnya berkait.
Korang tahu kan, ada sesetengah lagu mengimbaskan kembali masa lalu. Misalnya lagu "Memori Tercipta" oleh Shila Amzah mengingatkan masa aku di PLKN. Lagu "Shy Boy" oleh Secret sentiasa annoy aku sebab lagu tu lagu Alarm aku. Jadi bila aku dengar di MTV aku akan jadi gila sikit.
Aneh,
Bila dengar lagu "Drop it like it's hot", aku teringat betapa gediknya aku sewaktu darjah 6 bajet rapper berkulit hitam. Ya, memang aku begitu.
Sunday, June 24, 2012
Asal usul blog
Sebenarnya masa aku baru habis PMR, sahabat karib aku ajak aku buat blog. Aku tanya kenapa? Dia kata, saja.
Balik rumah, aku pun sign up. Masa tu kecik lagi, tak tahu nak buat url apa.
Ah tulis je nama sendiri.
Aku tak sangka, sampa sekarang aku masih mengisi blog ini.
Masih setia.
Yang kawan karib aku tu dah delete pun blog dia.

Thursday, June 21, 2012
Eavesdropping.
Pada suatu hari yang indah, sewaktu aku masih di lendu, aku terdengar perbualan antara 2 jejaka.
"Weh, macam mana aku nak bagitau lecturer kita kalau aku nak ponteng kelas dia?"
"Alah, cakap la ada hal penting. Cakap kau sakit ke. Senang je."
"Weh, kalau kata nenek meninggal boleh tak?"
"Nenek kau dah meninggal lama dah kan?"
"Ye la."
"Tak baik la macam tu."
"Habis tu nak cakap apa?"
Yang satu lagi tergelak. Seolah teringat perkara yang lucu.
"Cakap je ada orang meninggal. Jangan specify siapa yang meninggal. Weh haha kalau kau duduk dekat dengan hospital memang selalu la orang meninggal. Guna alasan tu setiap kali. Hahah."
"Ish ape la kau nih."
Aku tersenyum sendirian mendengar perbualan orang-orang ini. Nak ponteng kelas pun kena plan ke?
Subscribe to:
Posts (Atom)